Tuesday, August 2, 2011

#4 Tips Blogging Tak Ikhlas



Bismillah


Sejak bila pulak aku rajin bagi tips ni? Aku musykil.. Tidakkah korang akan sesat jauh dari paksi kebenaran andai korang ikut tips-tips aku yang sebelum-sebelum ni? Hmm.. Nasib korang lah. Handphone ada GPS,kan?


Tips Keji 4 :
Makcik Cleaner

Jangan berangan aku nak offer diri jadi cleaner rumah korang. Jauh sekali. Apa yang aku maksudkan ni adalah kadar kebersihan dan kekemasan blog. Blog yang bersawang dengan labah-labah bergantung sana-sini, memang harus dihentikan segera. Ini jangankan lelabah, kadang-kadang tu platipus pun aci main berenang kuak rama-rama kat blog korang. Hello..? Korang buat blog zoo ke?

Banyak jugak blog yang aku perasan terlalu banyak letak perhiasan gaya macam nak sambut krismas. Kedai barang 5 ringgit pun takde meriah macamtu ok. Bagi aku, satu-satu page tu akan menjadi sangat semak dan serabut bila memenuhi semua ciri-ciri berikut ;

1. widget kartun yang banyak
2. ada menatang aneh follow butang cursor ke mana saja kita pergi
3. ada salji/daun/tahik bintang jatuh dari atas blog.. hmm.. tak sakit ke?
4. terlalu banyak Glitter Graphic

Yang aku perasan, blog yang meriah meletup-letup ni selalunya blog adeq-adeq lahir tahun 90-an ke bawah. Lagi-lagi perempuan. Biasalah tu.Tapi rasanya diorang secara automatik akan berubah selera sesuai dengan peningkatan umur nanti. Tapi bagi yang dah ada anak 4 orang, masih nak ada belon kelip-kelip dengan salji turun kat blog, macam ada sesuatu yang tak kena pada diri yang tersebut.


Minimakan keserabutan blog:

Kalau boleh, cuba untuk ada cuma satu sidebar. Kalau nak letak dua, paling elok letak kiri dan kanan. Kedudukan tu bagi aku yang paling kemas dan tawaddu'. Kadang-kadang tu sidebar penuh dengan iklan je. Untuk blog personal, iklan yang melimpah-ruah macam serabut. Ye la.. tau la nak untung banyak kan. Tapi sukati korang la. Lagi untung banyak lagi bagus. Aku memang perlukan duit raya lebih tahun nie. Err.. nanti aku bagi nombor akaun bank.

Buang glitter graphic yang sampai 7,8 lori tu. Benda-benda yang terbang-terbang. Dah macam langsuir pulak aku tengok terbang-terbang. Langsuir pun kalau kita azan boleh gak lari. Benda alah glitter ni kalau aku azan sampai anak tekak tersimpul jadi reben pun memang kompem tak hilang. Semua benda ni akan menyumbang kepada berat blog. Bila blog berat, kita sebenarnya sangat rugi.

Dan yang sangat penting, adalah susun-atur page blog korang. Macam rumah kita la kan. Korang mesti susun barang2 dapur elok-elok. Korang mesti letak pinggan mangkuk kat rak,almari. Ayam ikan pulak korang letak dalam peti beku. Mesti korang tak tergamak nak letak ayam ikan dalam mesin basuh. Jauh sekali dalam lubang jamban, kan? Mungkin adeq-adeq rasa cantik kot. Tapi selalunya visitor kurang suka. Lagipun kalau line tenet lembab macam labi-labi, memang sakit jiwa nak tunggu loading.



Gerak-gempur blog leh wat waktu siang. Malam nak pergi Teraweh kan. Ehh.. Sempat pulak aku nak selit nasihat percuma. Ya.. Tolong jangan buat muka kagum.

