Monday, January 24, 2011

Bila Sejuk, Aku Emo.

Bismillah




Bos, saya tengah curik tulang. Bos suruh saya betulkan workingpaper, tapi saya bosan dan tension. Maka saya pun dengan penuh berat hati dan rasa bersalahnya meng-hapdet blog saya. Maafkanlah saya yang lemah ini~



Tidakk..tidakk..~ Entri ini aku tulis dengan mood frust. Andai tertaip ayat-ayat poyo ala-ala aku-kechiwa-chenta-ini-dusta, harap maafkanlah aku yang lemah ni. Tapi ada berita gembira, korang boleh lempang aku sesuka hati. Gembira, bukan?



Pagi tadi dah tension. Ada burung kejut luar tingkap. Dia punya siul, mak kauuuu...... Kuat gila. Nape kau tak terbang hinggap je kat cuping telinga aku. Kan lagi style impaknya. Aku capai bantal peluk empat segi kaler hijau sambil mata tertutup. Silap la kau burung... Kau tak tau ke aku ni pakar penembak-tepat. Aku angkat bantal empat segi tinggi-tinggi,dan ... tutup telinga aku kuat-kuat. Ya... Masih ada rasa belas di hati ku ini. Tahniah untuk aku.. (Part ni korang boleh buat muka kagum..sila, sila...)




Sumpah bukan aku ..
Semenjak-dua menjak-tiga menjak ni, aku rajin pulak mandi air panas pagi-pagi. Sanggup masak air nak mandi pergi kerja punya pasal. Orang kata mandi air panas bagus untuk peredaran darah. Bukan ke bulan itu beredar mengelilingi bumi pada orbitnya? Hubungkaitt??



(Fara..kau taknak mengaku kau takut sejuk..?)
Ehh...maaane ade takutttt...Takkaaannlahh takut sejukk.. Tak ngam langsung dengan peribadi Cik Ungu yang kental! Huh~ *Angkat muscle ~



Taknak lunch harini. Merajuk. Mintak datang teman makan pun susah. Bukan suruh berenang kuak lentang sampai Laut Merah. Oiihh.. Geli! Apa ni merajuk-merajuk ni! Berambus la Cik Ungu!~





Aku la kan... Tension betul dengan ofis ni. Apsal ofis ni sejuk sangattttttt...!!




Moral of the story : Kau nak moral apa lagi niii... Tak nampak ke aku menggigil ni..Shuuhhh!!




25 tindakbalas kimia:

khaifaiz said...[Reply to comment]

haa.. len kali ko bwk selimut busyuk ko tu pi keje.. kompom tak sejuk.. tp tkt ko nak tdo je nti.. hikhikhik

bukan photographer said...[Reply to comment]

bos..!!ada orang curi tulang..

Melati said...[Reply to comment]

oke2 bos maapkan =) heheee

hanafijaafar said...[Reply to comment]

mencuri tulang untuk buat unggun api dalam ofis adalah lebih mulia dan tinggi darjatnya berbanding mencuri tulang untuk menghapdet blog.

sumber: the internet

James Buns said...[Reply to comment]

gila...kes sawan ke ape ni?

hahahhahaha...sejuk la..kau kan reptilia.

adan said...[Reply to comment]

hahaha... enjoy ar baca entri ini... senyum~~

En Boss said...[Reply to comment]

Adakah anda hilang mood sbb boss x masuk kerja hari ni atau dia lambat lagi bagi kerja pada anda?

atau anda dibiarkan berseorang di Ofis sedangkan 4 lagi member ofis anda sedang bersuka ria menghantar sekeping surat ke SSM :P

atau kenapa biarkan ofis itu sejuk, boss muka dah merah menahan kesejukan lalu dia mengambil keputusan untuk tidur di bilik sejuk kerana demam hampir menyinggahi badannya...

lupa plak...

boss blm makan dari pagi tadi..

Cik As said...[Reply to comment]

cik faraa, awat nya xsukaa sejukkk...hahaha..kantoi... cun giler la cik ungu bila sejuk...wakaka..;p

BaiTiL a'tiQa said...[Reply to comment]

Gaya penulisan yang santai... (",)

"semoga sentiasa dalam lindungan Allah"

Senyum juga~~~

LinE PuTih LiNe HiTaM said...[Reply to comment]

dah jadi pencuri ek skrg ni makcik...

alienwithouthename said...[Reply to comment]

hai cik ungun..
aku x baca ag entry ko, saje nk komen dulu. hehe

ubi said...[Reply to comment]

adoii...xnak sejuk pegi arau..panas..hehe.. sejuk pun bole emo ea..huh

PendekarPetai said...[Reply to comment]

ahh nie kes kecewa pakwe tak mau temankan lunch la nie....

Anonymous said...[Reply to comment]

takkan tengahari pun practice bola.. nisfami

chairooL ruLez said...[Reply to comment]

bile sejuk, emo...bile panas ? mental ea ? haha

Ungu said...[Reply to comment]

bila opis sejuk tahap freezer, adalah lebih produktif kalau kau buat aiskrim malaysia. macam sedap.

aku mahu aiskrim milo.

dan; lunch itu penting. Jangan lupakan nasi, ayam goreng dan mungkin kangkung belacan; semata-mata sebab orang.
ahh rugi.

Yellow LEOpard said...[Reply to comment]

hua3...pakai sweater tebal2 lah...huhu

aienz nawawi said...[Reply to comment]

huhuhu . rajin ny nk masak air kn
=)

cik ungu said...[Reply to comment]

khaifaiz : aku siap bawak katil ni haa...style kan.

bukan photographer : kejadahnye nak curik tulang..bukan leh pajak pun tulang tu..

melati : ehh..jawab on behalf bos ke?haa...kompem skandal bos neh!

cik ungu said...[Reply to comment]

hanafijaafar : kau jangan pesongkan akidah aku leh x?

james : aku reptilia eh... mekaseh..malam ni aku santau kau.

adan : yaa..enjoyy...ibarat malam masih muda.. *kene mengene x?

cik ungu said...[Reply to comment]

inchek boss : hak ala...ni menambahkan tension saye je ni haa...da la ofis sejuk. saje je kan sabotaj saye kan.


*belum makan pun nak cakappp..halaaa....ni nak suh org kesian la ni...tak kuasa laaaaaa...~

cik ungu said...[Reply to comment]

cik as : ha...yang tu saye suke..tolong puji banyak2..haha

baitil atiqa : mekasehhh..amin..belikan slimut yek.mekaseh~

line : kau tak tau ke bakat aku ni memang meluas meliputi pelbagai bidang.

cik ungu said...[Reply to comment]

alienwithoutname : kau misteri dowhh!!~

ubi : kau sponsor tiket kapalterbang, skrg gak aku pgi.

pendekarpetai : oihh...taip slow-slow sikit aciii??

cik ungu said...[Reply to comment]

nisfami : takde pektis. dia sewel. sekian.

chairool : ala..kau dengki kan sebab aku penuh dengan perasaan.

ungu : ye baeklah. kau sabotaj aku kan nak suh aku gemok. siut btul taktik itu..

*cis..cakap pelan-pelan sudey...tertekan~

cik ungu said...[Reply to comment]

leo : la..aku pakai kaen kapan je rupenye..patut sejuk semacam..

aienz : loh..baru tau ke? penatnye berlakon selama ni,baru kamu perasan..isk..~