Monday, July 18, 2011

Aku Pun Ada Cerita Cinta Gak Ape.. [Part 1]

Bismillah




Bagi aku, ini adalah ekslusif. Tak pernah tercatit kat mana-mana suratkhabar Kosmo ataupun Metro.
Jauh sekali Harakah. Aku cuma teringat. Rindu...


Masa tadika. Cinta monyet pertama aku.
Nama dia Zaki.


Dia mempunyai koleborasi rupa kiyut + hensem.
Kulit cerah.
Rambut belah tengah.
Senyum senget ala Leonardo Dicaprio.
Kening lebat.
Aku selalu pasti yang dia akan membesar.
Membesar dewasa menjadi jejaka yang sangat macho.
Aku masih lagi pasti.


Ahh.. Menaip ni pun aku dah angau.
Airliur meleleh atas keyboard.
Deyymm...
Korang paham tak perasaan aku sekarang??
Waktu tu, dialah makhluk Tuhan paling seksi bagi aku.
Dan aku ala-ala Mulan Jameelah.
Versi Islamik sikit. (hak tuih..~)


Err..macam dah terpesong sikit akidah entri kita ye.


Ok. Sambung.




Kat tadika aku dulu, bila time makan mesti ramai-ramai dalam dulang.
Setiap kali makan, aku ada harapan.
Aku berharap dapat makan sedulang dengan Zaki.
Alahh..macam orang kawin tuuu..


Gatal? Bukan...
Tu namanya gedik bertempat.


Tapi aku tak pernah dapat makan sedulang dengan Zaki.
Aku syak cikgu tadika aku tu dengki dengan spek besar aku.
Biasalah, perempuan...
Tak boleh tengok perempuan lain lagi cantik.
Lebih-lebih lagi kalau yang hot macam Mulan.
Huh..~


Walaupun tak dapat makan bersuap-suap dengan Zaki,
tapi aku selalu syok sendiri.
Aku selalu nampak Zaki makan dalam dulang dengan kawan-kawan lain.
Bertentang mata dengan aku.
Selalu macamtu.
Deeyymmm...


Betul lah kata orang.
Cinta bikin hati resah.
Makan tak kenyang.
Aku mintak cikgu topup nasik dengan ikan.
Pastu tak habis.
Sahabat syaitan.


Aku ingat lagi time lumba lari kat tepi tadika.
Cikgu suruh lari sampai hujung dinding batu.
Demi nak menggoda Zaki, aku lari membawa semangat Watson Nyambek.
Aku sampai nombor satu.
Aku tau Zaki nampak kemenangan Olimpik aku tu.
Hidung aku sama besar dengan meriam.
Aku bangga.


Tapi bila kena lari patah balik, aku tewas.
Selipar sandal yang aku pakai tu, dah terputus talinya.
Aku cuba jugak lari kengkang agar tak dapat tempat tercorot.
Aku kecewa gila time tu. Gaya macam kecewa orang yang sembelit.
Aku syak cikgu aku sabotaj selipar aku lagi.
Dia cuba merebut perhatian Zaki.
Uhh.. Keji..


Tapi sampai satu hari, perasaan aku kat Zaki mula berubah.


Waktu tu dah petang.
Semua budak dah makan. Dah boncet.
Sebelum tido petang kena mandi.
Itulah first time aku balik sampai lewat petang dan terpaksa mandi kat sekolah.


Itulah pengalaman pertama.
Mandi berjemaah kat tadika.
Aku mandi dengan budak perempuan yang lain. 4 orang.
Tukar-tukar sabun. Sembur-sembur air.


Bila aku pandang kat pintu,
aku nampak Zaki berdiri..






Tepat pandang kat aku.






Pertama kali dalam hidup rasa malu.








Deeyymm kau Zaki..!








Tapi ok la.
Gaya dia macam syok kat aku jugak je.
Lalalalaa...~








Moral of the story : Kehadapan Zaki, siyes.. kalau kau terbaca ni, 
menyerah sekarang!