22 tindakbalas kimia:

Unna said...[Reply to comment]

hahahah lawak ah cik ungu ni. jap ag masuk bloglist ni. nk suh orang baca. lagi satu cik ungu kena tambah. PASANG LAGU. huhu kekadang mls nk masuk blog ada lagu -..-'

Panggil aku Han said...[Reply to comment]

hahah...blog masing2 kn..:)
nnt klau ditegur ade yg melenting klau yg bkn jns kaki sentap xpe..yg kaki sentap tu nnt biler di tegur habis dihambur nye...

btw nice tip :D
heheh...

p/s: han pn bdk 199x

cheqwa said...[Reply to comment]

saya suka cik ungu!....punya ayat.kekekekeke...betul2,xsuka blog yg ada perkataan ikot cursor tu.rimas.hihi

zer0xs said...[Reply to comment]

+ lagi 1... Make sure owner blog x membele lemak mcm kaw.. nanti blog turut berat ikut owner...

ZouL said...[Reply to comment]

hahah.tau tak pe..kalau berat sangat tu yang loading selalu lama tu..nak plak shoutbox tak kuar2..berbulussss je

Rohaizam Rosli said...[Reply to comment]

pergghhh... terbaek nih... meh jenguk blog iejam... tlg kritik2... suka gk nih nak dgr... nak tau gk blog iejam ni berat ker tak... bersawang ker tak pon jenis ayam ikan kat mesin basuh... ermmm

adlina said...[Reply to comment]

setuju sangat2..kalau blog lambat loading, komfem klik X aja..rugilah org tu!!

hanafijaafar said...[Reply to comment]

demi meringankan blog. cik ungu tidak akan reply komen macam dulu-dulu lagi, hahahahah....

Rohaizam Rosli said...[Reply to comment]

thanxx sgt2 sudi jenguk dan memberikan pendapat bernas... suka sgt... xdela iejam asyik syok sendiri jer tp org laen terseksa nak bukak blog iejam... huhu~~~

Rohaizam Rosli said...[Reply to comment]

tenkiu tenkiu ~~~

bella luna said...[Reply to comment]

tu blog kanak2 ribena je cik ungu,lau mak2 ribena buat jugak,mmg kena sunat balik la,.oppsss,hihi,.bdw,nice tips,berbunga2 hati bace ayat cik ungu,ahakz2;)

Bong said...[Reply to comment]

Elehhhhhhhhhh...bagi tip kunon..nis mesti tip tip tipuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu..keding-keding dah pandai tipu, dah gemok tataw la ape yg berlaku..trajang kang

M.E Z.A.F.I.R.A.H said...[Reply to comment]

tips yg berguna.... zaa mula2 wat blog dulu pon suke letak glitter2 bagai... bila lama terperasan lak bnda2 tuh mnyerabutkan... then zaa terus buang sume.. hihi

j b r said...[Reply to comment]

mungkin biasa bg perempuan. jika lelaki bgaimana? badan tegap letak salji2.

MissViVio said...[Reply to comment]

hahaha..stju! kalu glitter ni kononnya glemer ah tu...hahaha..gla x mtang.

Radsmil Nasir said...[Reply to comment]

takpala,, blog dorang juga...tpi kalau boleh kena sampaikan jugalah nasihat tu,, untuk mereka dan diri sendiri temasuklah aku sekali^^..peace yoo

iszieylyanziy said...[Reply to comment]

hahaha,,,nak wt cm ne,,citarasa die gtu

ifwat said...[Reply to comment]

blog berat2 ni kena penalized kat google la.. tk bleh, tk bleh

Luqeem™ said...[Reply to comment]

hehe..nice..

*blog awak cntik, blog sy cntik x?* hehe

alif haris said...[Reply to comment]

kgd2 tunggu loading blog sampai tetido

Aki said...[Reply to comment]

OK,nak minta pendapat cik ungu tentang blog aki plak.. :-p.. Boleh??

Suara Kalbu said...[Reply to comment]

Adeeeeehhh la...

Akak kalau baca entry awak ni kan Cik Ungu.. kena bawak surah Yassin siap-siap. Takut mati tiba-tiba sebab gelak terlebih lebih hahahhahahaa