Thursday, March 17, 2011

Cuba Explain Kat Aku Yang Naif Neh ...




Bismillah




Boleh tak aku yang naif ni nak tanya satu soalan yang sangat bodoh..?



Blog ni memang mesti ada entri baru hari-hari ke.?



Nak update 3 hari sekali tu pun dah rasa habis komited dah tu.
Macamana ada bloggers yang boleh ada entri baru tiap-tiap hari.?


Kadang-kadang sehari sampai 2,3 entri terus


Kagum betul aku ada orang yang TIAP-TIAP HARI ada situasi berlaku dalam hidup dia.
Ke otak dia memang sentiasa ada benda nak tulis?


Serius.
Korang makan ubat apakah?
Kagum gila.


Betul ke kena update hari-hari, 
kalau tak, orang tak datang blog kau.?




Kadang-kadang takde benda nak tulis pun, tapi nak tulis jugak.
Walaupun sekadar nak cakap
'harini bangun pukul berapa, makan apa, tido pukul berapa'.?


Sebab nak hari-hari nama blog naik kat followers updates ke.?



Lagi sekali soalan aku..

Blog ni memang kene ada entri baru hari-hari ke.?


Kalau camtu, pasni aku update hari-hari aku bangun pukul berapa, makan berapa ribu butir nasik, minum guna cawan kaler apa, dan kelip mata berapa ratus ribu sehari.


Tu pun kalau ada orang tak bosan baca benda-benda camtu.


Kan..?








Moral of the story :  Jangan marah. Aku cuma manusia yang mengkagumi orang-orang yang dikurniakan ilham yang tak pernah surut. 

32 tindakbalas kimia:

khaifaiz said...[Reply to comment]

huhu.. ikut suka ko la cik ungu.. ko citer apa pun ktorng still suka.. miahahaha

Juli said...[Reply to comment]

aku kalo dapat cipta 1 entri dalam masa 3 hari pon rasa macam dah berjaya tulis tesis!! ko tak naif pon, cube ko tgk entri2 yg hari2 tulis and content nyer, lagi naif tahap nk nangis.

Yellow LEOpard said...[Reply to comment]

tak payah lah kott..hahaa..

btw tabiklah siapa yang tulis 2 3 entry sehari..tak bosan pulak kan asyik ngadap blogspot..ahaha

hazari. said...[Reply to comment]

tengok mood la. "penulisan yang kreatif adalah penulisan yang bergantung pada mood." hahaa. ada minat, tak ada mood, tak boleh jugak. ada idea, tak ada mood, tak boleh jugak.

hanafijaafar said...[Reply to comment]

kena la, ini kemestian. kalau tak, ko boleh serahkan surat letak jawatan ko kat aku, aku nak surat yang ada header syarikat tau, taip guna typewriter untuk kesahihah maksimum. kalau guna komputer nanti aku syak ko copy paste dari internet je.

tahu tak kenapa jadi satu kemestian? sebab memang pembaca ko semua jenis nak ko update hari-hari, follower ko memang nak tahu ko pakai berapa liter air masa basuh tangan lepas lunch tadi. dia orang semua nak tahu ko berapa gram oksigen ko sedut dari pukul 3:05 petang sampai 4:15 petang. ini bukan sarkastik, aku bernada serius, kalau ko nampak muka aku masa tgh tulis benda ni, memang tgh keluar asap.

lagipun, buat apa aku tulis panjang-panjang kalau tak serius kan? buat penat ibu jari je tekan spacebar berpuluh-puluh kali.

dengarlah suara hati follower ko, dah la mereka tu agak ramai. sampai hati ko nak kecewakan beberapa ratus hati manusia yang sungguh mudah pecah. ingat, hati pembaca adalah hati kristal. sekali pecah, tak boleh sama lagi walaupun ko gam guna gam UHU.

tulis biar banyak, tulis biar panjang. ko boelh jadikan komen aku ni sebagai panduan. takkan ko nak tulis entri lagi pendek dari komen kan? mestilah pelik dan janggal bila ko berbuat demikian. aku sebagai pengkomen tidaklah bersalah, sebab komen datang dari entri. takde entri, takde la komen dari aku.

aku cadangkan ko menulis setiap kali ko curi tulang kat ofis, buat apa curi tulang semata-mata untuk termenung pandang siling. siling ofis tu tak berubah pun dengan tenungan ko tu. tak percaya, esok boleh cuba.

akhir kata, selamat menulis panjang-panjang, jangan cepat patah semangat. kami sebagai pembaca menyokong ko dari depan belakang. walaupun aku tak tahu macam mana nak sokong dari depan tu.

ok, tammat.

Penyair Kalam SukaHati said...[Reply to comment]

erm.terasa sekejap sbb aku slalu tulis cmtuh.stuju dgn hazari,kalau dah mmg minat menulis ,nk wat cm mana kan?bila aku tiada mood,kdg2 dalam sehari tak post ape2 pon ada.tgk atas mood jugak.kalau kita byk pengalaman,even kita tak buat apa2 pon ,kita leh still menulis .itulah penting PENGALAMAN .so cari pengalaman byk2 kat atas dunia.explore it.banyak cerita yg kita akan dapat :) . aku menulis sbb hobi aku menulis.bukan dkt blog je ak menulis,dekat buku pon ada.bukan aku tulis entry je,tulis review,tulis tips2 ,tulis lirik,tulis puisi.tulis cerita :)

apa2 pon berbalik kepada niat kenapa anda berblogging..sekian.

