Tuesday, July 12, 2011

Zaman Kaset Mane Ade Dah Mak Nookkss... ~

  

Bismillah




Aku kemas bilik tadi. Baru je siap mengemas. Jumpa banyak harta karun. Aku belek punya belek, jumpa la dalam 10 bijik kaset. Ni zaman jajahan jepun dulu ni. Orang sekarang mana pakai kaset lagi ye dak? Nak cari kereta yang ade player kaset ni ibarat mencari seluar dalam berbunga merah dekat section boxer. Kaset pertama dalam sejarah yang aku beli, kaset Sheila On 7. Time aku form 1 tu. Batak gila dengan SO7. Pastu kaset kedua aku beli, kaset band Spider. Dalam celahan2 kaset tu tiba-tiba jumpa kaset Raihan. Kompem bukan aku beli. Aku manusia lagha dan sukakan hiburan merepek. Apakah mungkin aku beli kaset Raihan?? 


Celah-celah Bedah barang-barang yang banyak tu, aku jumpa pulak gambar aku masa kecik-kecik. Time graduate dari Tadika Umi Syakirah. Nama tadika dah macam Universiti Al-Azhar dah. Aku pakai jubah konvo kaler merah. Tudung pulak ikat gaya-gaya makcik jual terung kat Pasar Siti Khadijah. Owhh deemm.. Memandangkan aku dah pakai spek sejak umur 4 tahun, spek aku dalam gambar tu boleh dikatakan antara spek yang terbesar sekali saiznya kat Asia Tenggara ni. Tak seimbang langsung saiz spek ngan saiz badan aku. Korang tengah imagine ke..? Jangan dowhh... Tak tido malam kang nanti haaa...

Aku ingat nak upload gambar tu.. Tapi aku tak sanggup mendengar komen-komen durjana korang. Biar aku saja yang tahu. Hahahahha..!~


Dan tadi ada dalam 7 ekor anak lipas kene sedut dalam vakum. Padan muka diorang. Macam jahanam je maen gigit-gigit kad besdey aku yang aku kumpul tu. Dah la besdey aku tak bagi hadiah, hadiah aku pulak diorang nak khianat. Tak belajar subjek Moral ke masa sekolah rendah dulu?


Sekarang satu laci dah bersih. Ya.. baru satu laci. Demm.... Apa yang kau duk simpan selama ni Fara oii..~




Moral of the story : Khidmat pembantu rumah diperlukan segera.



9 tindakbalas kimia:

mindaKhayaLan said...[Reply to comment]

ee ada lepas...
MK geli tengok lepas..
meremang bulu MK...hehehe

zer0xs said...[Reply to comment]

cantek.... mesti ko jumpe memory card aku kan? hahahaha

zati embong said...[Reply to comment]

haha.ni namanya ops bersih!haha

alia azmi said...[Reply to comment]

oh terasa ngeri nak kemas laci sendiri pulak.. gamaknya boley jumpa tikus.. kalau hamster best la jugak ^^

- Z - said...[Reply to comment]

simpanla kaset tu..buat pusaka ke anak cucu hehe

dh folo kamu

Azlan Hasan said...[Reply to comment]

kekeke..zaman SO7 ade keset lagi ek??aku da lupa zaman bile kaset takde..hehehe

Regards,
-Strider-

syafiqakarim said...[Reply to comment]

haha betul weh.dulu iqa kaki kaset
gak ni. semua nak di beli. haha tp skng
da xguna kan. rugi lak -.-

ipa faiza~ said...[Reply to comment]

wah giler hebat ops bersih ni.

kalau ipa kemas bilik, paling byk jumpe mesti duit syiling.

hehe

stellaizz said...[Reply to comment]

kat kampung stella...still ada lg kaset ..semua lagu jiwang karat2...and lagu dangdut amalina :)