Saturday, August 13, 2011

#1 Tips Kurus Tak Ikhlas



Bismillah



Pagi tadi waktu tengah menjadi manusia normal macam selalu, tiba-tiba ada benda jatuh kat badan aku. Aku terjerit. Aku melompat sikit dengan penuh keanggunan. Mulan Jameelah lompat kena ada gaya ok. Aku tengok ada kertas ke plastik melayang. Aku lega. Tapi kelegaan aku tak lama lepas aku nampak objek yang disangka kertas tu bergerak laju dan terus panjat dinding, sampai ke siling. Lalu aku sambung jerit.

Aku tak faham kenapa cicak tu terlalu berminat dengan aku. Aku tau la Mulan Jameelah menarik. Tapi tak perlulah sampai nak terkam-terkam.


Baiklah. Kembali ke jalan yang lurus. Entri ni ditulis atas permintaan Sue yang request benda merepek. 


Ok. Ini adalah permintaan yang sangat kelakar. Kau tahu tak berat aku berapa?? Apa? Tak tau? Bagus. Aku pun malu nak cakap. Aku pernah bagi Tips diet masa zaman Nabi Adam dulu. Tapi aku sendiri tak menurut nasihat sendiri. Sekarang dah menyesal.

Baiklah cik Sue. 


Tips kurus 1 : Nasi. 

Pernah dengar kan pepatah kata 'sebijik beras adalah ibarat setitik peluh petani'. Kita mesti taknak makan peluh orang banyak-banyak, kan..? 

Memang... Memang kita makan nasik sebab kita tak makan beras,kan? Boleh tak tolong jangan menjawab? Dasar Tanggang. Nasik mengandungi karbohidrat yang sangat tinggi. Banyak testimoni dah menunjukkan kejayaan orang-orang yang tak makan nasik. Kalau korang memang takleh tahan gian nak makan nasik, jenis yang kalau tak makan nasik badan menggigil dan terpaksa gigit kaki katil, boleh je makan nasik sehari sekali. Tapi dalam kuantiti yang sangat sedikit. Tambahlah lauk sampai jilat periuk, tapi elakkan nasik. InsyaAllah korang akan nampak kesannya dalam sebulan dua kalau korang disiplin. 


Tips Kurus 2 : Dinner

Makan malam di awal waktu. Bukan solat je nak kena awal waktu. Proses penghadaman makanan akan ambil masa dari 30minit hingga 2 jam. Bergantung kepada jenis makanan yang korang makan. Kalau roti, mungkin 30 minit. Kalau daging, mungkin 2 jam. Tapi kalau pagar rumah, cuma 5 minit saja. Sebab pastu korang akan mati. Seelok-eloknya, makan malam around maghrib gitu. Sebelum maghrib atau selepas maghrib. Baru la cantik je timing korang tido pukul 11 tu makanan semua dah hadam. Time tido, perut dan sistem badan boleh berehat pulak lepas penat cerna bahan makanan tadi. Terus tido lepas makan malam juga akan menyebabkan sembelit.


Rasulullah SAW bersabda,”Cairkan makanan kalian dengan berdzikir kepada Allah SWT dan shalat, serta janganlah kalian langsung tidur setelah makan, karena dapat membuat hati kalian menjadi keras.”
 (HR Abu Nu’aim dari Aisyah r.a.)


Elakkan makan malam lewat sebelum tido sebab itu akan menyebabkan impian korang untuk mempunyai badan berbentuk gitar, tidak tercapai. 


Tips Kurus 3 : Buah

Sila jangan ikut ajaran sesat dengan menganggap buah-buahan adalah pencuci mulut. Bahasa omputehnya dipanggil dessert. Bukan desert ye. Desert tu padang pasir. Melainkan korang ada genetik biawak pasir, mungkin logik. Baeklah. Sunnah Rasulullah adalah makan buah-buahan sebelum makan nasi. Seelok-eloknya setengah jam sebelum itu. Ia akan membersihkan perut. Yaa..kagum,kan? Tak.. Tak perlu telan Fabuloso untuk cuci perut sebenarnya. Jauh sekali nak tanggal perut dan masuk dalam mesin basuh. Nonsense.. Jika kita makan buah selepas makan, ia akan mengambil 8 jam untuk menghadam makanan. Hambekk kau Mak Jemah oii.. Tak kesian ke kat perut sendiri?



