Wednesday, August 10, 2011

#5 Tips Blogging Tak Ikhlas


Bismillah


" Mak Jemah oii.. Kotak Follow aku hilang! "


Pernah menghadapi masalah puaka macamtu,kan? Tenang. Tak perlu nak terjun tingkap atau siat kulit tapak kaki sendiri kerasa stress dengan masalah kehilangan kotak Follow secara tiba-tiba. Sama lah macam zaman sekolah-sekolah dulu. Kalau korang tak reti nak buat homework kat rumah, korang mesti ada nawaitu nak tiru member meja sebelah kat kelas esok. Kalau member tak bagi tiru, korang akan ada alternatif lain dengan pura-pura demam keesokan paginya. Yaa.. Kata kunci penting kat sini adalah, ALTERNATIF !


Baiklah. Sila scroll page blog korang ke tahap paling atas. Korang akan nampak benda ni..


Klik untuk tambah lemak.





Ini namanya Navbar. Setiap page blog yang korang pergi, Navbar ini akan sentiasa ada dan menghantui hidup korang. Mesti korang tak perasan kehadirannya selama ni,kan? Korang memang.. Apa benda je yang korang perasan? Perasan cantik? Hek eleh...


Baiklah. kalau kotak Followers korang hilang, alternatifnya adalah menggunakan button Follow yang ada kat Navbar ni. Fungsi sama je. 


Klik untuk tambah lemak.



Aku dah lama je perasan benda ni. Atau aku yang salah sebab semua orang macam tak tau je? Atau aku terlalu hebat dalam bidang IT? Ya.. Korang rasa nak lempang aku, kan? Batalkan je lah niat kudus korang tu. Sebab aku juga mahir seni mempertahankan diri dan seni menipu. Dah... Tak payah nak buat muka kagum sangat. 


Bila korang gunakan button Follow kat Navbar, korang akan jumpa benda sama macam korang guna kotak Follow. Menatang ni akan pop-up..


Yang ni dah cukup clear kot. Apa? Tak nampak??
Hmm.. Satu Jumaat je lagi tu.. Taubat cepat.



Kotak navigation bar ni boleh di-edit warna tapi tak boleh nak remove. Semua page blog ada benda ni rasanya. Sebab aku try buang benda alah ni memang tak boleh hilang. Satu-satunya cara nak hilangkan pandangan Navbar ini adalah dengan menghempas laptop sekuat hati ke lantai sehingga menjadi serpihan-serpihan halus. InsyaAllah Navbar itu boleh hilang. Korang boleh pergi Design macam biasa kalau ada nafsu nak tukar warna yang tak berapa nak banyak pilihan. Kalau tak bagi semua pilihan tu pun takpe. Dah la semuanya hodoh. Tak membantu langsung. 



Klik kalau benci kurus.



Edit Navbar kat Design dan korang akan diberi 5,6 pilihan style Navbar yang kesemuanya hodoh. Tapi untuk mendidik sikap bersyukur, pilihlah satu dengan senyuman. Cuba try guna alternatif ni kalau kotak Follow tak muncul. Jangan tanya aku mana kotak tu pergi. Kemungkinan waktu-waktu macam ni diorang pergi bazaar Ramadhan agaknya. Kalau alternatif tak menjadi, sila abaikan tips ni. Nama pun tips tak ikhlas. Kesah apa aku korang dapat manfaat ke tak.



#1 Tips Blogging Tak Ikhlas
#2 Tips Blogging Tak Ikhlas
#3 Tips Blogging Tak Ikhlas
#4 Tips Blogging Tak Ikhlas



38 tindakbalas kimia:

cucu umie said...[Reply to comment]

kalo kt navbar tu tidak ad bolehlah letak button mcm tumblr tu..

Terbelog said...[Reply to comment]

kim salam ngan mak jemah hehe

ekmal said...[Reply to comment]

kelakar ayat2 dia..hehe..btw dh ready dh kalau kotak follower hilang, buat sendiri punya..hehe

alif haris said...[Reply to comment]

hahahaha .. semuanya hodoh ..
tp pasrah je la :D

amranaiman said...[Reply to comment]

TIPS ape nih? hehe.. bagaimana mengubah warna kotak follower?

Luqeem™ said...[Reply to comment]

haha, kalau takde navbar tu? nak bag pelempang kat blogger tu ke?

Asyila Zainuddin said...[Reply to comment]

haha.. perasan je navbar tu.. :)

cheqwa said...[Reply to comment]

wakahkahkahkah...i love cik ungu! muehehehe...ok lah dari takde tips langsung kan :p

Si Pujangga said...[Reply to comment]

haha.. :)

Ubi Kentang said...[Reply to comment]

eh, kenapa aku punye cam takde eh..
Perhatian, aku tak pandai edit2x nih
layout tu adalah smulajadi..hukhuk

Unna said...[Reply to comment]

dapat hidayah la lepas ni sape sape yg hilang follow button tu. :D

nub said...[Reply to comment]

dem. aku failed menatang ni

khaifaiz said...[Reply to comment]

owh... baiklah

hanim Nabilah said...[Reply to comment]

kaler sume hodoh sebab tadek ungu kan kak ungu :D

Rohaizam Rosli said...[Reply to comment]

hahahaha..... bab hodoh tu best...

Afiq Din said...[Reply to comment]

hahaha.. mcm2

Fathiah Hamim said...[Reply to comment]

eh navbar boleh remove. kena edit dekat bahagian html. =)

i am S!L4H.. said...[Reply to comment]

hah???
=.=

diana said...[Reply to comment]

kalau sapa2 pi blog akak tak jumpa kotak follow,tak payah la follow...:(

ayat sedih hiba nih>>)

Rain said...[Reply to comment]

haha, mmg aku tak tahan ah baca celoteh awek ni...

ya, alternatif buat kita akan mencari jln penyelasaian smp jumpa!

