Monday, June 13, 2011

Cuba Cari Entri Yang Berilmiah Sikit Boleh?




Bismillah




Ok. Praktikal dah habis. Misi sekarang nak fit-kan badan. Ya.. betul. Tak tipu. Siyes. Hmm.. sedap pulak keropok berkolestrol tinggi ni. Ehh, sedar tak sedar dah 2jam aku depan laptop makan menatang ni. Aghh fit-kan badan! Fit-kan badan! Ok abaikan.


Tengok luar. Sekarang tengah hujan. Maknanya apa? Ya.. maknanya kau menyanyi tak sedap. Jadi tolong diam. Haa tengokk. Makin lebat bolehh?? Berhenti nyanyi! Ini serius. Kita pasti taknak tengok Malaysia turun salji, bukan? 


Jangan dicuba untuk carik isi -isi ilmiah dalam entri aku ni. Memang sampai aku kawin dengan Orlando Bloom sekalipun, belum tentu korang akan jumpa. Jadi hentikanlah pencarian yang sia-sia tu. Sekarang aku tak boleh hapdet blog selalu-selalu. Maklumlah, kata nak kuruskan badan. Kalau asek hapdet je nanti jari-jari aku je yang kurus. Maka? Nak buat ape je dengan jari kurus? Masuk Olimpik? Kepala lutut...


Abaikan...abaikan.. Kan aku dah kata tak ada isi ilmiah dalam entri ni. Masih nak mencari? Owh ye.. Lupe pulak sekarang tengah hujan, dan aku pulak baru lepas basuh kereta tadi. Apa? Lancer? Mane pulak datangnya Lancer tu.. Ferrari ok.  Ferrari. Betul.. Cantik betul kereta Ferrari tu melintas potong kereta aku yang tak Ferrari tadi. Biadap sungguh. 


Eh, aku dah kata tadi entri ni tak berilmiah,kan? Kau ingat ni blog Perpustakaan ke? Hailaaa.....




Moral of the story : Ok. Jari dah kurus sikit. Oyeahh !~


13 tindakbalas kimia:

misyamissyou said...[Reply to comment]

hoho! susah nk tulis entry ilmiah..bkn sng..kne wat research bagai..xde mase..huhuu

Yeb-Nada said...[Reply to comment]

anda mmg mahir melalut.harharhar..

Muhamad Syafiq said...[Reply to comment]

praktikal mana ?..
btw.. jom join segmen pertama aku..
http://simpl3blog.blogspot.com/2011/06/segmen-aku-seorang-blogger.html

asfira aminuddin said...[Reply to comment]

haha. kunun2 jari tu kurus sbb bnyak menaip la kunun. haha!

LinE PuTih LiNe HiTaM said...[Reply to comment]

ak rase biji mate aku y kurus ni..

membace bibit-bibit taipan ko ni..

Fahmil said...[Reply to comment]

O cik Biru Remia...
p tidoq....bantai dah dok memanggil2 tu...

kakchik@ella said...[Reply to comment]

owhhh .. adik wat exercise fitkan jari ye??

Ungu said...[Reply to comment]

tapi aku suka entri tak berilmiah kau.

eh apahal aku naiss sangat ni.
aku benci sisi diri aku yang ini.

benci.

Botak said...[Reply to comment]

berilmiah gila siot entri ni., hahaha

tia fedora said...[Reply to comment]

nk follow jugak boleh?

syamem said...[Reply to comment]

tahniah.. jari anda dah kurus..
pasni taip gune jari kaki untuk kuruskan jari kaki k..

nice entry.. dah lama x bace entry camni..

follow u..

iniialahaku said...[Reply to comment]

bnyak betul ilmu aku dapat

wan_cikgumuzik said...[Reply to comment]

haaaiiisshhh..!! marah kat sapa laa nihhh.. huhuhu. takottt...