Saturday, August 27, 2011

Luahan 50% Pre-Raya



Bismillah




Lagi berapa hari nak raya. Aku takdelah excited melampau sampai tahap celup kaki dalam kawah masak lodeh. Cuma rasa excited sebab anak-anak sedara aku ada. Apa? Anak sendiri..? Apakah pertanyaan korang ni? Bikin pipi aku merah saja. Ceh...


InsyaAllah, tahun ni dapat lagi sambut raya. Lupakanlah pasal bencana baju raya tahun ni. Aku tetap akan beraya macam orang yang lupa laki dan anak. Sampai 10hb, dah kena balik hostel. Tahun akhir insyaAllah. Dah banyak sangat uni aku ni drag masa. Tak larat. 14hb pulak nak pergi jalan-jalan dengan family. *mata bercahaya~


Aku nak cari bunga api untuk si T-Rex. Walaupun ada kemungkinan dia akan menyalakan bunga api tu dalam mulut sendiri, tapi aku tak sabar nak tengok budak ni pegang bunga api sambil pusing-pusingkan tangan. Kemungkinan besar untuk dia terlepas bunga api yang menyala dari tangan dan terbakar kain baju kurung aku memang sangat besar, tapi macam biasalah kan.. Aku akan tetap dengan muka redha. Nak cekik pun, anak sedara sendiri.


Bulan puasa ni berat badan aku turun dalam 6kg. Korang tak payah lah baca ayat tadi sampai punggung terangkat dari kerusi akibat kagum. Hentikanlah. Raya nanti tengoklah.. Mau 18kg berat aku naik. Tapi jangan risau, aku akan agih-agihkan lemak-lemak di badan aku nanti kat korang sorang sikit. Pemimpin macam aku haruslah adil dan saksama, bukan? Please.. Stop buat muka kagum dengan mata berkaca tu. Please..


Ok. Kepada yang dah sebok nak balik raya, walhal kampung korang tu kalau bukak tingkap bilik rumah pun dah boleh nampak, selamat balik kampung. Hati-hati memandu. Mulakan perjalanan dengan Bismillah. Akhiri dengan Hamdallah. Dan kalau nak balik rumah semula, jangan lupa la tapau serba sikit biskut dan kek raya untuk aku. Boleh hantar ke alamat yang tertera. 


Belum tentu kita masih hidup raya pertama nanti. Maka, mintak maaf banyak-banyak dulu kat korang. Kalau ada yang terasa hati dari entri-entri aku. Terasa sebab tak dapat ngorat aku (statement macam haram..). Terasa sebab aku tak tegur tepi jalan (Maaf. Rabun aku sangat teruk. Ini serius.). Terasa sebab apapelah! Harap maaf. Dan aku pun maafkan semua. Sekian.



Moral of the story : Aku tak dapat kad raya tahun ni. Ok. Tacing. Tahun depan aku beli kad raya sendiri, tulis sendiri, pos sendiri kat diri sendiri. Keji? Bukan... Terpaksa.



15 tindakbalas kimia:

hanafijaafar said...[Reply to comment]

ni alamat tertera:

Hanafi Jaafar
Rombacher Str. 16
73430 Aalen

aku tunggu lemang dan rendang rusa, makanan lain juga dialu-alukan.

caliph shuriken said...[Reply to comment]

sila hati2 dgn bunga api yg ank sdara pegang, risiko cik ungu dibakar membakar terbakar cukup tinggi, hukk...

salam aidilfitri & maaf zahir batin cik ungu itu pepel ^^

fiq. said...[Reply to comment]

ok,aNK SEDARA AWAK, CHOMEL YEK,HEHE

Asyila Zainuddin said...[Reply to comment]

selamat hari raye ye.. :)

bez amin said...[Reply to comment]

slamat hr raye !

✿ cik pieQa ✿ said...[Reply to comment]

pengumumuman,

den dapek kad raya. lalalala~

*statment bikin panas cik ungu*

oke,mitak maap balik. selamat hari raya bebeh!

duwet raya kasi simpan sama saya haa.

Amirul Aqiim said...[Reply to comment]

selamat hari raya ye cik ungu! ^^

suk said...[Reply to comment]

jom mogok raya sbb xdpt kad raya. haha. happy birthday. eh silap. selamat hari raya.

-Incek Fik- said...[Reply to comment]

Aku ada kenal satu pusat terapi lemak.

Lepas raya, aku akan tolong kau sedut lemak tepu 18 kilo yang terlebih menggelebih tu.

delarocha said...[Reply to comment]

kad raya takde..sms raya banyak.. huhu

hanim Nabilah said...[Reply to comment]

selamat hari raya kak..jemah nak mintak maap ni,kalo ade wat usop terasa,terguris,ter ter segala ter la..hehe

jemput dtg rumah:)

jumpa kat gombak^^

Si Pujangga said...[Reply to comment]

ai, sedih jek bunyi nye.. senyum2 la cik ungu oi2.. :)

asfira aminuddin said...[Reply to comment]

babe, selamat hari rayaaa! :)

M.E Z.A.F.I.R.A.H said...[Reply to comment]

mcm sedeh je cik ungu neh... papepon, selamat hari raya cik ungu... jgn mkn ketupat banyak sgt... jgn biarkan berat badanmu naik 18 kg..hihi

cik bulan said...[Reply to comment]

xpa..taun depan retiss ungu sila la post alamat kat saye ek..saye anto..:D..buahahaha