Tuesday, July 26, 2011

#2 Tips Blogging Tak Ikhlas

Bismillah



Yaa.. Dah try Tips Blogging #1 haritu? Ke masih lagi tak faham-faham sampai sekarang? Kemungkinan air sembahyang korang tu asek batal. Atau mungkin korang punya tahap lembab tu tak dapat dibantu lagi.


Baek! Aku nak kongsi satu lagi tips membuang masa di arena berblogging. Memandangkan tips kali ni merangkumi bidang IT yang dulu aku cuma dapat B, aku harap korang sabar dan istiqamah membaca.


Tips Keji 2 :
Neraca Dacing

Tidak.. Tidak ada kena mengena langsung dengan politik. Tidak juga mengenai sukatan lada hitam. Jauh sekali sukatan pelajaran Malaysia. Ni adalah mengenai kadar berat blog kita. Yaa.. Blog yang berat adalah sesuatu yang harus dielakkan sepertimana kita mengelak setiap kali nak melintas depan salesman di pusat membeli-belah.


Brader.. Blog bukan macam muscle anda. Makin berkepak makin gagah. Makin berat makin payah rebah. (Deymm.. Apsal aku berpantun secara tiba-tiba nie..?). Dan kakak.. Kita punyalah berdiet siang malam nakkan badan yang mampu mengelak titisan hujan andai hujan turun, nak badan seringan buih. Tapi kenapa bab blog, kita ibarat menggantung sauh kapal Titanic di skrin laptop?


Kenapa blog yang ringan nak loading penting? Bhai... Di arus zaman moden dan kecanggihan ni semua orang mengejar masa. Lebih-lebih lagi artis macam aku (Pandang kanan sambil buat muka riak). Sungguh tak ada masa nak tunggu blog yang 20 tahun baru siap loading. Blog yang lembab menyebabkan visitor datang dan berambus laju-laju sebelum sempat kotak chatbox keluar. Bila tak ramai tinggalkan link, maka tak ramailah yang mampu sesat ke blog korang. Tak ke rugi tu? Tak ke? Tak ke? Hah? Apsal tak jawab? Tanggang !


Baeklah. Macamana nak ringankan blog? 

Selain dari membuang sauh kapal Titanic tadi, sila buang segala widget-widget yang bergerak. Contohnya slide gambar. Slide gambar adalah yang paling menyusahkan. Kalau korang tengah mengalami sindrom internet lembab, cuba reload page blog korang. Widget apakah yang selalunya paling lembab-nak-mati ibarat menunggu-timun-dalam-kuali-menjadi-chicken-chop untuk muncul? Maka, adalah lebih afdal korang terajang widget tu jauh-jauh.


Macam contoh blog aku. Menatang paling lembab nak muncul adalah widget Mutiara Islam. Kat atas sekali. 

Kenapa aku tak buang? Bhai.. Tengok la blog aku ni. Penuh dengan benda merapu dan lagha. Syaitan memang suka bertenggek kat blog macam aku ni. Widget Mutiara Islam tu demi meneutralkan kelaghaan di sini. Dan dengan harapan setiap orang yang baca kata-kata tu serta diri aku sendiri akan dapat manfaat. Tak banyak, sikit pun jadi la. (Tiba-tiba masuk mode serius. Tak percaya,kan..?) Jadi cukup kukuhlah alasan aku. Lagipun rasenye blog aku takdelah lembab nak mampus loading kan? *muka yakin ~


Cadangan bodoh yang aku boleh bagi untuk kurangkan  kelembapan sewaktu loading page adalah kurangkan gambar yang banyak. Satu entri sampai 7,8 gambar. Saiz pulak sama besar dengan peti ais. Selain tu, boleh tukar widget Twitter korang. Ramai yang letak box Twitter yang tunjuk tweet2 yang kita update. Takde orang nak baca pun. Baik tukar pada logo gambar burung yang tak bersalah tu. Tepat dan padu.


