Saturday, February 5, 2011

Antara Cirit dan Facebook

Bismillah






Cerita 1 :  Cirit


Semalam aku balik kampung. Batu Pahat. Tak... Tak kena banjir pun area tu.  Ya..selain dari suka tumpang glamer, aku juga suka makan free. Ini fakta. Ade 3 kenduri dalam 2 hari kat sana. Satu pun kitorang tak lepaskan.



Pagi-pagi tadi dah bangun pergi jalan-jalan cari sarapan area Kluang. Aku order roti telur. Baru makan separuh, aku rasa perut memulas. Apa petandanya? Betul... Aku nak cirit. Tak boleh tunggu balik bilik. Aku tumpang toilet kedai makan tuh. Tengok je tandas situ, nawaitu aku terus terpesong. Pintu tak boleh kunci. Bumbung tak ada, Dongak sikit dah boleh nampak orang tingkat atas kedai makan. Selera nak cirit aku patah. Kau agak aku boleh berjihad ke dalam keadaan macamtu? 



Ayah memahami. Terus balik bilik. Tapi rupanya ayah bukan memahami sangat pun. Time aku sebok berjihad, dia ketuk-ketuk pintu suruh keluar.



Ayah : Ayah nak masuk pulak niii...Cepat sikitt..




 Haishh.. Aku tertekan. Kenapa aku rasa diri diperkotak-rokok-kan?





Cerita 2 : Facebook



Kat kenduri tahlil nenek saudara...




Mak saudara 1 : Itulah..tengok jugak gambar si Iman tu kat facebook Angah. Montel betul lah! Haritu ada nampak Kak Ngah online tapi saya mesej tak balas.


Mama aku : Ha'aa.. Iyee.. Ade tengok yang baru Angah dah letak gambar dia dengan basikal baru tu? Halahh..Akak menaip lambattt. Belum habis taip awak dah keluar!


Mak saudara 2 : Haa...Itulah. Selalu jugak nak carik facebook si Iqa ni tapi carik-carik tak jumpa mana.



Aku pun senggol bahu mama aku. "Ma.. ni semua tengah cakap pasal facebook ke?"



Mama aku : Ehh.. budak ni tak percaya kita cakap pasal facebook.


Mak saudara 2 : Ehh.. kita ni makcik moden tau. Main taip aje. Mane reti dah guna pensel.


Mak saudara 1 : Iyelahh.. Pensel sekarang kita buat jadi celak je!


Aku : ...*wadde...?~





Moral of the story : Buat yang tak pernah follow-up blog aku.. Ya.. Aku suka 'melabur', dan ya.. aku tak ada facebook. 

Kenapa korang buat muka macam ada bencana alam camtu?   





36 tindakbalas kimia:

Anis Anisa said...[Reply to comment]

hahahahha....facebok.. facebok....

Anis Anisa said...[Reply to comment]

facebok... facebok... huhuhu

amir said...[Reply to comment]

3 kenduri dalam masa 2 hari....


kau memang tamak.


dan kau masih bertanya mengapa kau gendut?


mungkin anda perlu minum teh orang kampung.
masalah cirit anda sungguh kelakar dan bahaya.

cik ungu said...[Reply to comment]

Anis : aku kurang mengerti motif di sebalik komen tu..kau sgt misteri ok

cik ungu said...[Reply to comment]

amir : aku bukan gendut. kau silap.

aku cuma simpan lemak-lemak ni untuk musim salji nanti.


owh..aku lupa nak cakap.
aku orang London.



erkh~


*aku tau kau tanda kotak tu...

amir said...[Reply to comment]

jadi kau mengaku kau ada banyak lemak.


kau orang london?
tahniah kerana menipu lagi.


aku orang tunisia. percaya?


and for the record...

aku x tanda ape2 kotak. serious.

hanafijaafar said...[Reply to comment]

cirit birit adalah saat yang patut ko sambut, bukan selalu dapat cirit kan. bukan selalu tinja keluar begitu pantas, sama dengan halaju bunyi. cirit patut jadi satu perayaan, aku cadangkan ko tanda kalendar ko kat tarikh ko cirit tu...

