Wednesday, March 9, 2011

Baru Tau Aku Berbakat ?? (Statement Mintak Terajang..)



Bismillah




Dari minggu lepas, bateri Si Kelisa aku dah lemah. Atau bak kata Western Food-nya, bateri dah week. Owh bukan week. Dah weak. (Nampak? Kelas bahasa Inggeris rosak percuma) Memang dah cantik sangat lah timing-nya Si Kelisa tak boleh start langsung. Bila pulas kunci kereta, bunyik macam kereta senggugut. 




Usaha-usaha untuk 'lompat' (jump) kereta pun berlaku. Nasib baik Nad bawak 'pelompat'. Waktu proses nak try 'melompat' tu, mulut masing-masing dah terkumat-kamit. Dalam kepala otak bercakap, dalam hati bercakap, mulut pun nak bercakap. Sudahnya tindakan refleks tangan tak menghantar maklumat telus ke kepala otak. (Jadinya aku gila?) 


Aku berkira-kira dalam hati sendiri...


Wayar merah dengan wayar merah ... Positif Positif ... Tapi kalau magnet, kutub sama akan menolak. Bila aplikasi dilakukan ke atas 'pelompat' kereta, adakah ia akan bertukar dari Kutub Utara-Kutub Utara, Kutub Utara-Kutub Selatan, ataupun beruang kutub? 




Nad (menyuluh) : Eh.. ni ape-ke-name-nye ehkk??
Aku (menunjuk) : Owh.. Yang ni namenye stereng...



Worst case scenario pun, cuma dua dalam kepala time tu :


1) Kitorang kena renjatan elektrik 8jota skala rikter


2) Si Kelisa meletop


Tujuan gambar : Berlagak bagus.

Owh..dua-dua pun tak jadi. Alhamdulillah. Tak sia-sia Nad ambik co-co Automotif.


Bukan Coco Pops yang makan dengan susu tu. 
Jauh sekali Coco Lee artis Cina tu.

Ko-Kurikulum.

Sebut betul-betul...

Ko-Kurikulum.





Dan tak sia-sia aku ambik Kemahiran Hidup KMT waktu PMR.







Moral of the story : i) Ok. Statement last tu poyo. Macam melekat je ilmu tu kat otak aku sampai sekarang.

ii) Sape-sape terasa perlukan khidmat letup kereta, boleh Formspring aku. (wadde..?~)








30 tindakbalas kimia:

khaifaiz said...[Reply to comment]

hahaha.. syabas ler....

Aqeela LaEn :3 said...[Reply to comment]

eik !
kereta kenari !
:DD
minat giler dgn kereta kenari !
buatan Malaysia !
:)

Wanie Affandi said...[Reply to comment]

sapa kata ppuan takleh jadi mekanik..hehe

Siti Mashitah Saidin said...[Reply to comment]

beruang kutub dalam kelisa?
perh....hebat! hahahaha

abadi romeo said...[Reply to comment]

kene tukar ekzoz buloh..baru bunyinya pong..pong..pong

hanafijaafar said...[Reply to comment]

persoalan yang paling serius dalam minda pembaca sepatutnya adalah :

siapakah yang mengambil foto itu?

kenapa si pengambil foto tidak diceritakan di dalam entri ini?

adakah si pengambil foto di kala masa dan saat ini sedang berkecil hati kerana namanya tidak disebut?

apakah tindakan lanjut tuan punya blog untuk memujuk hati si pengambil foto yang sedang berduka lara akibat tindakan di atas?

atau adakah semua foto di atas menggunakan fungsi timer di dalam kamera berkenaan?

jika benar fungsi timer telah terlibat, maka ini menjadi suatu yang lucu.

hanafijaafar said...[Reply to comment]

persoalan yang paling serius dalam minda pembaca sepatutnya adalah :

siapakah yang mengambil foto itu?

kenapa si pengambil foto tidak diceritakan di dalam entri ini?

adakah si pengambil foto di kala masa dan saat ini sedang berkecil hati kerana namanya tidak disebut?

apakah tindakan lanjut tuan punya blog untuk memujuk hati si pengambil foto yang sedang berduka lara akibat tindakan di atas?

atau adakah semua foto di atas menggunakan fungsi timer di dalam kamera berkenaan?

jika benar fungsi timer telah terlibat, maka ini menjadi suatu yang lucu.

akmal said...[Reply to comment]

wah, hebat nya..hehe

StingRay said...[Reply to comment]

Nak caj bateri pun kena buat betul-betul.SEBAB,kalau salah caj,kesannya,ia boleh rosakkan gearbox.

Rosak macam mana?

Bila nak bergerak,gearbox akan keluarkan bunyi macam lagu irwansyah.

Seram kan?

delarocha said...[Reply to comment]

klu stereng kat dalam tu...bateri kat mane plak yea..huhu

asfira aminuddin said...[Reply to comment]

haha. terer gila babe! gua respect sama lu laaa! haha. nanti kalo kete i abes bateri, i roger2 u la. :)

wath said...[Reply to comment]

klau kejadian ni jadik kat aku, aku da tepon bomba trus!

hahahaha. dulu pmr aku amek KHB pertanian beb. mane tau mende neh

amir said...[Reply to comment]

wayar merah kena letak dekat enjin. wayar biru kena sentuh tanah(neutral). tp lagi bagus kalau kau letak wayar biru dalam mulut.




berkesan. sungguh.

PzY said...[Reply to comment]

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://pzy-petroleum.blogspot.com

Kalo nak tau..bahse kimia...bukan bateri weak..but battery drain....
http://www.landroverclub.net/Club/HTML/Electrics_battery_drain.htm

i am S!L4H.. said...[Reply to comment]

haha. kalo ade ape2 nti kt kereta sy, bole pggil secare emergency x?

cik ungu said...[Reply to comment]

khaifaiz : jgn...jgn puji..segan dow...

cik ungu said...[Reply to comment]

aqeela : kau merepek apekahhhhh?? dah terang2 aku tulis kelisa! hakdush!

cik ungu said...[Reply to comment]

wanie : ntahh...sape kate?sape?sape? lempang meh!

cik ungu said...[Reply to comment]

masyitah : beruang kutub dalam ubat gigi pun ade laa...fresh n white.

cik ungu said...[Reply to comment]

abadi romeo : pastu siap isi beras, santan, segala bagai, kan.

cik ungu said...[Reply to comment]

hanafijaafar : aku....
terkelu lidah nak jwb soalan kau.
kau macam papparazi propesyenel dowh..
patut apply jd papparazi

*cuba lari dari soalan

cik ungu said...[Reply to comment]

akmal : tolong jgn...tlong jgn puji...malo..riak..

cik ungu said...[Reply to comment]

stingray : siut....
aku punya la berkerut baca..
rupanya ending nasihat kau mcm neraka..
agh!

cik ungu said...[Reply to comment]

delarocha : batri tu bukan yang ade huruf P,R,D tu sume ke? lalla..~

cik ungu said...[Reply to comment]

asfira : ahhhh takdee2! mane bleh! nanti mekanik lain sume xleh carik makan. wa3

cik ungu said...[Reply to comment]

wath : kenapa kol bomba?
nape tak kol menteri pembangunan keluarga dan wanita?

cik ungu said...[Reply to comment]

amir : cantek... aku suka nasihat kau..mcm neraka

cik ungu said...[Reply to comment]

pzy : kenapa komen kau di luar kotak pemikiran aku?

cik ungu said...[Reply to comment]

silah : haha insyaAllah boleh. jangan sampai suh modify tambah spoiler dah la

SuperHamzah said...[Reply to comment]

hang ni terbaik..