M.E Z.A.F.I.R.A.H said...[Reply to comment]

haha....lawak... zaa akn guna button follow kat navbar tiap kali nak follow maknusia blog.. sbbnye kt button join this site ade mslh... klu zaa follow dr c2,maknanye zaa follow melalui gmail,bukan blog... tension bukan?? xtahu nk setting cane, dia tetap berdegil nk follow melalui gmail

syrupmasin said...[Reply to comment]

hai mak jemah :D

teynteyn the doll said...[Reply to comment]

hehe rasenye bole buang nav bar tu tapi kene main coding html;P

Tukang Karut said...[Reply to comment]

ooo... aku tak pernah ambil peduli pun... hoho...

::ini belog saya . cinta hati saya:: said...[Reply to comment]

hehe . ayat nak gelak je .

hodoh sebab tade style yang menarik pom . heheh

:)

ipa faiza~ said...[Reply to comment]

aku x tahu nk komen ape. sbb dah tahu.

kire usaha aku nk byk kan komen ko je~


hehe

Wanie said...[Reply to comment]

hahahaha..betol ke kalau follow ikut care ni die lambat terupdate?

cik ungu said...[Reply to comment]

cucu umie :

ya boleh. tapi tak original la unsur blogspot tu.

*ehh sejak bila aku ni pengamal tradisi nie..?

__________________________________

Terbelog :

Mak Jemah bz la nak masak lauk berbuka.

___________________________________

ekmal :

10 markah sebab anda pandai berdikari.

___________________________________

alif haris :

tau takpe.
Hey! Sila belajar bersyukur!

*hunus rotan pusaka ~

___________________________________

amranaiman :

hmm...~
saya pun musykil dengan diri sendiri.

mari kita muhasabah sekejap.

cik ungu said...[Reply to comment]

Asyila :

ntahnye..perasan je kan.

jom lempang navbar tu ramai2.

dah la hodoh.

*salah faham maksud komen anda

___________________________________

cheqwa :

oih! ni ape love2 ni?
wa perempuan tulen ok.

*jatuh la saham kalau lelaki hensem gagah bergaya baca komen anda ni..
haishh!~

___________________________________

Ubi :

haa.. mesti ade kesewelan pada HTML anda. Takpun doman anda bukan blogspot.

atau mungkin blog anda gila seperti anda.

sila makan ubat.
___________________________________

Unna :

Yaaaa..!!

Itulah semangat positif yg kita mau! Syabas!!

Nah karipap!
___________________________________

nub :

fail?
tenang. jangan nak wat muka kecewa.

sem depan leh repeat.
___________________________________

khaifaiz :

anak murid yg mendengar kata.

nah seposen!

cik ungu said...[Reply to comment]

hanim :

betolll!!
adeq ni bakal menjadi adeq peberet akak la sebab sangat pintar!!

*binatang ape keris di kaki?!
__________________________________

Rohaizam :

kau suka je kan bab2 mengutuk ni..?
Apa nak jadi ni??

Sep2!
samalah kita!
___________________________________

Fathiah :

Haa..!
Nah 20 markah untuk exam subjek sejarah!

trima kasih utk info!
___________________________________

Silah :

diam.

cik ungu said...[Reply to comment]

diana :

wahh!

takyah nak wat muka macam ade bencana alam ok.

ALTERNATIF!!
__________________________________

Rain :

ya btoll..!!

anda pun layak dapat sebijik karipap di atas semangat positif itu!
__________________________________

MEZAFIRAH :

apsal nama ka nak huruf besar sume neh?

cis..salah tauk.

hmm..mungkin kita boleh hilangkan follow bentuk google tu guna liquid.

liquid skrin laptop anda.
___________________________________

syrupmasin :

mak jemah bz la.

apsal sume suh kem salam mak jemah ni.
__________________________________

teynteyn :

nah! 10 markah!

cik ungu said...[Reply to comment]

Tukang Karut :

kau ingat aku pernah ke?

pandai kan aku menipu.?
____________________________________

ini belog saya :

hoi.
nickname kau panjang sgt la.
aci tukar tak?

tak menarik kan style?
tak moden betul.

*wat muka keji~
__________________________________

ipa :

usaha kau aku hargai.

Nah karipap!
__________________________________

Wanie :

Haisemen...

Ni yg wa tatau nak jwb ni..

*angguk2

Iyakan je la aku ni..

milo said...[Reply to comment]

haha..memang pon sume hodoh2..

Suria said...[Reply to comment]

lagi hodoh sape yg cipta Navbar niii...hehe

selalu jgak guna navbar ni, tp kdg2 follow melalui dashboard..ni time pnyakit rajin dtg ;)

ifwat said...[Reply to comment]

dulu masa guna blogger ifwat buang navbar kat atas tuh.. haha.. tapi masa tu takde lagi la kes2 kotak follower hilang.. hehe

LinE PuTih LiNe HiTaM said...[Reply to comment]

rajin bebeno wat tutor sekarang..

nak pasang innity ke bang?

cik ungu said...[Reply to comment]

milo :

tahu takpee..!
__________________________________
suria :

hahaha.

mari lempang pencipta navbar ni ramai2.
__________________________________
ifwat :

mesti nyesal skrg kan..?

takpe. jangan bunuh diri.
__________________________________
line :

aku tetap tak paham pe kau cakap.

Gua Tertidur said...[Reply to comment]

blh buang navigation tu ungu..nk gua buat tutorial ke?