Sunday, March 20, 2011

Cover Macho Itu Kadang-kadang Perlu !




Bismillah




*Amaran : Sangat berat untuk aku tulis entri ni... Tapi.. Aku pasrah.. ~



Beberapa belas tahun lepas, masa aku darjah 6, aku ada klik sendiri. Klik ni maksudnya geng. Bukan sound effect waktu tangkap gambar. Boleh la kalau nak di kata sekolah time tu dipelopori dua klik agung. Klik perempuan, klik aku. Ada dalam 5 orang. Klik lagi satu, klik lelaki. Dalam 5 orang jugak. Dua klik ini ada persefahaman tersendiri tapi kami baik.


Time tu memang dah rasa otai habis. Senior sekolah rendah la katakan.


Korang boleh bayangkan group hot chick. Tapi sebab tu darjah 6, takde maknenye la hot. Tudung pun senget, baju kena aiskrim. Tak aiskrim pun kena sambal nasik lemak. Macam bangang. 


Jalan nak ramai-ramai. Kalau bertembung budak lain kat jalan, kitorang dah menabur janji untuk tidak ketepi untuk bagi jalan. Biar diorang yang ketepi. 

Kami rasa macho. Kami rasa cool. 

Ya... kecik-kecik perangai macam jahanam.


Tapi, satu hari, aku sedar, macho itu kadang-kadang tak boleh di-cover. Sedang aku berlari dari toilet nak ke kelas (jangan tanya kenapa), aku terpijak kain sendiri dan... aku terbang. Ok bodoh. Itu tipu. Sah-sah la aku jatuh tersungkur ke lantai. Bila aku toleh kanan, klik lelaki betul-betul depan aku. Tengah gelak gaya sangat bahagia. Siut... 
Izzati. Penyelamat negara.


Dan tiba-tiba klik aku, Izzati, datang ke arah aku
dan terus baring bersama-sama.
Dan Alia ke Zaira ntah, datang jugak dan baring bersama.
Kami gelak-gelak sambil buat gaya ala-ala berenang kuak tenuk.


Ya.. Itu namanya cover.
Atau bahasa gerilanya...

penyamaran.




Aku harap klik lelaki itu, Shahariz, Azfar, Zufri, Azizi, dan Faiz.. Aku harap diorang lupa semua kenangan-kenangan itu. Tolonglah Tuhan... !~





Moral of the story : Adik-adik... Dengar cakap akak. Cover macho itu perlu. Sila belajar dari sekarang. 








42 tindakbalas kimia:

Encik Amman said...[Reply to comment]

kahkahkah. aku sedang gelak gaya bahagia ni hahaha

khaifaiz said...[Reply to comment]

really hot la citer ni..

P/S: Asal tak merangkak mcm rambo je.. heheh

neslO_ais said...[Reply to comment]

agegege..
lawak :D adeh tak tahan gelak berdiri..
guling2 plak nih...

Cik Bib said...[Reply to comment]

hehehe...zaman kekanak mmg cenggini.
tapik kalo ingat balek...boleh tergelak guling-guling.HAHA...

alin duan said...[Reply to comment]

hahaha..tergelak sakan lak bc entry ni, bleh bayangkan sebab kte pun penah jatuh tersungkur masa main2 depan bdk laki, tp masa tu xde geng lak nak berlakon mcm tu,kihkih..

Diary oF Mine said...[Reply to comment]

ehehehee... adoi... mmg cover macho itu sgt perlu ar kot... :D cian dia... :P

Cik Yana said...[Reply to comment]

Biar betul sampai camtu sekali member tolong cover. Sume pergi baring sekali. Hahaha~ lawak!

Entry terkini: Olahragawan Negara bagi :)

NAZRUL AZAT said...[Reply to comment]

heheeee.... sy suka skema je, muahahahaa

-Incek Fik- said...[Reply to comment]

Oh Tuhan.. mengapa daku tergelak dengan gila bahagianya tatkala entry ni..

wath said...[Reply to comment]

bagusnye ade kawan2 nk tolong kaber. hahahah. best gile kot!

hanafijaafar said...[Reply to comment]

it would be better if you started some dance move for the cover, do some head-spin 17 times anti clockwise, with the help of your help, some big-air jump wouldn't be hard, and land of the school corridor with both legs stretched out wide. get up as necessary and do some more crumping moves(or what the kampung people call "shuffle"). to seal the coolness in you, challenge the boys for a battle on the spot. if the did worse, you win. otherwise, you still could have avoided the shame in so much style.

LinE PuTih LiNe HiTaM said...[Reply to comment]

naseb aku xde kat sane time tu..
klu tak.. mst dah dukung hg p klinik..
trharu tak ungu..
hahaha.. [baiknye]


































padan muke jatuh.. hahahah

En. Boss said...[Reply to comment]

Mmg senget dari kecil k? hahahaha....

sila jgn berguling dalam opis...

bukankah d opis ni ada klik jgk ke..klik suka mengomel bersendirian dan bercakap dgn diri sendiri dalam nada yang kuat?

hahahaha......gelak guling2 macam tenggiling

Kasim™ said...[Reply to comment]

Aku pernah betul2 terbang takla disepak kawan sendiri sewaktu kecil. Adakah perlu aku meng'kontrol" macho atau terus berlari teresak-esak?

