Sunday, August 7, 2011

Entri Bajet Artis


Bismillah


Baiklah. Ini adalah satu bentuk entri bajet artis.


Nampak tak sidebar kiri ni? Kalau tak nampak, sila bunuh diri sekarang, sebab blog aku cuma ada satu sidebar je. Tolong jangan buat-buat buta sebab taknak puasa. Takde kena-mengena,kan? 

Baiklah.

Anda pasti dapat melihat ikon untuk YM, Formspring dan Twitter aku. Owh ya, usaha mencari badge Facebook pun boleh dilakukan. Siapa jumpa memang hebat. Sebab aku pun tak pernah jumpa Facebook sendiri. Aku ada sedikit masalah dengan sesiapa yang mahu add mana-mana akaun tersebut.


Apa?

Bajet ada orang nak add??

Hmm..
Brader.. Lu bikin hati wa terguris, tahu?


Walaupun dari 398 orang, yang add mungkin seorang. Tapi suka untuk aku nyatakan di sini ya.. Aku kata 'suka' sebab kalau aku tak suka, pasti aku tak nyatakan apa-apa. Betul? Logik? Bagus. Baiklah. Suka untuk aku nyatakan di sini, sekiranya ada nawaitu di hati anda untuk klik mana-mana akaun milikku di sebelah, sila nyatakan dari mana asal usul anda. 

Owh..Bukan..
Bukan maksud aku suruh tulis 'aku dari Johor, aku dari Ampang, aku dari pedalaman Amazon', dan sebagainya. Tapi contohnya, jika anda mahu add Ym aku, sila nyatakan anda dari blog mana. Sebab YM aku ada group khas untuk Bloggers. Jadi kalau tak nak nama anda dimasukkan ke dalam group Mayat Hidup, adalah lebih afdal andai anda nyatakan blog anda ye. Moga ukhuwah yang lebih mesra terjalin di situ. Wahhh.. Kagum aku dengan seni bahasa aku sendiri. Syabas! *tepuk bahu sendiri ~


Kalau nak add YM, klik ikon kat sidebar. Kalau ikon YM tu menyala kuning, tanda aku sedang online. Ia tak mungkin menyala warna ungu. Hmm.. Kecewa,kan? Apa-apa pun, menyala atau tidak, itu tak penting. Yang penting sekarang, puasa kena cukup. Yaa.. nasihat harus diselitkan walaupun sedikit. Apa? Baiknya aku?? Ehh.. Janganlah cakap macamtuu... Err.. Mana tudung saji ni. Nak cover muka. Malu.




Untuk akaun Formspring, adalah bodoh kalau aku suruh korang nyatakan korang dari mana jika korang bertindak sebagai Anonymous. Sebenarnya aku tak berapa pandai guna fungsi Formspring, tapi rasanya aku tak pernah tak jawab soalan-soalan Anonymous. 





Manakala untuk akaun Twitter, sila juga nyatakan dari mana asal usul anda. Tolong jangan jawab 'saya berasal dari tanah' kalau tak mahu berbuka puasa di hospital terdekat. Buat masa ni, aku dapat bezakan kawan-kawan yang add Twitter dari blog sebab diorang semua panggil aku Cik Ungu. Rasa macam kelakar. Korang mesti tak rasa kelakar,kan? Memang. Sebab hidup korang memang bosan!




Akaun Facebook? 
Korang ni apa masalah??



Ini bukan entri perasan. Hmm.. Mungkin ada sikit-sikit la kan. Tapi ini adalah untuk kesenangan bersama. Aku akan rasa bersalah kalau ada yang add tapi aku tak dapat cam dan kenalpasti diorang siapa. Haa.. ayat ni ada bunyi bajet sikit,kan? Serius..serius. Sekarang kat YM ada yang aku tak cam dan tak ingat tuan blog mana. Rasanya tak elok kalau aku bersikap begini. Jadi untuk kesenangan dan ukhuwah yang ikhlas, entri ini pun tercipta. Sekian, terima kasih semua !~


15 tindakbalas kimia:

Rain said...[Reply to comment]

YM ? dh lama offline.
twitter? xreti tweet tweet, ada akaun je..

tujuan komen? suke baca entry anda :D

i am S!L4H.. said...[Reply to comment]

oh begitu kah???
haha berasal dr tanah? adehhhh

EkaBukanMakcikKau said...[Reply to comment]

tapi aku tetap rasa ni entri perasan haktuihhhh . lah saje je nak buat taik ka belog , asyik oraghang je buat taik kat belog aku dak ? haktuihhhh ,

JUST THE WAY YOU ARE VERSI TORRES KOYA

Luqeem™ said...[Reply to comment]

lupa, aku ada add ym, id luqmanhakim..hee

asal usul tu penting. jangan jadi tugu je sepanjang hidup.

LinE PuTih LiNe HiTaM said...[Reply to comment]

takde twitt..

takde formspring

takde ym [okey ni nipu] tak aktive..erkk tak on lanngsung [k nipu gak] on bila buka email ja.. [k ni tak tipu]

ade skype [bangga]

ade fb [bangga gak]

tu jek la.. selamat berpuasa.. pose penuh k.. nak p beli keria..

ifwat said...[Reply to comment]

apa kata kalau ungu tengah online YM tukarkan dari warna kuning kepada ungu ? boleh buat? hahaa..

dalam facebook ifwat pun ada khaskan utk blogger :)

mahfudzah said...[Reply to comment]

wahhhhh. semua ada! bagus sekali ! ahah

Cik As ~ cinta solehah said...[Reply to comment]

tumpang senyum jelah kat sini baca entri kak iqa sweet^^ selamat berpuasa ye kak =)

caliph shuriken said...[Reply to comment]

err.. apa ek nk taip td? terlupa kjap sbb nmpak ayat dapat 7 markah extra kt box ni, hukk...

khaifaiz said...[Reply to comment]

maut gle... :-)

ika said...[Reply to comment]

haha~ memang style la!

hanim Nabilah said...[Reply to comment]

hahahahahah *tumpang gelak kat sini buleh :p

cik ungu said...[Reply to comment]

Rain :

anda berjaya buat saya tersipu-sipu malu. Ini adalah sesuatu yang luarbiasa!

Sila tulis dalam diari.
___________________________________

Silah :

Jangan...

Jangan kata anda berasal dari api.
Mustahil!
__________________________________

Makcik :

panjang sgt nick kau.

kau sungguh dah puas hidup bukan?
mahu beraya di hospital?

syabas!

*hakdush
__________________________________

cik ungu said...[Reply to comment]

Luqeem :

Ya mekaseh sebab memberitahu.

Tapi kamu jarang online, bukan?

Ada gaya artis.
____________________________________

Line :

aku pun ada skype.
Tapi tujuan penting saja.

err..

nak keria sikit.
__________________________________

ifwat :

err..
camne nak buat tu?

jap.
kena study balik.
subjek ape ye?

cik ungu said...[Reply to comment]

mahfudzah :

owh tolong..
tolong jangan wat saya riak.
____________________________________

cik as :

huhuh..
kenapa senyum sorang2?
gila?

slamat berpuasa jg as!
tolong jangan makan waktu asar ye.
___________________________________

caliph :

ciss..
anda mementingkan markah rupanya!

nampak sgt subjek Geo dlu tak dpt A
__________________________________

khaifaiz :

maut?

Innalillah..~