Saturday, January 1, 2011

Tiada Paksaan Dalam Islam, Tiada paksaan Dalam mem-Follow Blog !



Bismillah




Tegak ke poin itu (Straight to the point) aku memang gatal-gatal badan kalau ditinggalkan pesanan :

"Follow me back!"





Ehh..takk..takk. Aku tak marah pun. Ramai je tinggalkan mesej cinta macamtu kat 'kotak jerit' aku. Aku dengan yakin dan penuh integriti diri menyatakan di sini aku tak belum pernah lagi tinggalkan mesej "aku dah follow kau. Baek kau follow aku kalau kau nak selamat." atau yang sewaktu dengannya pada mana-mana blog pun. Sebab apa?



Meh ikut saya mehh..mehh...Ololoo...
1) Bila korang cakap macamtu, korang akan  bikin si mangsa menjadi serba-salah. Lebih-lebih lagi kalau korang dah follow dia. Di sini, satu pertembungan atom Nak dan atom Taknak akan mencetuskan percikan-percikan elektron negatif yang bernama Paksarela. Apabila ini berlaku, si mangsa akan kurang keyakinan diri untuk berdepan dengan orang ramai kerana bimbang mereka akan menyinggung perasaan orang lain. Bagus betul.. Anak siapalah tu..


2) Andai si mangsa mem-follow blog korang kerana membalas budi, walaupun blog korang tidak disenangi oleh mangsa, ini akan menyebabkan blog korang mungkin banyak followers, tapi kurang pembaca. Bandingkan statistik (lagi??benci~) jumlah 'page visited' korang dengan jumlah followers korang. Bagai langit ketujuh dengan mantel bumi. Aku yang tak buat macamtu pun orang still tak baca blog aku. Oihh sayu gilaa!


3) Bila anda follow sesiapa sahaja tanpa suruh diorang follow balik, mereka pasti akan lebih hargai dan happy. Secara automatik diorang akan sukarelanya memfollow korang. Serius! Sebab terasa keikhlasan korang memfollow senyap-senyap.  Bukan follow sekadar nak orang follow blog anda balik sebab anda nak kumpul followers dan berbangga ramai yang follow. Bak kata Neil Armstrong, "berapa ramai pengikut tak penting, tetapi berapa ramai pembaca itu lebih afdal." (Betul weihh, Neil Armstrong baru je hantar SMS nie haa...*Bapak menipu aku ni..)


4) Bila anda follow secara ikhlas tanpa balasan, tuan blog akan merasa macam 'bajet blog aku best'.Ini secara automatik menaikkan semangat si tuan blog untuk terus membazirkan masa menulis blog yang tak berfaedah.  Haa..kan bagus tuuu.. Benda lagha semua orang suka. Miahahaha!!~


Sesiapa yang menjadi ahli fenomena ini, takyah la terasa. Aku cakap ni sebab aku adalah golongan yang terasa serba-salah kalau tak follow korang balik. Baik aku ni,ken?kenn.? Ada orang kesah, ada orang tak kesah. Serius! Maafkanlah mak yang lemah ini! Ah!~




Moral of the story : Senyum! Tak perlu kata apa-apa!~ ; p






24 tindakbalas kimia:

Bambam said...[Reply to comment]

Ini ai sokong! huu~

cik ungu said...[Reply to comment]

bambam : kuang3. habislaa..pasni sume orang taknak polo eden.kite polo due orang ek/huhu

hanafijaafar said...[Reply to comment]

saya sebenarnya terpaksa follow blog akak ni sebab blog akak bes. kalau tak follow nanti resah gelisah plak tak bleh tido seminggu.

LinE PuTih LiNe HiTaM said...[Reply to comment]

ye anda betol.. dengan ini hadiah sekor lipas belaan aku akan diberi kpd makcik ungu...

cik ungu said...[Reply to comment]

hanafijaafar : ya..nampak sangat anda terpaksa memberikan komen itu..syabas.lakonan anda baik skali. walaweeeeeehhhhhhhhhhhhh..!~

cik ungu said...[Reply to comment]

line : aku kompius..ku ni sbnrnya tokey zoo kah??

James Buns said...[Reply to comment]

aik..mcm kenal je..tiada paksaan dalam islam.

:)

Nadia Hanim Nasser said...[Reply to comment]

hahahah betol!nak follow,follow.tak nak follow,takpe.jangan memakse :D

cik ungu said...[Reply to comment]

James : yer. pendidikan islam form 3 dan blog kau ada kann

cik ungu said...[Reply to comment]

Nadia : kuang3..sep2 skit tgn cik nadia.huhuhu

khaifaiz said...[Reply to comment]

Kenapa perlu ada blog... kenapa perlu follow.. smpai skang aku xtau knapa itu.. Yang aku tau.. Kenapa sekolah aku cantik..... miahahaha (tiru, nenek ungu)

Afie said...[Reply to comment]

tak suka follow tapi ske bookmark jer..haha

kawan cik ungu said...[Reply to comment]

haa...antara follower contoh...mcm i yg follow senyap2...

cik ungu said...[Reply to comment]

khaifaiz : aku ade blog sebab aku takde fb. Relevan tak alasan?

sekolah kau cantik? Celah mananya sekolah kau cantik? Tak kuasaaaa~

cik ungu said...[Reply to comment]

Afie : waahh..lagi unik jawapan lu.Teruskan!

Juli said...[Reply to comment]

waaa..nice la isi penting entri awak ni..i`m impressed and for the first time, i break my own rule, i follow you.mind u, bukan utk dibalas follow yer..hihi..keep it up!

cik ungu said...[Reply to comment]

kawan saye : haaa...kesimpulan yang sangat bernasss

cik ungu said...[Reply to comment]

Juli : hahaha..gaya macam awk telah mengiktiraf penulisan saya ke peringkat antarabangsa. yeay mekaseh!~ followwwwwww!~ hahah

SizZLing SuZai said...[Reply to comment]

salam akk jiran sbelah!!

yup..SAYA PON XSUKE BILE DPT shout kat box..sy dah follow awk,follow lah sy blk..hadoiiii, klu blog die mmg best n kena ngan citarasa xp gak..ni...huuuuuuuu mmg sy trpaksa dlm rela! XP

n lg satu y xbkenan kat shoutbox, "meh lah ad entry terbaru" XP SUKA HATI HAKULAH ble nk g blog ko! haku ksah ke entry bru ke lama ke???!!!

prasaan nyammpah tp trpaksa t blog i xd org nk bce plak! XD

ASaDa RyutaRo said...[Reply to comment]

follow me adalah sejenis produk kecantikan terdiri daripada bedak wangi dan lain-lain lagi..

siapa yang hantar mesej suruh follow tu, saya akan datang jenguk jugak. tengok dlu blog dia, kalau berkenan, follow.. =D

waaaa.. baiknya saya!! hahahaha...

cik ungu said...[Reply to comment]

Suzai : tau xxppeeee...bia la kite follow sebab kite yang nak kan! rs berdosa je kalau org suh follow tp kita tak follow. tapi nak follow rasa terpaksa pulak. iskk...

cik ungu said...[Reply to comment]

Asada : betol2! kalau masuk and kita rasa page die macam kita suka, kita follo.w kalau tak, nak keluar balik je rasa kan.
huhuhuhu

achiq said...[Reply to comment]

hahaha.... tiada paksaan dalam follow mengfollow..
mcm lagu lah plk...
I Will Follow U
Follow U Wherever U May Go...
ops! sorry... terlebih sudah.....

Hazari. said...[Reply to comment]

haha, ntah nape aku rase mcm makin suke je kat neil armstrong.