Kalau sayang nak buang semua, buang la sikit-sikit. Mana-mana yang tak perlu sangat tu. Kasihanilah visitor-visitor blog korang. Macam aku. Aku selalu usha blog atas katil. Jangan dek kerana page korang yang lambat loading, membuatkan laptop aku bukan berakhir di bawah katil, tapi menemukan ajal ke luar tingkap bilik.


Korang boleh ukur berat blog kat iwebtool. Tapi sebenarnya tak perlu pun. Korang sendiri boleh tau tahap kelembapan blog korang sendiri. Kalau rasa ok dan memadai, boleh la menjerit sambil cucuk mata sendiri sebagai tanda kegembiraan.




23 tindakbalas kimia:

amranaiman said...[Reply to comment]

tips yg bagus .. bagus utk tips yg bagus.. :P hehehhe

✿ cik pieQa ✿ said...[Reply to comment]

hadoi cik unggu. tak sah kalau tak gelak bergolek bila baca entry awak. hadOi2. gelak lagi. aaahhhh semput ~

btw nice info yah :)

zer0xs said...[Reply to comment]

blog kaw berat sebab berlakunye ketidak seimbangan pipi kaw......

hanim Nabilah said...[Reply to comment]

hahahaha..sengih2 anim baca entry cik ungu ni..suke lah bahasa dy..simple+slumber..kalo wat novel gile2 mesti mantap ni(anim sorg kaki novel hahhaa)

amir said...[Reply to comment]

Hak ela. Blog aku widget follower dengan chatbox je yang ada.

Ingat tips kau ni berguna untuk aku?

Aku tahu, kau bingung memikirkannya.

Rohaizam Rosli said...[Reply to comment]

huhuhu... perghh tq cik ungu dtg melawat blog iejam... huhu gemok tak blog iejam??? risaw gk sbb xde cermin... hahaha.... neway thanxx singgah...

cheqwa said...[Reply to comment]

setuju!kalo dah lama sangat loading rasa nak hempuk laptop je.haha.blog cikungu xda la berat mana pon :)

fiq. said...[Reply to comment]

blog kita lebih sikit dr pd 100kb,...
takpelah letak mutiara islam tu,,,load tak de la lembab, laju je

ABC said...[Reply to comment]

setuju..(=

syrupmasin said...[Reply to comment]

haha..membuang sauh kapal titanic :D

alif haris said...[Reply to comment]

blog sy berat tak cik ungu ?? huhuhu ..

ade tak sampai 20 tahun loading ? hehe

meaw said...[Reply to comment]

blog meaw agak2 berat macam lori 1 tan tu tak?huhu

stellaizz said...[Reply to comment]

nice entry ...tip bagus :)

beLLa said...[Reply to comment]

ayat kau memang slumber kodok. tp senang paham. blog berat mmg menolak visitor doe. akupon bru otter smua brg kat blog aku. kasi ringan sket

amir aizat said...[Reply to comment]

nice tips!

LinE PuTih LiNe HiTaM said...[Reply to comment]

hai retis... lame x tegur

Asyila Zainuddin said...[Reply to comment]

on the way ni pi timabng berat blog jap.. hikhik..

ipa faiza~ said...[Reply to comment]

blog aku cepat loading kan??

Hanis Azla said...[Reply to comment]

tergelak2 akak baca entry awak ni.. tp walau apa pun isinya tetap akak ambil untuk memperbaiki kadar neraca blog akak.. thanks yer..

asfira aminuddin said...[Reply to comment]

babe, blog i ringan ke berat? hihi.

ika said...[Reply to comment]

entry nie pun xleh blah la...ish2...otak cik ungu nie senget jugak...=.="

ZURAINI said...[Reply to comment]

wah! tips yg bagus ayat yg jitu! huhuu

ïêmå å¢klê§ said...[Reply to comment]

line slow ni kalau lmbt loading memang tension rasa