Monday, August 1, 2011

Aku Pun Nak Wat Entri Bulan Ramadhan Jugak ..



Bismillah



Harini hari pertama semua orang berpuasa Ramadhan tahun ni. Kepada sesiapa yang dah berpuasa Ramadhan hari yang ke-lima, sila tampar diri sendiri dan check balik kalendar korang. Mungkin itu kalendar planet Utarid. Taksub sangat dengan subjek Sains darjah 5 lah tu.

Malam tadi semua pun sambut kedatangan Ramadhan dengan tarawikh,kan? Sama jugak. Family aku solat kat Masjid Besar Shah Alam. Malam tadi adalah tarawikh pertama untuk tahun ni. Kalau ada yang dah tarawikh bulan lepas.. Tak tau lah aku nak cakap apa. Elok tanam korang hidup-hidup masa kecik dulu. 

Subuh tadi pun kat masjid yang sama. Ustaz Karim kot yang jadi imam. Best. Dia punya tarannum, pehh... Terus buat hatiku berdetik.. Apakah imam ini single? Owh.. Jangan..Jangan.. Terpesong sudah niatku. Ustaz Karim haruslah macho dan bergaya, sebab kereta dia sport rim 17" ok. Berpeluh la tengok sport rim yang tersebut.

Owh ye.. Kalau tengah bosan-bosan nak tunggu nasik di dapur masak, boleh baca tentang kelebihan solat Tarawikh. Boleh la timbul sikit perasaan sayang nak tinggal tarawikh. Sebulan je setahun, bhai..

Dan kalau boleh jangan excited naa nak solat terawikh. Tunggu kat masjid sebelum imam sampai lagi haa. Punya semangat Assabiyah. Tapi solat fardhu yang lima tu, korang solat hujung-hujung waktu je. Baik tak payah. Utamakan yang fardhu. Yang wajib perlu sempurna ye tuan-tuan dan puan-puan.

Hmm..
Kenapa aku terasa disindir dengan kata-kata sendiri nie..?
Deymm lah.....


Sumpah ini gambar kelmarin. Roti itu tak bersalah.


Mama kata harini buka puasa nasi ayam. Kalau mama masak nasi ayam, ayam dia yang paling best. 

Hmm...? Ayam paling best?
Haruslah. Dah nama pun nasik ayam.

Sewel.



Moral of the story : Moga setiap dari kita akan jadi hamba yang lebih baik sebulan dari sekarang. Jangan bazirkan Ramadhan tahun ni. Ihya' Ramadhan semua !~

13 tindakbalas kimia:

darkrose~ said...[Reply to comment]

salam ramadhan~:)

ZouL said...[Reply to comment]

fuh.gambarnya ada rotiiii..tergugat tergugatt..hahaha

Faraa Eiman's said...[Reply to comment]

slamat bpuasa ;D

Izan Ishak said...[Reply to comment]

mama nak masak nasik ayam...
hantar sepinggan kat batu pahat bole?

selamat berpuasa dan berbuka nnti ye cik ungu~

amir said...[Reply to comment]

Pergi masjid?

Alhamdulillah...akhirnya kau dah bertaubat.

cheqwa said...[Reply to comment]

hahaha..nasi ayam tapi dimakan dengan daging...kekekeke.selamat berbuka cik ungu :)

Eyka said...[Reply to comment]

selamat menyambut ramadan jugak awak :)
iklas dari domo dan eyka..yeahh! :D

batubata said...[Reply to comment]

Oh man..kelebihan solat taraweh dlm link tu mungkin drpd hadis2 daif dan palsu..wallahualam.

ika said...[Reply to comment]

haruslah sama2 insaf bulan ramadhan nie ek...pape pun entry nie memang xpenah insaf nak buat kelakar...haha~

stellaizz said...[Reply to comment]

salam ramahdan...selamat berpuasa

SeRi mAnJa said...[Reply to comment]

ramadhan kareem,,gud entry :)

Siti Arfah said...[Reply to comment]

salam ramadhan kareem. :)

Luqeem™ said...[Reply to comment]

salam ramadhan, dah hari ke5..hehe..:)


moga kita mndapat keredhaanNya