Monday, July 11, 2011

Bukan Tentang 10 A Dalam SPM, Bukan Tentang CGPA 3.5

  

Bismillah




Berapa A korang dapat dalam PMR? SPM?
Berapa CGPA korang dapat kat kolej atau universiti?



Abang, kakak,
Masih sedih ke tak dapat 10A dulu? Masih iri hati kat member sebelah yang semedang asek DL je? Cukup...
Jangan dikagum sangat orang yang belajar oversea. Jangan sindir orang yang tak masuk universiti. Hanya sebab orang lain jadi posmen, tak jamin yang datin-datin tu confirm ahli syurga. Hidup bukan tentang berapa banyak A kita dapat kat sekolah. Bukan tentang pointer 4 flat. Hidup kita sebenarnya serba 'cukup'. Hidup ni luas...


Dah berapa tahun kita hidup? 15? 19? 25?
Berapa banyak kita menangis hanya sebab tak dapat 10A atau CGPA 3.5?


Aku anak orang susah. Kena buat betul-betul. 
Kau anak orang berada. Ayah kau banyak contact sana-sini.


Boleh berhenti ulang skrip drama melayu macamni? 
Jangan pertikai rezeki orang, jangan pertikai kehendak Allah. Jangan anggap hanya sebab rezeki tu orang sebelah kita yang dapat, maknanya Allah tak sayang kita. Apakah?? Kesimpulan tu sangat bodoh. Pernah faham erti 'cukup' dalam hidup? 


Kenapa kita pakai Kelisa, tapi member sebelah bawak 3Series? Sebab Allah kata Kelisa tu 'cukup' untuk kita. Untuk masa ni, Kelisa tu lah yang terbaik untuk kita. Makanya, cukup..
Kenapa team bola kita kalah sampai kita baling-baling kerusi kat team lawan? Sebab Allah kata 1 gol tu 'cukup' untuk kita. Terbaik untuk kita sekarang. Makanya, cukup..


Sekarang kita cakap pasal hidup..
10A, Oversea, CGPA 4, gaji 2angka, awek hot, Iphone 5, Fairlady? 
Kamon, bebeh.. Wake up.

Hidup bukan semata untuk gembira. Terima hakikat, hidup tu sama pahit. 


Terasa iri tengok orang lagi cantik, lagi kaya, lagi sempurna. Tanya diri sendiri, kalau kita secantik tu, sekaya tu, se-sempurna tu, kita akan riak tak? Jangan tipu.. terjentik hati walaupun tersentuh kuku pun, itu tetap riak.
Bukan rasa rendah diri tu lebih mulia dari riak ke? Tak eh?


Jangan pulak kita pertikai ujian orang lain hanya sebab ujian diorang tak seberat ujian kita. 

Kau eksiden patah tangan je pun, nak nangis-nangis merintih, baling pinggan kat nurse apakah?? Aku eksiden sampai mak aku meninggal. 
Aku lagi derita dari kau. Aku yang paling terseksa.


...sebab Allah kata patah tangan tu ujian yang 'cukup' untuk dia. Sebab Allah kata kekuatan yang dia ada dan mampu tanggung adalah dengan patah tangan. Makanya, cukup untuk dia..
Dan kekuatan yang mampu kita tanggung adalah dengan kehilangan orang tersayang. Makanya, cukup untuk kita.. 



" Tidaklah di beratkan seseorang melainkan kemampuannya "
Surah Al-Baqarah : surah 2 : ayat 233


...dan bila kita berpisah dengan sesuatu yang kita sayang lepas 7tahun sekalipun, adalah sebab Allah kata, sampai waktu ini dah 'cukup' untuk kita. 7 tahun dah 'cukup' untuk kita. 7 tahun paling 'sesuai' untuk kita. Makanya, cukup.. 10A, Iphone 5 ataupun Fairlady kita takkan mampu buat apa-apa.



Abang, kakak..
Hidup ni luas...








...dan Allah itu sangat dekat.




Moral of the story :
Kagumlah usaha yang orang buat, bukan rezeki yang orang dapat.  




*** peringatan untuk diri sendiri.


18 tindakbalas kimia:

bumbleB said...[Reply to comment]

setuju! jgn hanya di mulut tp percayalah dgn hati bahawa Allah itu Maha Adil =)

cik bulan said...[Reply to comment]

setuju sangat..kdg2 rezeki tu Allah nk bagi takat tu ja...xbanyak tapi mmg cukup untuk kita,,;)

nurul nadhira said...[Reply to comment]

aku komen bukan sbb nk dpt xtra mark, tp entri ni bes hahah.

Eiykin Sshi said...[Reply to comment]

hebat ar....nk share falsafah ko ungu!:)

Eyka said...[Reply to comment]

sukeee :)

#double like ^^

Elixindora said...[Reply to comment]

rse lega sgt bce entri nih,..terima kasih

batubata said...[Reply to comment]

Dimulakan dengan gelak besar (KahKahKah)
Kadang2 org yg berBMW itu belum tentu dia mendapat ketenangan yg org kelisa tu dpt. Dan mungkin anakpinak BMW itu sgt menyerabutkan sedangkan yg berkelisa itu mempunyai anak2 yg sentiasa mendoakan.Ketenangan dan kebahagiaan bukanlah hanya dengan kebendaan walaupun itu mungkin menyumbang.Dan bukanlah senang untuk membuang sifat takabbur dlm diri manusia. Susah bukan menjadi org kaya? HAhahahaha..Didiklah diri untuk mendapat sifat qanaah itu.nescaya(pehhh, perkataan kaw2 punye), membuat kita sbg hamba tahu erti syukur dan cukup yg byk dimensyen diatas.Yiehhhhaaaaaaa

Terbelog said...[Reply to comment]

nasihat yg bagus i like

dill said...[Reply to comment]

penuh aura positif. :)

dill.

lala shaheila said...[Reply to comment]

suka enni..love Allah :)

zati embong said...[Reply to comment]

jatuh cinta dgn post2 kamu!

O.o

syaz@rozelt said...[Reply to comment]

setujuu sgt..dkt part study obersea tu..tringin nak study kat obersea cm kwn2 laen..tp x pe la mungkin bkn rezki sy nak p sane~

SRenungan said...[Reply to comment]

nice info~
like..
SEBAGAI RENUNGAN

hazari. said...[Reply to comment]

kita cuma akan dapat ujian yang sememangnya betul betul kuat untuk kita hadapi dan selesaikannya. haha sorry lari tajuk.

cik sakdi said...[Reply to comment]

cakap pasal kelise, aku pernah terasa hati ngan bapak aku. kawan2 aku ramai ade kete. aku sedih npe bapak aku xbelikan kete utk aku, padahal dia mampu. hehe tp biaselah. cukup la tu naik bus. :)

✿ cik pieQa ✿ said...[Reply to comment]

OMG ! sekali lagi terbaek la ! 10 thumbs up fOr diz entri. wallah ! :)

b'syukur dgn ap yang ad. terima segala ketentuanNYA :)

Encik JI said...[Reply to comment]

aku tetap nk dpt 4flat. wahaha.

bila la dpt mrasa perasaan dpt 4flat.

prasaan bajet bagus dan bangga. ekekke

pajong pemalas!!! said...[Reply to comment]

aku nk kapal trbng tp ak dpt ex5 gn nouvo...knapa ak xdpt kpl trbng? sbb ak x pndai bwk kpal trbng hahaha...
kongklusinya Allah bg ap yg mmpu kte tnggung dan takkn dberatkn hmbanya dgn prkara yg x mmpu dtnggung..