Hmm.. Wehh.. Sambung laen kali aci? Tu pun kalau ada yang suruh sambung. Aku rasa macam berdosa je sebab semua nasihat ni bukan aku buat pun.


 Err....



* Sebahagian info diambil dari sumber asal daripada Kuliah Dhuha/Zohor ustaz Abdullah Mahmud di Ibu Pejabat BIMB berdasarkan hadis-hadis nabi riwayat Al Baihaqi, Termizi & Ibn Hibban) 



35 tindakbalas kimia:

nadia fatihah said...[Reply to comment]

n3 yg bagus! heee

♥BELLALICIOUS♥ said...[Reply to comment]

nak try la nnt. hehe kalau tak jadi siap la cik ungu. hehe

ifwat said...[Reply to comment]

betul3! makan buah sebelum mkan nasi baru betul.. mat salleh tu sesat tu.. bnyk benda dia putar belit..

Luqeem™ said...[Reply to comment]

oh mcm ni ke tips kurus, tp sy amalkan smua ni masih gemuk...8-)

=.= haha.

munira hashim said...[Reply to comment]

smartla tips ni..mmmg susah nk ikut..hiihihi

shedameor said...[Reply to comment]

haha. ade lagi 1 tip. lepas makan, kena paksa berak. baru la kurus sebab makanan da buang balik. kenyang sekejap tu jadi la kann ? uhuk

sue-sama said...[Reply to comment]

Cik Ungu!!! mekaseh banyak..inshaAllah sy akn cuba mempraktikkan nye...sy akn take note!mekaseh byk..yg no 1 sy sgt suke!

hanim Nabilah said...[Reply to comment]

dasar tanggang!hahaha..ade2 je akak ni:D

lg satu,,doa sebelum makan jgn lupa,tu kdg2 makan macam tadek hari esok..hehe

Unna said...[Reply to comment]

lagi satu, metabolisma tu pn penting. metabolism tinggi, buat badan kita cepat hadam makanan :) so exercise bnyk2 so dat metabolisma tggi. hehe sape nk try boleh la. mmg btul pe cik ungu ckp. tp unna tak nak try la, takut jadi lidi -.-'

M.E Z.A.F.I.R.A.H said...[Reply to comment]

wow... boleh try ni... terasa diri ini sudah gemok..

qamarguyz said...[Reply to comment]

salam ziarah..
haAa..inilah tips yang dicari!
nak buang 4 kilo yang dah makin bertambah berisi..ahaks! ;0

nyway ada tag contest untuk sis..
j0m jenguk

alif haris said...[Reply to comment]

hehehe :D
nice la ..nnt sy mau cuba :D

cik pha said...[Reply to comment]

kena try ni tip nk suh jadi kurus ni hee

Cik As ~ cinta solehah said...[Reply to comment]

kak iqa, thanks atas info ni. as nak join gak la nak start kuruskan badan.hihihi....nanti sambg la lagi. bagi tips menarik utk kekal langsing cam akak.:) muahahahaha.

cheqwa said...[Reply to comment]

amboit cik ungu jadi pakar kecantikan la plop..hahaha.pasni buek lah cmno nak hapuskan jerawat di muka :p

Yellow LEOpard said...[Reply to comment]

kawan aku cerita..sepupu tak makan nasi 3 bulan..memang jadik kurus..tapi bergantung pada masing2 lah kan..

Eda said...[Reply to comment]

bagus nih...hehe...kalau nak maintain berat badan macam mana pulak cik ungu?



jom join contest raya kat blog saya!..;)

aizadalias said...[Reply to comment]

cer try x mkn setahun..cnfrm kurus..hehe ;p

cik ungu said...[Reply to comment]

nadia :

bagus tak bagus gak kalau tukang tulis entri ni pun gemok.
___________________________________
BELLALICIOUZ :

err..err..

*usha badan sendiri..

Hurmmmm..!

Kompem tak jadi.
__________________________________
ifwat :

mat salleh tu memang sesat.