PzY said...[Reply to comment]

x rase sgt sbb ngah berkobar2 bace blog...dak baru nak up!!! biase laa 2..huhuhu

kpah k-poh said...[Reply to comment]

satu hari satu entry saja..kdg2 sampai 3 hari baru update...sbb tu lah..bila ada idea..jgn nak post semua..simpan sbg draft...guna utk kecemasan masa buntu!!!!

asfira aminuddin said...[Reply to comment]

babe! tu bagi org2 yg penggangur ke takpun kerja diorg menghadap laptop tiap2 hari ke. bagi org busy cam kite, 1 kali seminggu je update! haha.

MulutPayau said...[Reply to comment]

Alaaaa Cik Ungu..tak payah ler nak ikut orang..kita buat ikut kemampuan diri kita jer. (MP sendiripun kelam kabut dalam penulisan) nak buat satu entry sehari pun susah.......

delarocha said...[Reply to comment]

ikut suka hati..

LinE PuTih LiNe HiTaM said...[Reply to comment]

ikut hang la...
[mencari peluang]

Bro Fit said...[Reply to comment]

kalau nak update kerap-kerap boleh je tapi pastikan entry tu yang orang nak baca ar.. bukan entry setakat melepaskan kentut di tangga..hehe

- Fitrihadi.com -

rj Etika said...[Reply to comment]

wahahahahaha!!! hell yeah that is tooooo right.
kadang-kadang rase pelik tengok diorang boleh ade 2 3 entri satu hari.
sangat laju hebat dan tangkas otak mereka nak taip-taip macam-macam.
:D

nik lan nik mat said...[Reply to comment]

haha..pdn muke!
naseb bek aku ni jenis yg x suke tulis diari tiap ari...
so aku lgsg tak terase..hahaha

Cutiesifa said...[Reply to comment]

bagus soalan nie..kdang2 tertanya2 gak perlu ke update hari2..bagi saya, x perlulah kot.kalau rasa cam byk story nak cter, updatelah, kalau x, x payahlah..asalkan cerita apa yg kita rasa nak cter.

Aizul said...[Reply to comment]

Aku setuju dengan ko, aku suka blog yang menampilkan penulisan kreatif dan bukannya penulisan yg tidak seberapa kreatif.

cik ungu said...[Reply to comment]

khaifaiz : kau memang peminat setia aku kan?

cik ungu said...[Reply to comment]

Juli :

serius.
kau berfikiran macam aku.
mari tubuhkan syarikat.

cik ungu said...[Reply to comment]

leo : masih x faham ape yg dorang nak tnjuk kan.

org nak bace bende best kot.

cik ungu said...[Reply to comment]

hazari : betul. kalau mood melambung2 tapi idea xde, mula la kuar bende merepek yang ntahpape

cik ungu said...[Reply to comment]

hanafijaafar :


kepala lutut kau.....
kau tengah jawab ujian SPM bahasa melayu ke ape ni?
kau memang saje nak kenakan aku kan.

aku yang kudus neh.
ah sudah la.
kalau aku cerita pasal cipan bersahabat baik ngan mentadak-mentadu,
kau rasa kau nak follow aku ke?


dan,
kau memang takde keje kan..?

agh..!~

cik ungu said...[Reply to comment]

penyair : aku rasa kalau nak share review ke, tips ke, itu ok la. bermanfaat la jugak. ni kalau sekadar nak ckp bende2 picisan yang org tak baca pun xpe, xpayah la tulis.

bende yg terlalu general yet private. makan nasik. bangun lambat. jalan2 jumpe semut tepi jalan.
tak perlu..tak perlu.

cik ungu said...[Reply to comment]

pzy : kau memang bagus. dah bosan kang roger aku.

cik ungu said...[Reply to comment]

kak k-poh : betol3. yang tu mmg dipraktikkan. kdg2 dorg ade idea, terus post 3,4 bende. pastu sume entri nak kondem org je. tak pun sume entri nak cakap hati kecewa berchenta je.

bosaann..!~

cik ungu said...[Reply to comment]

asfira : u la yg bz. dah gaya perdana menteri uzbezkistan da ha bz nye tu..

cik ungu said...[Reply to comment]

mulutpayau : ala akakk.. itu namanya sindirannn.sy pun tak berilham hari2 nak menulis punn.

cik ungu said...[Reply to comment]

delarocha : ni kompem terasa. miahahhaha.


line : tengah ikut la. kau jangan la ikut aku. haisshhh

cik ungu said...[Reply to comment]

bro fit : setuju. bleh nak update hari, sehari 18entri, tapi pastikan kesemua 18 entri tu tak wat org bosan.

cik ungu said...[Reply to comment]

rj etika : kau bagus dowh. sep sikit. hahaha. leh nak update hari2. tapi kalau merepek je sumenye, org nak view pon rasa penat.

cik ungu said...[Reply to comment]

nik lan : wahh2.. suke kau memadankan muke org. huhuh... sama lahhhh. tnggu pencen la ni. baru leh hapdet ari2

cik ungu said...[Reply to comment]

aizul : kalau kreatif tu dtg tiap hari, aku sgt teruja utk baca. at least ada benda nak dibaca.