Saturday, July 30, 2011

#3 Tips Blogging Tak Ikhlas



Bismillah


Tips Keji 3 :
Justify

Bukan.. Justify tu bukan nama kuih tradisi.




Senang je pun. Jangan malas sangat boleh?
Beruang kutub berhibernasi pun tak malas macam kamu orang, tahu?



Ramai yang tak perasan kepentingan fungsi Justify ni. Selalunya bila dah habis tulis entri, ramai yang cuma tukar font dan warna tulisan sebagai final touch sebelum publish. Diorang tak perasan kot default function adalah Align Left. Walaupun tak banyak beza dengan fungsi Justify, tapi bagi mereka-mereka yang jenis terang hati sebab baca entri sambil ada air sembahyang, mereka pasti terganggu dengan ketidakstabilan politik perenggan yang tak konsisten. Heh.. Nice kan perkataan-perkataan yang aku gunapakai? Mampu mengaburi mata korang untuk menyangka bahawa aku seorang insan yang bijak bistari,bukan.? (binatang apa keris di kaki?)

Contoh perenggan dengan fungsi Align Left.
Barisan kanan tak konsisten. Huduh.



Kadang-kadang ramai pulak yang guna fungsi Align Center untuk semua entri-entri diorang. Mungkin itu style diorang. Tapi bagi pendapat seseorang yang bajet Mulan Jameelah macam aku ni, fungsi Center sesuai untuk entri berbentuk madah-pujangga. Seperti contoh ; puisi, sajak, syair, pantun 18kerat, Kuiz Teka kacang atau mungkin Roda Impian. Untuk entri panjang berjela macam jarak antara Bumi dengan Planet Musytari, fungsi Align Center ini kurang kemas dan kurang sesuai. Dan lebih elok kalau kita semua kurangkan gula dalam makanan. Untuk mereka-mereka yang rabun dan bermata juling air macam aku, (jangan tanya kenapa aku kutuk diri sendiri..) fungsi Center ini menyebabkan mata kami lebih tidak istiqamah pada tempatnya. Tak kesian ke? Kejam... 

Contoh perenggan Align Center.
Baris kanan dan kiri tak sekata. Huduh.




Untuk entri bercerita yang panjang berjela tadi adalah paling afdal untuk korang guna fungsi Justify. Sebab fungsi Justify ini adalah untuk memperkemaskan perenggan-perenggan entri sambil menghilangkan ruang-ruang udara serta ruang-ruang rindu antara huruf dan perkataan. Kesannya penulisan entri jadi sekata. Maka, jika entri korang panjang melampau dan banyak sangat perkataan nak ditulis macam-esok-dah-kiamat-nak-tulis-takleh-dah tu, pemilihan fungsi Justify membantu entri korang agar lebih kemas, khusyuk dan tawaddu'.

Contoh perenggan Justify.
Amazing. Macam aku.





Nampak tak perbezaan untuk setiap perenggan kat atas? 


Apa?

Tak nampak?





Biadap.



Ni zaman moden, bhai... Kemudahan dah ada, maka gunakan. Klik aje pun. Bukan korang kena amek pembaris atau jangka sudut untuk ukur huruf jadi sama rata. Sewel.




Tips Keji #1
Tips Keji #2

18 tindakbalas kimia:

ZURAINI said...[Reply to comment]

owh okay. me, prefer align left. x suke gak yg tulis pjg jela jela tp centre. durhh

hamzah ian said...[Reply to comment]

pesen tulis sekerat sekerat? haha

✿ cik pieQa ✿ said...[Reply to comment]

ahahahahaha ! tolong2 ! nak gelak lagi hahahahahaha !

oke back to normal. puh2 ! pieQa suka guna center punya, tatau nape, memng suka. so sorrrri sangat2 kepada yang bermata juling. seriuz ! sesungguhnya tiada niat di hatiku untk membiarkan mata awak tak istiQamah pada tmpat asalnya. hahahahahahhaha !

cik ana said...[Reply to comment]

setuju dengan kenyataan align center tuh.. hahaha.. cikgu nk markah 10 boleh x? 7 sikit la..hehe

ekmal said...[Reply to comment]

align left la yg plg ok kot, sbb kalau ikot lojik baca buku pn align left, org dh terbiasa dh dgn left allignment

dewqra chacqk said...[Reply to comment]

oh , tq infom , tak nak buad lagi nanty . hehe

hanafijaafar said...[Reply to comment]

Der Bericht sollte etwa 50 Seiten umfassen, in Schriftgröße12 und mit 1,5-fachem Zeilenabstand gestaltet sein.

ipa faiza~ said...[Reply to comment]

aku prefer center la.

Mohd Izzar said...[Reply to comment]

ooo...baru aku nmpk beza justify dgn left tu..chesss~

Asyila Zainuddin said...[Reply to comment]

hahaha.. masing2 ade style masing2 kn.. :)

LinE PuTih LiNe HiTaM said...[Reply to comment]

makin serius mnghapdate blog.. jap lagi letak advertiser lak ni.. hik hik

aisya said...[Reply to comment]

prefer justify... nampak lagi kemas kan? xsuke serabut2..

cheqwa said...[Reply to comment]

hahaha..ayat tak boleh blah.kekekeke.yup,kalo justify baru cun.kemas je.tapi kekadang cheqwa sendiri yg lupa.huhu :/

asfira aminuddin said...[Reply to comment]

i suka justify yg no 2. semua tulisan ke tengah. lebey kemas. haha.

Eiykin Sshi said...[Reply to comment]

kau jangan ingatkan aku kat tesis aku..justify2 nie tulis tesis gaye ukm je aku aply plus buat asignment.haha yela cik ungu..pasni aku apply ajaran ko.betul jgk kate kau :D

Hisyam said...[Reply to comment]

juling air = cun....apekah?...

Chempaka Sari said...[Reply to comment]

erm.. saya tau pasal tu, tapi disebabkan saya tak suka baca entry atau asigment yg justify, (seperti baca buku dan bukan blog) jadi saya lebih suka tulisan sy tak kemas sgt sperti bold sesuka hari, perenggan yg sikit sikit dan tulisan kecik besar.

Lecturer English saya pun mengharamkan thesis yg guna word justify, saya faham perasaan die hehe.

Luqeem™ said...[Reply to comment]

saya baru tukar ke justify bulan lepas..hehe

agak menarik!