Tuesday, February 1, 2011

Aku Cuma Tumpang Glamer... Salah Ke?

  
Bismillah






  
Cerita 1 (30 Januari 2011) : 


Kelmarin pergi wedding abang kepada kawan. Selepas hampir sesat dalam 13x, sampai jugak kat tempat makanan free itu. Seperti tajuk post ni, aku cuma tumpang glamer. Tambah lagi kat sana aku jumpa kawan-kawan sekolah rendah dan menengah yang dah bertahun-tahun tak jumpa. Aku terasa macam baru habis belajar kat oversea dan kawan-kawan meraikan kepulangan aku ke tanah air. Tapi hakikatnya, aku cuma tumpang glamer... *sedeh..~



Alia, Anis, Hafiza, Fara & Izzati

Aku rasa macam amek gambar kelas tahun 60-an. Klasik.
 
Aku pasrah walaupun aku tak se-menarik rakan-rakan.
Perasaan nak tampar diri sendiri itu selalu ada ...

Balik dari wedding tu (selepas sesat dalam 16x..), aku asek terfikir...




...bila aku nak kawin..?





Apa? Kenapa korang buat muka ungka macamtu?




p/s : Inchek Faizul, terima kasih atas khidmat bantuan GPS manual anda.



   




Cerita 2 (1 Februari 2011) :




Apa guna cuti seminggu kalau duduk rumah aja membelai-belai lemak sendiri? Sebenarnya semalam aku mengalami cirit-birit yang ekstrem, dengan pakej muntah-muntah. Betul. Semalam je aku rasa aku slim. Diulangi.. Semalam je. Pagi ni gemuk kembali. Aku tau main bowling takkan buat aku slim. Tapi takpe. Sekurang-kurangnya aku cuba.. (Nampak semangat aku kat situ?).


Aku Zohor kat surau OU. Kalau kau biasa kat OU, sebelah surau (tak tau la wing mana..chicken wing kot..) ada kedai gifts yang sangat comel. Aku nampak ini... 



Comel. Tapi tak nampak lagi kan..? Dekat sikit...


Dekat lagi sikit...


Joe.. call me okeh! Kau sweet dowh ... ~



Usai Zohor, pergi U-Bowl. Abang kaunter bowling baik. Aku suka. Tapi badan dia tak ketul-ketul macam abang ketul-ketul aku. Kalau aku kena pukul sebab aku menang bowling, boleh ke abang kaunter tu selamatkan aku? Tak berapa nak yakin la sangat.



Keputusannya dah ada...



Miahahahahha..!!!~



Haaa...nampak?? Nampak?? 



Kalau orang dah tangkap gambar posing-posing ala-ala gembira-gedik-cacat ni apa tanda dia? Setakat bowling... Cehh... Takde cabaran langsung!



Tolonglahh.. Aku main bowling dari aku sekolah kot. Nak lawan dengan amatur macam diorang tuh, kau rasa satu cabaran ke bagi aku?









Betul...










Aku kalah.


Ya.. Aku cuma tumpang glamer.









Moral of the story : Selalu tak dengar orang kata "Mengalah tak bererti kalah" ..?

24 tindakbalas kimia:

al_hakim said...[Reply to comment]

tak galmer pun tak pe..hehe

khaifaiz said...[Reply to comment]

miahahaha... alasan org tak teror..

ingtkn aritu gurau ceret-beret.. rupanya btl..

hanafijaafar said...[Reply to comment]

mengalah tak bererti tak boleh kena pukul...

nulhazwany abdul malik said...[Reply to comment]

sesekali mengalah cool jugak. orang cakap, kasi chance. haha

Ungu said...[Reply to comment]

mudah betul kau kotak-katikkan perasaan aku.

aku benar-benar sangka kau juara.

tapi malang, lepas aku siap buat pulut kuning untuk kau;

barulah aku terbaca tentang kekalahan kau.

aku sedih, ungu.

cik ungu said...[Reply to comment]

al hakim : heshhh..glamer itu perlu!

khaifaiz : smpai hati kau fikir aku menipu kau selama ni...

oih! aku hebat la bowlingg..aku malas je nak tunjuk gaya superman aku tu..

LinE PuTih LiNe HiTaM said...[Reply to comment]

PERG.. tukar background baru ke?
bile? or aku y tak up to date ni.. hahha

empangan hydro tol..

kekalahan = ungu
ungu = kekalahan

ye...

cik ungu said...[Reply to comment]

hanafijaafar : itu suara orang tak puas hati...aghhh...


nulhazwany : betul..sebenarnye itulah yang terjadik..mekaseh sebab faham..miahahaha


ungu : aku dah lama agak..nak menipu kau sebenarnya senang...ternyata...

asfira aminuddin said...[Reply to comment]

haha! sama la kite! i pun raja lonkang ouh! hebat la tuh! haha. babe, cnfirm mreatbal? bayar sndiri ke? haha

Cikgu Fikri said...[Reply to comment]

tak glamor takpew,
janji title diva, ratu, puteri sengkuang, permaisuri lengkuas harus dimiliki..
( eh, motif semua ni?haaahaha)

cik ungu said...[Reply to comment]

Line : apasal empangan hydro plak..kau gile sebenarnya kan?

asfira : confirmation slip!!! helo..mane de i longkang ok..i saje je tu. selalu menang pun penat gak ok.

Cikgu Fikri : err...jap..nak hadam dulu apa yang kamu cuba terangkan di sini..

tapi permaisuri lengkuas....itu unik..

bukan photographer said...[Reply to comment]

orang yang menang adalah pemenang..orang yang kalah adalah pengalah..

PendekarPetai said...[Reply to comment]

aku da agak ko mmg juara kalah... ko beginner lg, amatur jauh skali.. hahaha

chairooL ruLez said...[Reply to comment]

bwahahahahaha....kalah ...hahaha

little cart00n said...[Reply to comment]

kadang-kadang seronok tumpang glamer ni..
hehehhe :p

cik ungu said...[Reply to comment]

bukan photographer : kau...statement kau tak best langsung...bukan 'kalah' ok.. 'mengalah'..

pendekarpetai : kau memang dengki dengan keluhuran budi aku bagi can dorang menang kan..ah sudahla ko..*emo~

chairool : kau...gelak mcm langsuir..blahh..

cik ungu said...[Reply to comment]

little cartoon : kadang2..manee...hari2 kot..hohoho

cik ungu said...[Reply to comment]

jap...sape yang tak berbudi tanda kotak 'blur' tuh...aghhh!!

hanafijaafar said...[Reply to comment]

takyah la tumpang glamer, blog ko ni dah cukup glamer jugak apa...

Yellow LEOpard said...[Reply to comment]

haha...excited bace..ingatkan menang bowling..baru nk ajak lawan..ahaha

Aizul said...[Reply to comment]

ok, aku terpedaya dengan permainan ayat dengan posing 'peace' anda. Lain kali mungkin tidak.Mungkin.

cik ungu said...[Reply to comment]

hanafijaafar : aku sedar aku sapa..kau tak payah la nak jaga hati aku...

*emo...semalam tengok drama melayu terlebih..ni la akibatnya

cik ungu said...[Reply to comment]

leo : laa....tak faham isi penting entri ni la tu...bukan kalah ok...saje mengalah...lain maksudnya..ehem..

cik ungu said...[Reply to comment]

Aizul : janganlah begitu...lainkali pun percayalah..tengok muka aku sikit punya luhur dan kudus ni...