GPS die habis bateri kot.

cik ungu said...[Reply to comment]

Luqeem :

haaa...

mungkin perut awak tak suke awak.

kesian betul. dikhianati perut sendiri.
___________________________________

imunira :

kalau senang nak ikut kang ramai plak org kurus.

banyak pesaing nanti tak best.
hahahaahah
_________________________________

shedameor :

kalau taknak berak pun ok gak.

kalau mati sembelit, kompem kurus duk dalam kubur.

cik ungu said...[Reply to comment]

sue-sama :

takyah nak mekaseh sgt la kan.

nanti bank in duet.
___________________________________

hanim :

haaa...doa tu time tuai padi pun dah kena doa kan!

*insaf~
__________________________________

Unna :

metabolisma tu susah nak ukur la pulak.

kalau boleh ukur guna pembaris mesti senang kan.

cik ungu said...[Reply to comment]

MEZAFIRAH :

bukan diri tu je terasa.

diri ini juga~
___________________________________

qamarguyz :

Amboii.. camne puasa2 leh tambah 4 kilo plak ni.

Buka puasa makan besi beskal ape.

thanx utk tag, wak !~
_________________________________
alif haris :

cubaaa..

kalau jadi, leh bagi komisen.

komisen menipu.

cik ungu said...[Reply to comment]

cik pha :

try tryyy..

kalau tak jadi nanti sy tolong daftarkan kursus kat gym.
__________________________________
cik As :

kamu tahu ke akak makin langsing?

*pipi merah ~

tapi kenapa penimbang berat umah akak pecah..?

*menitiskan air mata~
__________________________________
cheqwa :

err...

InsyaAllah permintaan akan ditunaikan.

*menghitung jerawat di muka..


*cam x layak je nak wat entri tu..

cik ungu said...[Reply to comment]

Yellow :

Haa..betul lah tu.

Aizat AF tu kurus tak makan nasik 3 bulan gak.
___________________________________
Eda :

maintain?

lepas dah dapat berat bdn ideal tu, sila bunuh diri.

mantain tak gemuk lagi.

sifu im said...[Reply to comment]

tips nk gemuk de tak??hehe

**::CIKNUURUL::** said...[Reply to comment]

best la entri ni tp CN mmg dh sedia kurus sjak azali,.so,brsykur ape yg ade,.ehhe,.

Encik JI said...[Reply to comment]

tip diet encik Ji.

mkn kfc tiap2 hari, pastu telan panadol 2 dozen.

ok x

one of the three said...[Reply to comment]

fruits and eges are def GOOD. :D

_________________________
I have added cool emoticons to this message.
To see them go to http://x.exps.me?c27a99dc48f0413b1a5872e46e60862f

_________________________
I have added cool emoticons to this message.
To see them go to http://x.exps.me?c27a99dc48f0413b1a5872e46e60862f

cik ungu said...[Reply to comment]

aizadalias :

alang2 setahun, baek cakap seumur hidup je.
___________________________________

sifu im :

err..

kamu ni tak normal eh?
_________________________________

Encik Ji :

err..

setakat ni, tu lah tips yg terbaik. tahniah
__________________________________

we r us :

err.. *angguk je lah

cik sakdi said...[Reply to comment]

peluh la sedap. haha

caliph shuriken said...[Reply to comment]

nsib baik yg terkam tu cicak.. klau biawak pasir msti x smpat publish en3 tips kurus ni kn, hukk...

bukan photographer said...[Reply to comment]

sesungguhnya cicak tu rabun kalau die cube terkam ko....haha

Cik As ~ cinta solehah said...[Reply to comment]

akak, poyoslah.ada ke penimbang pecah.hahahaha. kalau as naik ada betol nya jgak retak tu pun xpecah lg.ngeh3x

cik ungu said...[Reply to comment]

cik sakdi :

kan? aku tau nape kau sewel cmni...
banyak sgt mn peluh ni..
__________________________________

caliph

betul gak tu. seb bek gak cicak tu tak terkam masuk mulut. kalu tak, haruslah meninggal.
__________________________________

bukan photographer :

aku pun rs cmtu.. cicak tu tak makan carrot kot.

cik ungu said...[Reply to comment]

cik as :

kalu x pcah pun jarum tu taknak gerak.ehh akak ckp betol laaaa...