Ungu said...[Reply to comment]

"Kalau bertembung budak lain kat jalan, kitorang dah menabur janji untuk tidak ketepi untuk bagi jalan. Biar diorang yang ketepi."

Aku masih buat ini. Tapi kami hanya berdua.
Dan mereka semua ke tepi. Tak tipu. Bila kau buat muka kerek serius, apa pon boleh.

dan aku tak faham kenapa sebelum ni aku tak follow kau. okay aku dah follow.

+akufobia+ said...[Reply to comment]

haha.nice gak cover ramairamai kan.thehe.mesti sahabat sampai ke syurga korang ni kan?

amir said...[Reply to comment]

semua nama geng lelaki tu kau hafal....


patotla kau blajar kat U idaman aku.

Abang Jonni said...[Reply to comment]

harharharhar...

mmg best kalu ada kawan2 yg best... huhuhu

asfira aminuddin said...[Reply to comment]

haha. tyme budak2 mmg jahanam. mmg betul la apa u kata tu. sape je tak jahanam tyme budak2. :D

cik ungu said...[Reply to comment]

Encik Amman : mesti kau salah sorang kembar klik lelaki aku kan..

cik ungu said...[Reply to comment]

khaifaiz : time tu otak aku tak dapat berfungsi dengan baik. tergolek la katekan. ade gegaran skit kt otak.

cik ungu said...[Reply to comment]

neslo : kalau kau saksikan peristiwa depan mata, dan kau gelak cmni..kompem..aku santau kau.

cik ungu said...[Reply to comment]

cik Bib : ya... tu tanda kita dah tua...
owh tidak..

cik ungu said...[Reply to comment]

alin duan : bagus.. kite bleh masuk pertubuhan tergolek bersatu.

cik ungu said...[Reply to comment]

diary of mine : kau sorg je kesian kt aku.
yg len sume gelakkan aku.


nah..
singgit.

cik ungu said...[Reply to comment]

cik yana : yaa..bagus2 kan klik2 sy.
dengki tak?
tak?
tak?

cik ungu said...[Reply to comment]

nazrul azat : sy x suka skema.
tp skema tu suka sy.

cik ungu said...[Reply to comment]

inchek fik : ni sape gelak2 kan org neyh..
tak sopan ok.
tak sopan.


*lari ngajuk ~

cik ungu said...[Reply to comment]

wath : ya bagus kan kan kan
mesti rasa rugi kan tak sama sekolah ngan saye kan kan kan

cik ungu said...[Reply to comment]

hanafijaafar : kau punya suggestion tu terlalu extreme untuk aku.

aku taknak sebab cadangan kau tu aku berisiko untuk dibuang sekolah.

hot chick kne buang skolah..?

tak elok..tak elok..

cik ungu said...[Reply to comment]

line : kau..
toksah la nak buat baik.
dukung konon.

silap2 bila aku dah tersungkur tu
kau pijak2 aku lagi sampai penyek.

kejam.

cik ungu said...[Reply to comment]

Inchek boss : tolong sikit.. sape senget?
sape..?sape..?sape..?


satu2nya manusia yg senget kat ofis tu
cuma bos saye je.

sape bos saya?

cik ungu said...[Reply to comment]

kasim : kalau dah kene terajang pun nak cover macho lagi, memang sungguh bengap namanya.

kalau aku,
aku terajang balik kawan kau sampai dia balik rumah terus bertaubat.

cik ungu said...[Reply to comment]

ungu : ya. aku dah agak. nampak lagak kau di situ.

takpe.aku pun suka berlagak.
bila kita nak insaf..?


tindakbalas kau memang lembab sikit.
takpe. aku maafkan.

cik ungu said...[Reply to comment]

akufobia : insyaAllah. tapi kalau perangai cam jahanam jugak, kene pikir banyak kali tu. untuk renungan bersama..

*mata bling2..~

cik ungu said...[Reply to comment]

amir : hampir 24jam aku cuba kaji apakah kaitannya tu sume ngan Uni idaman kau.

btw, sape kate aku duk kat Uni idaman kau?


btw lagi. kau gila kan?

cik ungu said...[Reply to comment]

abang Jonni : sebab tu aku best.



best tak kesimpulan aku bagi?

cik ungu said...[Reply to comment]

asfira : hahaha. kalau u jadi junior i time tu, kompem u kate "cam jahanam dowhh diorang niii..".

lalala..~

amir said...[Reply to comment]

aku tk gila. Cuma mungkin fikiran aku terlalu hebat untuk kau fahami.


lagipun, aku dah ade slip SPM skarang ni.


saje nak bagitau.

shekyn chipsmore said...[Reply to comment]

lawak gila
!!hahahha...gelak terguling2 sudah..kiki^^
kita pown mcm uh gak tapi xdew main blakon sma2 mcm uh..kiki^^

cik ungu said...[Reply to comment]

amir :

err....

aku cuba fahami.

cik ungu said...[Reply to comment]

shekyn :

haa...

rugi la.

patutnye awk skolah sama ngan saya.

baru de member gerila.