Thursday, March 24, 2011

Aku Cuba Untuk Tak Reti Malu




Bismillah
  



Nyaris 20 tahun lepas, hmm.. macam tak kena je penggunaan kosa kata aku. Hampir 20 tahun lepas..? Ya.. sedap sikit bunyik dia.


Sambung.

Hampir 20 tahun lepas, aku adalah anak didik di tadika yang menggunakan uniform hijau. Zaman yang sepatutnya aku berwajah kiut tu, sebenarnya zaman tu aku hodoh gila. Budak lain mungkin korang tengok rasa nak belai. Tapi kalau korang tengok aku waktu tu mesti rasa nak terajang.
Familiar dengan Ugly Betty? Ya. Iras sikit. Aku pakai spek sejak umur 4 tahun.


Tak percaya?
Apa? Cacat?


Kurang ajar.



Rutin harian aku adalah datang pagi pukul 8. Belajar, mewarna, korek hidung pastu calit kat kusyen baldu, dan makan nasik dalam dulang. Sampai pukul 5 petang, aku dah ready-ready nak balik. Mama atau ayah aku akan jemput aku kat tadika.



Aku takkan lupa hari tu sampai bila-bila ....





Pukul 5.30 petang.

Dari dalam tadika aku dah excited bila nampak kereta Volvo lama warna kelabu metalik ayah aku sampai depan pagar tadika. Dengan penuh riak dan takbur aku galas beg dan berlari-lari ke pagar. Tak salam pun cikgu. Derhaka...


Aku masuk kereta sambil mulut riuh membebel apa aktiviti bodoh yang aku buat hari tu. Dalam hati waktu tu mengejek budak-budak lain lambat balik. Tapi aku bangga tak lama. Beberapa saat lepas tu aku terpaksa keluar dari kereta dan jalan masuk tadika. Tak sempat jalan pun kereta tu.


Masa nak tutup pintu kereta tu, aku sempat jeling kat belakang kereta.








Jahanam.









No plat lain.






Dan aku malu... sampai sekarang.





23 tindakbalas kimia:

khaifaiz said...[Reply to comment]

Hahaha... wajib malu tu... Mesti kene gelakkan satu tadika

Eda said...[Reply to comment]

haha..sabo je la ek..

skali silap naik kete lak..hihi

epy (jerr..) said...[Reply to comment]

hahaha funny lor. :D

azharr said...[Reply to comment]

hehe..

senydream said...[Reply to comment]

haha2!..mmg malu seh..;p

cemomoi said...[Reply to comment]

moralnya, derhaka memang ada balasannya ngeh3x...

Gimi said...[Reply to comment]

adoyai, camne leh salah naik kereta ni

LinE PuTih LiNe HiTaM said...[Reply to comment]

sape owner kete volvo tu?

Aoi@riena said...[Reply to comment]

siyes ke citer ni?

sgt memalukan wehhh...
dengan bangganye aku gelakkan ko...
hahaaahaha!

kecik2 dah memalukan diri.. sian betol...

alyrds said...[Reply to comment]

muakakaka~...... naseb la org tu tak kurang ajar yek.....

kpah k-poh said...[Reply to comment]

padan muka...tu lah..kalau takbur..mmg mcm tu..hahaaaa...

Ungu said...[Reply to comment]

eh kenapa kau macam ni hah??

kau rasa2, apa guna plat kereta??
untuk dibaca!! untuk dibaca!!

kau ni kenapa hah?

HAHH??

apple said...[Reply to comment]

sanggat memalukan..haha

rj Etika said...[Reply to comment]

kahkahkahkah!!!

aku pon penah kene jugak macam tu. aku ingatkan kete member aku.beria masuk. tengok tengok orang India tengah tunggu awek dia. aku mintak maaf pastu terus berlari masuk umah balik. Bodoh. yg die pegi tunggu depan umah aku kenapa. hahah. -.-"

cik ungu said...[Reply to comment]

khaifaiz :

gelak?

berani diorang gelakkan aku..?

cik ungu said...[Reply to comment]

Eda :

kesabaran hari tu memang tahap tertinggi dah

cik ungu said...[Reply to comment]

eppy :

haishh...



azharr :

haishhhh...

cik ungu said...[Reply to comment]

senydream :

malu?

ehh mane adeee..

macho...


cemomoi :

baek cikgu..

pasni taubat dah.

cik ungu said...[Reply to comment]

Gimi :

takdir hari tu agak kejam.



Line :

sumpah aku taknak tau.

cik ungu said...[Reply to comment]

Aoi :

muke aku de nmpak cm x siyes ke?

kurang ajar..

bahagia gila kau gelak.

cik ungu said...[Reply to comment]

alyrds :

hakdush..!!

slow skit gelak tuh.


kak kpoh :

ye..

insaf sekali lagik.

cik ungu said...[Reply to comment]

Ungu :

aku ingat plat kete tu hiasan.

baru dipanggil kereta berhias.

tak eh?

cik ungu said...[Reply to comment]

apple :

ye..
mekaseh mengingatkan pd kemaluan sy.

ekh?


rj Etika :

kau lagi memalukan dari aku.

shuuhh...

taknak kawan ah cmnie..