29 tindakbalas kimia:

paish said...[Reply to comment]

no komen! siyes!! dah p mandi :p

nanad said...[Reply to comment]

ahah..sweetnyaaaa ;D

hunnyAPIS said...[Reply to comment]

haha...cite cinta paling comel sy penah baca..haha..gud job...:p

cik kacak said...[Reply to comment]

HHE , sweet lah ;)

syrupmasin said...[Reply to comment]

zaki zaki..mane dy..err zakiah ade lah jumpe :D

Anak Wak Mail said...[Reply to comment]

haha..kecik2 dah gataii ye...!

Eiykin Sshi said...[Reply to comment]

hoi mentang2 spek ko besar..amboi nampak aje makhluk2 kiut ea...dasat kau ea ungu.kah2

hanim Nabilah said...[Reply to comment]

comel la..tapi syg kaki skodeng rupenye si zaki..ke terskodeng tu..haha

bez amin said...[Reply to comment]

hahahah...hepi ending ever after! :-)

ainondreamergirl♥ said...[Reply to comment]

hahaha. shomel je :D

Mohd Izzar said...[Reply to comment]

hahah,,mcm tu plak ending dia..

asfira aminuddin said...[Reply to comment]

haha. pegilah stalker kat fb babe! mmg lawak lah cite u. tergelak-gelak i baca tau! haha.

MarY_z said...[Reply to comment]

rasa ingatan dah lumpuh tentang tadika. x ingat! lawatan ke kilang gardenia tu ingat la. ada gambar dia x kat situ? heeee...heeee...

hanaahmad said...[Reply to comment]

hahaha.....boleh tahan juga cinta masa tadika ni....kalau aku dah tak ingat dah ha..ekekekek

zer0xs said...[Reply to comment]

kaw meme.... kecik kecik lagi dah kuar belang tarung... kah kkah kah

alif haris said...[Reply to comment]

ye sayalah zaki tu .. hahahaha :D

Shah URL said...[Reply to comment]

omg cinta dia dari tadika. ahahaks. anyway sweet :)

cik sakdi said...[Reply to comment]

meh aku sepak sket cikgu tadika kau, pe ni dengki2 xpatot la cikgu tu sabotaj ko. cis

Shawn Razaleigh said...[Reply to comment]

aku lah zaki yg kau cari selam ini. hahahah

tiba2 je

cik ungu said...[Reply to comment]

paish :

baeklah!

*tarik tuala~



nanad :

suhweet..??

tengokla heroinnyer..

cik ungu said...[Reply to comment]

hunnyAPIS :

malas je nak buat jadi drama ~

*berlagak ~



cik kacak :

well..

heroin comel, haruslah cite sweet!

*batuk2 ~

cik ungu said...[Reply to comment]

syrupmasin :

tu la..
tolonglah carikan zaki untukku.

nak skodeng die plak.



anak wak mail :

bukan gatal laaa..~

hormon belum stabil!

cik ungu said...[Reply to comment]

eiykin :

oih..jeles ngan spek aku ke?

aku x pandang zaki,
zaki yang merebut perhatian aku.

hahahahaah


hanim :

terskodeng kot.

terskodeng dengan penuh bergaya~

cik ungu said...[Reply to comment]

bez :

mekasehh...!

jangan upe beli cd kami ~
*gila~


ainon :

suhweet kann..

haruslaahh..saye kan suhweett !

*bunuh diri~

cik ungu said...[Reply to comment]

izzar :

sadis kan ending?

kami tiada jodoh!

aghhh! *keciwa~



asfira :

babe, sepatutnye u mengucapkan takziah!

i mane de fb!
hakdush!

cik ungu said...[Reply to comment]

mary :

hala.. saje la tu buat2 lupe.

mesti tgh de skandal ngan zaki kan!kan!

*hakdush!



hana :

huishh..first crush tuhh..
haruslah ingatt! haahah

cik ungu said...[Reply to comment]

sepul :

kau ingat aku zebra pe?



alif :

dah terang2 nama alif harus,

ade hati nak jadi zaki.

cik ungu said...[Reply to comment]

shah :

omg!
omg!
omg beramai2!



cik sakdi :

kau tipu.
sebenarnye kau la adeq cekgu tadika aku kan!

mane zaki?!
cakapp!!

cik ungu said...[Reply to comment]

shawn :

ni lagi sorg.

name dah shawn tu shawn je la!
apsal nak zaki jugak!

tamak!
hakdush!