Sunday, February 20, 2011

Agama Aku Tak Pernah Ada Fesyen Semasa Pun..

  


Bismillah 


  




   
Kau pernah tak rasa letih dengan life sendiri?


Bila orang sebok dengan hip-hop dan lagu 'Anak Ayam', kau pun mula pakai seluar londeh dengan topi baseball.
Bila orang sebok dengan Yuna, kau pun mula beli gitar dan lilit selendang.
Bila orang sebok tangkap gambar, kau pun sebok gantung DSLR kat leher.
Bila orang sebok dengan fon canggih, kau pun sebok nak slide-slide jari atas skrin.




Kadang-kadang aku pun jadi penyebok.
Ya. Aku mengaku.




Tahu tak kadang-kadang benda tu kau tak perlu pun.
Walaupun benda tu semua buat kau nampak hot atau advanced.
Tapi apa guna kalau semata-mata sebab nak ikut fesyen je?






Kau pernah tak rasa letih dengan life sendiri?


Dah letih nak dengar orang datang kat telinga dan cakap benda-benda yang kau taknak dengar.
Dah letih nak bercakap sana sini dan buat orang gelak sebab kau tau kau buat-buat.
Dah letih nak tengok orang sekeliling buat muka pelik dan kata kau macam bagus bila kau buat benda baik.
Dah letih nak sorok-sorok diri kau yang kau taknak orang lain tau.








Aku rindu dengan life lama aku..
Sumpah. Amat.


Life yang tak sibuk dengan benda-benda duniawi yang tak ke mana.
Life yang orang sekeliling kau takkan terima.






Kau tak letih?
Ikut arus fesyen tak pernah tinggal.
Sebab taknak orang kata kau kuno.






Agama kita tak pernah ada turun naik.
Hukum Allah dari zaman Nabi Adam sampai harini tak pernah berubah ikut fesyen.
Sama je.
Statik. Tapi tetap susah nak ikut kan?
Kau pernah tanya diri sendiri tak?
Kalau ada, ingatkan aku kenapa.






Akan sampai waktu tu nanti...










Moral of the story: at one point you are willing to give up everything you have now
for something you lost before.



  

28 tindakbalas kimia:

delarocha said...[Reply to comment]

just be yourself

khaifaiz said...[Reply to comment]

Mendalam maksudnya.. tengah memahami bait perkataannya. harap tersimpan dalam sanubari. Kerna insan seperti aku kekadang akan terlupa.. ahaks

hanafijaafar said...[Reply to comment]

penat.

Gimi said...[Reply to comment]

Betul3..

Tapi Gimi selambe je bila orang kata 'orang kampung'
Janji selesa..

tiba rasa nak nyanyi lagu 150 juta lak ni

nulhazwany abdul malik said...[Reply to comment]

suka entry ni..
setuju sangat . huhu

khairul hisyam said...[Reply to comment]

terasa ni :( 1st time terasa dalam hidup. sob sob sob i photographer, musician dan juga bakal memiliki smartphone slide cuma selendang je tak pakai lagi :p

PendekarPetai said...[Reply to comment]

seperti ada sesuatu yg merubah kamu.... wehh jgn la serius sgt... perubahan tak slh, cuma cara kita berubah yg perlu diperbetulkan.... am i right??

Hafriz Mohamad said...[Reply to comment]

menggigit trus ke urat2 saraf...
entri yg baik utk dfikirkan brsama. n_n

Anonymous said...[Reply to comment]

apabila hati diketuk untuk berubah, jangan ditunggu utk suatu masa tertentu. kita tidak tahu usia kita. apabila jiwa yg baik itu dtg, jgnlah biarkan ianya pergi. pohonlah hidayah Allah. berdoalah dengan peniuh tadarru' dan khufyah. dan benda yang paling berat selepas itu adalah istiqamah. ketatkan jantung hati utk beristiqamah.

"Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: "Tuhan Kami ialah Allah" kemudian mereka meneguhkan pendirian (istiqamah) mereka, maka Malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan: "Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih; dan gembirakanlah mereka dengan syurga yang telah dijanjikan Allah kepadamu". Kamilah pelindung-pelindungmu dalam kehidupan dunia dan akhirat; di dalamnya kamu memperolehi apa yang kamu inginkan dan memperolehi (pula) di dalamnya apa yang kamu minta. sebagai hidangan (bagimu) dari Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (fussilat ayat 30-32)

Dari Abu Amrah Sufyan bin Abdillah r.a berkata : “Ya Rasulullah, katakan kepadaku satu perkataan sahaja yang aku tidak akan bertanya kepada siapapun selain engkau! Jawab Rasulullah S.A.W. maksudnya : "Katakan, aku beriman kepada Allah, lalu istiqamahlah.”
(Hadis Riwayat Muslim)

laluilah jalan yg nampak susah ini tetapi ada kemanisan yg bukan semua org dpt merasanya.

dont blindly follow anyone. follow quran n sunnah. no doubt.

Budak Chomot said...[Reply to comment]

betul sangat2 ! thanks untuk peringatan ini .

haysaku (",) said...[Reply to comment]

suka ntry nie. betol3! :)

qlah said...[Reply to comment]

As salam . yu p , setuju . betul . ayuhlah kita memperingatkan semua umat islam :)

UYC said...[Reply to comment]

betul3 ^^

Kasim™ said...[Reply to comment]

mari ikut aku memburu di hutan. jamin tiada teknologi dan yuna skalipun. ;)

En Boss said...[Reply to comment]

alhamdulillah sejak mendengar ceramah sambil gelak2 di ofis awak dah banyak berubah :P

Pena Tembikai said...[Reply to comment]

nice post. but if should, (must actually) stay strong pada landasan kita. landasan Islam..

cik ungu said...[Reply to comment]

delarocha : just be urself


khaifaiz : amin..~ sungguh..tak salah lagi kau memang cikgu BM.

cik ungu said...[Reply to comment]

hanafijaafar : penat gi tido.


Gimi : orang kampung best ape. sopan. santun. tapi sy orang kampung jenis x sopan punya. wa3..

cik ungu said...[Reply to comment]

nulhazwany : huhhu..mekasehhhhhhhh!~

cik ungu said...[Reply to comment]

khairul hisyam : lagi banyak duet, lagi senang terpengaruh.

cik ungu said...[Reply to comment]

pendekarpetai : terjentik hati. moga2 kamu pun rasa nanti.

cik ungu said...[Reply to comment]

hafriz : ye!mekaseh! amin~

cik ungu said...[Reply to comment]

anonymous : mekaseh encik awk.

cik ungu said...[Reply to comment]

budak comot : sama2 ingat~ tengkyu!~ ;)

cik ungu said...[Reply to comment]

haysaku : huhuh..insyaallah. mekaseh!~


qlah : iyup! sama2 ingat! tengkyu~

cik ungu said...[Reply to comment]

UYC : mekasehhh!~


kasim : memburu..? taknak. nanti rimau gigit.hhuhu

cik ungu said...[Reply to comment]

inchek boss : tak perlu tnjuk amalan, inchek boss. banyak inchek boss xkenal psl saya laaaa. esok sy bawak cd hindustan.


pena tembikai : byk cabaran buat benda baik. nampak dek orang, takut hati timbul riak. baik sembunyi2. biar orang tak tau, tapi Allah tau.

Saiful Ghani said...[Reply to comment]

betul betul betul..... setuju sgt2 lah.. kn bgus hari2 sibuk kejar akhirat! dan lbh bgus lagi kalau hari2 gov sediakan tmpt mengaji al-quran free jer utk sume rakyat..... dan kurangkn waktu bekerja.. lbhkn waktu utk menjana pendapatan pahala......