Friday, April 1, 2011

Ajal Maut Sebuah Blog




Bismillah





Bulan pertama:
Masa first-first buat blog dulu, aku memang bingai gila. Aku cuma buat akaun je. Lepas sebulan baru aku wat entri. Macam zaman mula-mula korang ada facebook la. Ketagih macam nak mati. Hari-hari wajib update. Kalau ada jawatan kosong 'kerani penghapdet facebook', aku yakin melimpah ruah jutawan kat dunia ni. 


Waktu tu segala butang kat blog ni aku tekan. Punya la semangat assabiyah. Pantang cursor anak panah tu bertukar jadi gambar tangan, aku harus klik. Sampai mouse aku ni boleh tenggelam. Keyboard jangan cakaplahhh.. Sikit lagi nak sama leper dengan lantai. Ok. Hiperbola sangat.






Bulan dua-tiga:
Ye.. Ye.. Betul lah tu. 2,3 bulan yang pertama, nafsu ber-blog membuak-buak. Ibarat aur dengan tebing. Apa? Takde kena-mengena? Memang pun. Syabas sebab Bahasa Melayu sastera korang tak sebengap yang aku sangka. Yiieehaaa..!


Hari-hari fikir apa nak tulis..apa nak tulis.. apa nak tulis. Nampak kejadian-kejadian pelik sikit, mula dah nawaitu nak tulis dalam blog. Rasa tension sikit, ingat blog. Rasa teruja sikit, ingat blog. Hatta nampak tudung merah tersangkut kat ampaian pun boleh timbul nawaitu nak tulis kat blog. Kebodohan apakah ini???



Bulan empat-lima:
Masuk bulan ke-4, dah mula bukak blog 2,3 hari sekali. Update entri pun seminggu dapat dua entri pun rasa macam baru lepas exam SPM. Time ni aktiviti blogwalking memang seminggu sekali. Kadang-kadang nak dua minggu. Kalau harini aku nak beranak, next update aku mungkin masa anak aku dah amek UPSR. Hiperbola? Bukan... Imaginasi kreatif.
  


Setengah tahun:
Memang. Ibarat air sirap menunggu bas. Makin banyak komitmen lain nak di-komitmen-kan. Makin banyak kerja buat badan penat. (Kerja ape ntaahhhhh.. ) Blog pun makin sunyi. Bukak laptop je dah nampak labah-labah tengah kait sarang kat bucu skrin. 



Setahun:
Tak cukup umur setahun lagi. Tapi mungkinkah blog aku akan mereput ???
Perlukah aku sediakan keranda mengikut saiz yang bersesuaian?


Owh jangan...jangan. Samada korang baca blog aku secara sukarela,
atau aku heret korang klik page aku sampai mouse korang pun tenggelam. 


Pilih!




Apsalkah semenjak dua menjak tiga menjak ni bahasa melayu aku macam jahanam sikit?




Moral of the story : Setinggi-tinggi terima kasih buat 'Rakan Subahat Cik Ungu' di sidebar kiri yang telah menyokong aku walaupun gaya terpaksa. Juga kepada stalker-stalker tak diiktiraf. Serta tak lupa kepada mama dan ayah di kampung, yang tak pernah tau aku ada blog. Akhir sekali kepada Khairul Fahmi sebab tak pernah tau yang aku ada entri pasal dia dalam ni. Siut...



11 tindakbalas kimia:

khaifaiz said...[Reply to comment]

btl la cik ungu.. aku pun dah semakin meminggir ngan dunia blog ni..

kiz said...[Reply to comment]

kadang kadang kita nampak siapa yg kita nampak..tapi terfikirkah kita siapa yang kita tak nampak...haha..apa kena mengena komen aku ngan n3 ni?? melalut kot..

Aqillah Majid =) said...[Reply to comment]

bhaha!
follow sini! :D

shezwan said...[Reply to comment]

haha.. stndrd dviation lor.. daijoubu^_^
troskan usaha wlopun sikit.. org still baca blog kamu lor..=D

lisa said...[Reply to comment]

orang sini pun nak dapat terimakasih jugak. hee ^^

nub said...[Reply to comment]

hang syiok. insyaALLAH takkan mereput.

nuR izyan said...[Reply to comment]

huhu....sy lepas setahun ade blog baru le semangat nak update..btw keep blogging ok!! :)

asfira aminuddin said...[Reply to comment]

haha! mula-mula bwat blog macam tak reti nak bwat benda lain dah. nak ngadap blog jek. :)

Aoi@riena said...[Reply to comment]

orang kate
" To love without condition...to talk without intention... to give without reason...and to care without expectation.."

maka aku pun..
to write an entry without any intention, without any reason n without any expection (expectation org akan bace la)...
so main blasah je la.. aku tulis ikut sukati, asalkan pueh ati...
org nk bace ke tanak ke.. terpulang r... dlm otak takde expectation org akan bace.. tapi tup2... eh ade gak org bace (ko la salah sorgnye..wahahaha!!!.. anda adalah mangse)... maka blog akan btahan lama...

ko paham x ni??? sila buat2 paham!! penat aku type dgn seriusnye...

amir said...[Reply to comment]

selama ni aku bersubahat memandirkan diri dengan kau..

cis

Pesona Algebra said...[Reply to comment]

Nice One :)