Tuesday, March 22, 2011

Entri Buat-buat Sedih. Ntahpape..~


Bismillah




Aku terpaksa tulis entri ni sebab bos aku paksa. Dia ugut aku kalau aku tak tulis entri ni, dia nak naikkan pangkat aku jadi Manager. Aku yang humble dan selalu bersederhana ni pun terpaksa la tulis entri ni sebab takut riak menguasai diri kalau jadi manager. (Nampak? Senang-senang je dah dapat 3 baris ayat..)

21 Mac semalam, bos belanja semua staff dia makan. Nak celebrate 2 trainee habis training period, Syam & Najwa. Makan kat Sweetree Ampang. Bos dah suruh kitorang carik tempat awal-awal. Aku memang dah bayang hotel je la kan. Alang-alang orang nak belanja, biar sampai lupa diri. Tapi berbalik pada sifat humble dan berserderhana yang ada dalam diri aku tadi, aku diam je. 


Aku dan Cik Nad
Pengawas-pengawas Pusat Sumber
versi nak kena buang sekolah.
From left : Najwa, Nad, Aku, Fathi & Syam 


Time nak order tu bos macam berpeluh. (Mesti takut bajet lari kan..) Semua pulak buat gaya macam dah setahun tak makan. Atau gaya nak amek kesempatan? Ya...mungkin jugak. Aku lah tu.






 Nak makan memang terganggu sikit lah. 

Sebab bila aku jeling kanan sikit, aku nampak ikan berenang.

Aku jeling atas sikit, aku nampak siput babi. 

Kat tingkat atas pulak ada cicak.


Apa? Zoo?


Kejadahnya nak celebrate kat zoo? Kau rasa kami reptilia berdarah sejuk?

Lempang nak?



Basically sini kedai makan Korea. Tapi aku malas nak membebel panjang-panjang pasal kedai ni, sebab tak meng-untungkan aku langsung. Lain la aku ada share kat kedai ni kan?
(Nampak tak simptom-simptom mata-duitan aku.?)

Overall semuanya ok. Dan owner Korean itu pun saaaangattt friendly! 

Nasib lah taste aku bukan orang Korea. Ceh.. ~



Kiyut kan deco kedai dia? Seb bek aku tak naik train tu.

Betul kan aku kata ada ikan berenang.
                                                                                                        
Gaya teruja dapat makan


Hari tu memang Inchek Boss juara makan paling banyak la. Walaupun nasik dia sikit, tapi sebab dia dah curik makanan Nad sikit, makanan aku sikit, Syam sikit, Fathi sikit, jadi overall..


.. bos menang.

Yelah. Nama pun bos. Kena la menang kan.






Top : Syam, Fathi, Inchek Boss
Bottom : Aku lagi, Nad lagi, Najwa
Kepada Inchek Boss, terima kasih belanja makan. Time saya lagi berapa bulan je. Dah boleh save duit dari sekarang lah kot. Ehem.. ~

Kepada adeq Najwa & Syam, selamat bersuka-ria. Thanx for the friendship. Rajin-rajin datang ofis buat semak. Kalau kawin tak ajak, memang nak kena lempang. 




Moral of the story : Nama je farewell. Tak sedih puuunnnnn... Sebab hari-hari korang boleh datang ofis jugak kannnn. Baik tak payahhhhhhhhhhhh... Miahahahhaha..!!~




17 tindakbalas kimia:

khaifaiz said...[Reply to comment]

sedang mencari tang mana yang menyedihkan

Ungu said...[Reply to comment]

okay. aku terliur sangat bila aku nampak sweetree kat tv.

sedap tak?

En. Boss said...[Reply to comment]

Senget!

sekian terima kasih!

Nora Karim said...[Reply to comment]

sweetree ni penah masuk Jalan2 Cari Makan kan? nampak cam sedap jek... apa komen cik ungu? sedap tak?

PendekarPetai said...[Reply to comment]

aku tak puas hati.. ko ckp ader siput babi... maner???

Yellow LEOpard said...[Reply to comment]

wahh, lain kali nak tumpang sekaki lah..eheheh

amir said...[Reply to comment]

Aku rasa kau yang makan paling banyak.


kau kan berisi.

Eda said...[Reply to comment]

ahaha...siyes tak sedih kalau farewell mcm ni..

cik ungu said...[Reply to comment]

khaifaiz :

memang sungguh buat-buat kan?

cik ungu said...[Reply to comment]

Ungu :

kau letak batu nesan depan aku.

letak dalam pinggan kaca.

pun aku ckp sedap.

cik ungu said...[Reply to comment]

Inchek Boss :

ni apsal panggil diri sndiri ni?

gile eh?

cik ungu said...[Reply to comment]

Nora Karim :

iye.

boleh tahan la.

tak boleh blah deco kedai tu.

cik ungu said...[Reply to comment]

Pendekar Petai :

kau lambat sgt.
siput babi da wat masak lemak.

cik ungu said...[Reply to comment]

Yellow :

tumpang sekaki?

kaki kau de satu je ke?

cik ungu said...[Reply to comment]

amir :

kau mmg memahami.

cik ungu said...[Reply to comment]

eda :

makanan lebih penting dr perpisahan.

hahahaha

Sheikh Papa-NtiQ said...[Reply to comment]

hi...cakap pasal halal korean foods nih saya baru jer upload pics masa makan kat Sweetree nih kat blog saya. Memang cantik kedai dia kan? Foods pun OK.
Senang2 tu jenguk la yer kat www.blogmakanbest.blogspot.com topik sini pasal makan,makan dan makan 100% hehehe takde topik lain.
Kalu sudi tu follow la yer blog saya TQ TQ TQ bebanyak!!