Monday, July 4, 2011

Entri Panjang Bikin Muntah : Malaysia Cium Amerika

  

Bismillah



Sepanjang sebulan lepas, Maksu and the Blackbone family balik Malaysia. Summer holiday. Kazen-kazen semua dah besar panjang. Pergi dulu umur baru 5 tahun, balik sini tetiba dah jadi 17 tahun. Apa? Lupa daratan? Alhamdulillah tak. Malah boleh la nak kata mereka ni lagi sopan dari aku. Ah.. bencinya terpaksa memuji orang lain sambil mengutuk diri sendiri. Ini bukan aku ni... Macamana kami berkomunikasi? Owh.. Aku perlukan 10minit untuk hadamkan setiap ayat yang diorang cakap disebabkan loghat mereka yang berhabuk. Terasa nak je guna bahasa isyarat macam mainan Regu tu, tapi nanti aku tidak nampak cool. Jadi tiap kali mereka bercakap dengan aku, aku akan angkat kening sebelah. Gaya macam cool dan hot campur attitude macam malas-nak-layan-budak-budak. Hebat kan penyamaran aku? 


Itu hari kitorang drive bawak kazen2 aku jalan2. Baru balik Malaysia katekan. Ceh.. geli pulak dengar. Sampai kat lampu isyarat kuning, macam biasa lah kan... Sebagai penduduk Malaysia yang normal, kuning menandakan waktu paling afdal untuk tekan pedal minyak. Makin lampu nak jadi merah, makin kuat pulak tekan pedal minyak. Silap haribulan mau tanggal pedal tu. Dan bila jenayah tu berlaku, kazen-kazen aku menjerit.. "Noooo..!!!!" Ahh... Dah terlambat. Jenayah dah berlaku. 


Angah dan abang ipar aku belanja aku dan kazen kami tengok Transformers 3D itu hari. Menu utama? Dah terang lagikan bersuluh lampu spotlight Stadium Bukit Jalil..Mestila Popcorn dengan Coke. Jangan nak tipu aku kau bawak kuey tiaw kerang dalam wayang. Lebih kurang 3 jam kena tipu tengok kereta jadik robot, kitorang pun blah sebab kitorang normal. Dan orang normal takkan duduk dalam wayang sambil main Congkak walaupun cerita dah habis. Dan bila keluar, Angah aku cakap kat kazen aku " Malaysian people used to leave popcorn paperbag n that softdrink inside the cinema. It's common~." Dan kazen aku cakap "Noooo...!!" Ahh... Dah terlambat. Jenayah dah berlaku.


Tengah jalan-jalan melihat alam bersama kazenku itu, tekak rasa haus. Ada van jual air dan goreng pisang. Makcik van tu buat muka gigih bekerja macam baru kena marah ngan Donald Trump. Dia hulur air dan ambik duit dari tangan aku pun tak senyum langsung. Aku tak terasa pun sebab dah biasa. Orang malaysia yang normal memang macamtu. Aku sambut plastik air tu dan cakap terima kasih. Makcik berwajah gigih tu cuma jawab "hmm...". Kazenku berbisik.. "She's so rude..". Aku tak kata apape. Cuma senyum sinis sambil angkat kening sebelah. Cool gila..




Moral of the story : Welcome to Malaysia, bebeh !




6 tindakbalas kimia:

suk said...[Reply to comment]

gila cool angkat kening sebelah. mcm the rock.

ZIEMA said...[Reply to comment]

Malaysia oh Malaysia... cool la kazen kau tu!! :)

delarocha said...[Reply to comment]

makcik tu penat...senyum pun tak larat dah..

*berbaik sangka :-)

khaifaiz said...[Reply to comment]

panjang gle entri ko ni... sedang membuang ker

amir aizat said...[Reply to comment]

cool habis lah!

nurdani said...[Reply to comment]

ish2..tak suka betul peniaga macam tu