Ariffin Janal said...[Reply to comment]

hahaha. buatlah facebook. buatlah, buatlah, buatlah~

cik ungu said...[Reply to comment]

amir : hmmm...
tunisia eh?

bunyiknya macam tuna malaysia.

sah! kau memang orang malaysia.jangan menipu lagi.

cis...siapa yg blur ni kecuali kau.

cik ungu said...[Reply to comment]

hanafijaafar : betul--betul..tak silap lagi.
memandangkan kau dah cakap cmtu, so 3hb februari tahun depan, aku ishtiharkan cuti.


oopss! kau tak layak terima sebab kau bukan orang malaysia.


padan muka.ahhahaha

cik ungu said...[Reply to comment]

Ariffin : ok cukup! kau orang ke lapan ratus ribu suruh aku buat facebook. aghhhhhhhhhh!!

amir said...[Reply to comment]

aku orang portugal.


tak tipu. sebab itu kulit aku tan.


tuna? aku suka makan sardin.


aku pun xde facebook. prcaya tak?

bukan photographer said...[Reply to comment]

ko xrase terpukul ke makcik2 dan mak ko ada facebook??haha

James Buns said...[Reply to comment]

ramai followr kau plak eh farah..

haha..

yang tak tahan tu..apsal ko x jihat je..

untung2 kluar la 3gp baru..

cik ungu said...[Reply to comment]

amir : kau nak menipu pun, buang la dulu badge facebook kau kat page kau tu..


*menipu kena belajar dari aku.

cik ungu said...[Reply to comment]

bukan photographer : ahh takde..aku rase terjentik je sikit..takde hal lahh..!~ *angkat muscle~

cik ungu said...[Reply to comment]

James : entah la. aku pun tak sedar. Alhamdulillah la kan.

3gp?

apa kau cuba katakan ni..

terlalu sastera bagi aku.

bukan photographer said...[Reply to comment]

ade ke muscle?? *angkat kening~

amir said...[Reply to comment]

aku saje je letak tu.

badge fb mat indon mana ntah aku letak.

akulah cristiano ronaldo.

kalau aku letak badge sbenar aku, mesti ramai yg add.


*amacam. best x aku tipu?

cik ungu said...[Reply to comment]

bukan photographer : malas nak tunjuk..aurat..


*lempang sekali.


amir : lah..kau kawan ngan indon ke..hebat. ada sahabat antarabangsa.

ramai nak add.....?
aku...
geli...

amir said...[Reply to comment]

kenyataan.

kau tak tahu? agnes monica tu...bekas kekasih aku.

chairooL ruLez said...[Reply to comment]

ni lagi la tak ley bla..orang cite pasal kentut smpai terkentut2 dye boley lak tercirit..mmg bahan kimia berlebihan toL..

r-5 said...[Reply to comment]

wakaka nasib dua beranak ni tak terkincit. hahaha. nyris2. gitu. mmg pening gak lah kisah di faebook itu. tapi mama n mak sedara kamu mmg sempoi!

LinE PuTih LiNe HiTaM said...[Reply to comment]

lalalala--> melayan FB

lalala---> melayan sahabat blogger

meh la sign up FB...

cik ungu said...[Reply to comment]

amir : agnes monica...... hmm... makin lama aku tengok, penipuan kau makin menjadi-jadi....

cik ungu said...[Reply to comment]

chairool : ala...kentut dan cirit tu bukan lebeh kurang ke..sepupu jugak

cik ungu said...[Reply to comment]

r-5 : ye mereka memang sempoi...rempit pulak tu..apa nak jadi orang zaman skrg..aihh..

cik ungu said...[Reply to comment]

line : aku malas nak ulang lagi skali pertanyaan aku.....

kau gila kan..?

Cik As said...[Reply to comment]

cik ungu,hahaha.. xsangka xde fb ya..bagus2,cik as sokong cik ungu xwat fb..haha, cik as sebelum ni ada buat tapi dah delete sbb sungguh "bahaya"..kui2..

cik ungu said...[Reply to comment]

cik as : hooho..besela.saye ni orang kampung. ehh orang kampung pun ade fb tau. saye ni dah tahap orang gua dah ni,

haa..bagus.cik as bleh la join duk dlm gua dengan saye. huhuuh

Cik As said...[Reply to comment]

hahaha..okeh,as berminat gak nak duk dalam gua cik ungu..;p pasti best punyer..rasa2nya gua cik ungu yang paling mewah g2..hehe.

Hanis Azla said...[Reply to comment]

best juga bila dgr makcik2 sembang psl FB ni kan.. he..he..

Ungu said...[Reply to comment]

hahah.

pensel buat celak.

dan..
siyes shit, kau tade fesbuk?

cik ungu said...[Reply to comment]

cik as : ha..meh2..gua ni up skit.ada sofa bagai. astro je takde.coverage tak sampai.


hanis azla : best ke...ahh....~ ajak makcik awk join makcik saya lah.


ungu : tahniah. kau orang ke 700jota yang tanya soalan sama.

Zisya Art said...[Reply to comment]

nice post, if u need some frame visit me back http://zisyaart.blogspot.com/

cik ungu said...[Reply to comment]

zisya : hohoho..tengkyu~