Friday, August 5, 2011

#2 Aku Pun Ada Cerita Cinta Gak Ape.. (Bukan Zaki)

Bismillah


Sayang seribu kali sayang.
Bersamaan dengan 1000sayang.
Hmm..
Macam dah betul je persamaan kuadratik ni.


Teruskan.

Sayang seribu kali sayang.
Kenangan aku dengan Zaki tak lama.

Aku mula masuk darjah 1.
1 Merah.
Aku bersyukur jugak sebenarnya sebab nama kelas aku 1 Merah.
Aku lebih prefer begitu berbanding 1-Merah-Keoren-orenan-ala-Mentari-di-Ufuk-Timur.
Tak rasa payah ke nak tulis dalam report kad sekolah kalau begitu?

I Merah dulu, aku jadi ketua kelas.
Perasaan bangga? Huh.. Tak payah cakaplah...
Bongkak. Takabbur. Riak.
Lengkap.


Dan di 1 Merah inilah hati aku jatuh-berguling-guling-bawah-kerusi pada seorang lelaki belum baligh.
Aku tak berapa nak ingat nama dia..err..
Amir?
Ke Amri?
Cis...Lupa. Nampak sangat cinta tak sejati.


1 Merah dulu ada Sudut Bacaan kat belakang kelas.

Bila sampai waktu membaca, semua budak berlari pergi Sudut Bacaan.
Pilih satu buku. Balik tempat duduk. Baca.
Aku masih ingat taktik murah dan kotor aku guna untuk menggoda Amir...

Aku pandang rak Sudut Bacaan.
Aku cuma nampak buku-buku cerita itik hodoh, serigala, kucing dan kura-kura.
Semua orang berebutkan buku cerita kucing sebab gambar comel.
Aku cuba carik buku kartun paling menarik.
Aku capai buku itik hodoh. Aku puas hati.
Ada member sebelah tak sempat ambik buku itik tu.
Padan muka.
Berani nak berebut dengan ketua kelas.


Mata aku carik Amir. Dia laju amek satu buku dan terus duduk tempat.

Aku tengok Amir aku terus automatik jadi teruja.
Gedik?
Helo... Bukan gedik ok.
Hormon tengah nak meningkat naik, haruslah begitu.


Aku excited nak tau buku apa dia amek.


Aku nampak kulit buku yang dia pegang.
Ada gambar bulat-bulat. Planet.
Aku jugak nampak gambar Matahari dan tahik bintang.




Itu buku astronomi.


Aku pandang buku kat tangan aku..



Gambar itik kuning.



* bunyik cengkerik ~




Rasa hina...


Aku buang perasaan macam taik tu jauh-jauh.
Dengan perasaan resah, aku berjalan ke arah Amir.
Aku pura-pura berlakon dengan harapan lakonan tu membuatkan aku dan Amir boleh skandal.
Aku pergi kat Amir dan terus pegang buku astronomi hebat tu.

" Awak bace buku ape? "


Amir terkejut sikit.
Dan Amir cuma kata...


"Heyy, ape niee!?"
 Sambil rentap buku astronomi.


Aku sentap.






Confirm.
Amir tak syok kat aku.



Moral of the story : Amir (ke Amri? Pedulik-ape-aku).. 



19 tindakbalas kimia:

hanafijaafar said...[Reply to comment]

sempat ko tulis entri rupanya.

cheqwa said...[Reply to comment]

hihhihihi...memang xsejati langsung laah cik ungu ni..haaa,cheqwa tau!dia amri.muehehehe

khaifaiz said...[Reply to comment]

sejak bila ko jd penulis drama ni

ipa faiza~ said...[Reply to comment]

ko ni hebat laa.

leh pulak ingat semua scandal2 dulu~

huhu :)

Luqeem™ said...[Reply to comment]

hahaha..mane tak sentap, kawan sedap2 baca, boleh gi ambik terus..hahahaah

Khairil said...[Reply to comment]

sian kat awak..huhu...

j b r said...[Reply to comment]

mungkin gambar planet2 lebih menarik dari org yg menarik buka amir. :)

alif haris said...[Reply to comment]

hahah cik ungu ..
kelas darjah satu kita sama la .. 1 merah :)

asfira aminuddin said...[Reply to comment]

hahaha. weyh, dandan2 lupa nama mamat tu plak! kelas i dulu semua nama bunga. cempaka la, dahlia la, teratai la.

hanim Nabilah said...[Reply to comment]

haha.zaki diduakan rupanya

Apeach Blogspot said...[Reply to comment]

Semua orang ada cerita cinta.haha.^^

Aki said...[Reply to comment]

hak hak hak hak.. lawak ar.. cik ungu memang sentap.. oppss.. hehehe.. wey,darjah 1 nak skandal2 da eak.> ^_^.v..

ifwat said...[Reply to comment]

zman skandal darjah 1 dulu2 ifwat pun dah lupe la.. haha

Norraidah Abdul Rashid said...[Reply to comment]

hahaha.. cinta monyet yg agk melucukan..huhu..

iejjah said...[Reply to comment]

hebat...yg zmn muda mudi dlu msih lgi igt ek...haha....

cik ungu said...[Reply to comment]

hanafijaafar :

strategi beb.

draft aku tu rupanya banyak kegunaannya.
___________________________________

cheqwa :

salah.

dia leonardo dcaprio.

*taknak kalah

cik ungu said...[Reply to comment]

ipa :

kau tatau.

aku ingat cite dulu2.
tapi cite2 skrg tak ingat.


nampak sangat makan semut wat buke pose.
___________________________________

Luqeem :

Ala...

ni la gaya hindustan
__________________________________

Khairil:

kan?kan?kan?

Keji betul dia kan.
__________________________________

jbr :

aghh tidakkk!!!

pedihnya kenyataan itu!
__________________________________

alif haris :

halaa... ye keee??

tak nampak pun awk dulu kat kelas.
duk blakang eh?

*wat2 bodoh~

cik ungu said...[Reply to comment]

asfira :

haa...

u mesti bunge bakawali!
____________________________________

hanim :

haishh...
ape pulak diduakan.

lebih lagi tu.
hahaahha
_________________________________

Apeach :

ya...

kamu??

ha..nak cover la tuh..
__________________________________

Aki :

halaa...

dengki la tu.
ni mesti pesaing amir ni!

cik ungu said...[Reply to comment]

Norraidah :

aisehmen..

ade nampak cm monyet ke aku ni....


*menitikkan air mata~
___________________________________

iejjah :

haruslahhhhhhhh!!!

sentap koott!!
_________________________________