Tuesday, November 30, 2010

Dulu kau kecik. Sekarang kau kecik jugak.



Bismillah





Aku habiskan masa seminggu aku kat Kerteh, Terengganu. Tempat aku sekolah. Tempat aku first time belajar sifir time darjah Satu Mutiara, yang bila cikgu tanya " 7x2 berapa? ", lalu aku pun cepat-cepat kira satu-satu guna jari yang aku sorokkan bawah meja (taknak orang tau matematik aku bangang nak mampus), kemudian angkat tangan cepat-cepat jawab " 14!! ". Dan lepas tu baru aku boleh keluar rehat. (Kejam gila..)

Masa kat sana seminggu lepas, aku hang out dengan budak-budak sekolah rendah. Gila happyyyyyy...!!!!! Perangai tak berubah (sengal macam dulu jugak..Bila nak matang ni korang..?)




Cik Alia yang bertudung merah nieee...


Ni Alia. Geng sejati time darjah 6. Time tu sama-sama masuk pertandingan menari. Pulak tu lagu taknak kalah. Menari lagu Ops! I Did It Again ! Macam hareemmm... Gaya time tu semua bajet Britney Spears je. Aliaa..!! Aku maluu..!!! Tapi papehal pun, aku kalah dengan Alia sebab Alia is officially taken. Kalau wedding kau esok aku perform dance Ops! I Did It Again! tu, agak-agak kau halau aku dengan penyapu tak, Alia??


Satu malam aritu tido rumah Alia. Teman dia sorang-sorang, And thanx to you, Alia, for listening.. And for crying with me. Sayang kamo! Darjah 1 sampai sekarang, saiz kau sama je wehh.. Jadi title entri ni memang khas sempena saiz kau. Miahahha..!~


Dinner angkut Nik Nadira. Gila bapakkk, kurus nak mampus ok Nik sekaranggg!! Makan pantang, jogging pulak lagiii.. Haish.. Tak kuasa sungguh la aku nak berwawasan seperti dirinya. Kalau aku gemuk, aku pasrah!~
 


 
Yang pakai spek tu Nik Nadira. Kat sekolah dulu garang nak mampus ok!



Cik Alia & Cik Nik




last day kat sana, hang out lagi dengan Alia and Izati. Owh sakan!~ Gaya macam lupa laki dan anak-anak di rumah. Izati ni aku kenal dari darjah 1 lagi. Dan dia la makhluk pertama yang tegur aku masa first day aku pindah sekolah sana. Ingat lagi dialog dia,, "Hai kamu! Kite Izati, ni Shariah..! " dengan sengih tak bersalahnya. Katanya, dia nak kawan dengan aku time tu sebab aku lukis gambar dinasour, comel. Bengong tak bengong??



Yang pakai spek ni pulak Izati. Anak Imam ni, jangan maen-maen~



And Alhamdulillah sampai sekarang pun kitorang still contact, still boleh hang out macamni. Almost 15 years bolehh?? Happy sangat-sangat still macamni sekarang. Bila dah duduk balik, kuar la cerita gosip time sekolah yang membuatkan diri rasa nak carut diri sendiri. Betapa bangangnya aku zaman sekolah dulu.


 

  
  

     



Thanx korang meraikan aku kat sana. Ruginya yang lain bz nak final. kalau tak lagi banyak boleh diumpatkan secara berjemaah. Sayang kamo!~






Moral of the story : Aku takde fb pun boleh reunion apeeee.... (ayat orang takde fb gini arr...)




Saturday, November 27, 2010

Tolonglah jawab untuk aku ...

Bismillah





Letakkan diri korang dalam situasi yang berikut ... :




-dah pukul 3,4 pagi...
-korang takleh tido...
-TV tak ada cerita best...
-Internet tak ada benda best...
-Nak baca buku semua stok bosan...
-Nak makan takot gemok...
-Nak keluar (memang nak mampus pukul 3,4 pagi keluar..*perempuan) tak boleh...
-dan korang jenis malas beramal ibadat pulak tu...





maka..?



Apa yang korang akan buat sementara nak tunggu subuh ?



A ) Mop lantai seluruh rumah termasuk bumbung rumah secara tiba-tiba

B ) Cuba ukur keluasan rumah korang guna jangka lukis dan sesiku-L

C ) Ulang-alik dari bilik ke dapur secara berenang kuak lentang

D ) Sengih sorang-sorang tanpa bernafas sampai subuh




Lain-lain jawapan, sila nyatakan ...






Moral of the story : Moral apenye pagi-pagi buta niii... Aku tension nehh.. Maen jauh-jauh!




Wednesday, November 24, 2010

Let Fate Fares You Better ...

Bismillah



 ( Written just because I care. )

This may be happening to some of you guys out there. (Owh..aku dah start guna broken-english, bermakna entri ini serius..ok, kerut dahi!)






Orang kata " Kau ni aku tengok tak pernah serius."

Orang tanya " Kau ni happy je memanjang. kau memang macamni ke? "

Orang cakap " Kau ni memang gila laa.."


Or there are times when you try to comfort your friends and tell them that everything is going to be fine, or something like...

" Aku faham apa kau rasa" 

or 

"Sabarlah.." 


..kind of thingy, and they went off saying...


" Tak! Kau tak faham!" 

or

" Kau cakap senanglah, aku yang tanggung!"




Well,
Guess what?
Some of us truly understand.
Some of us know exactly what you feel.
And some of us had been through a hellhole life which if to be compared with your situation....,





.....yours is below the standard level.





Don't say we are stupid just because we ask you to 'sabar'.


 




I'm not in the state of revealing what i think i should not reveal.
There's sometime, something should be kept to yourself.
But don't say i'm a girl with emotions deficit disorder.
I am warm, yet sometime can be cold.
Don't because you see me laugh all the time, doesn't mean that I'm not crying though.
It's not about how many gallons of tears you swiped away, it's how many pains and suffer you managed to get through.



So if you can't stop telling the world how unfortunate you life is and mumbling on and on about..

" Kenapa Tuhan buat aku macamni?" 

or 

"Apa salah aku?",


can you just at least consider to think that..


you are not the one who needed to spread the Islam all the way around the world.

Owh, and now you are trying to argue about " Memanglah, diorang tu Nabi. Aku manusia biasa." 


Ok then. what if I say that...


You are not the one who swing the sword in the middle of the desert, protecting your Addin. Fighting thousands of enemies under the killing hot weather. Fasting!
 
  " Memanglah, itu zaman Nabi. Badan diorang besar-besar. Kuat. "



So, what if I say that...


You are not the one who struggled, gasping for air in the middle of Tsunami disaster. I don't think any Nabi was there few years back, aite? And i think they are all human like you.






Got the picture?


Your pain is not even close to theirs. Not even a little bit. Not even at all.
But you keep telling the world how unfortunate your life is.

Stop nagging on how Allah tak adil, dunia ini kejam, bla..bla..
I know you are weak. And I am a human too.
Tapi korang lupa ke?



" Tidaklah di beratkan seseorang melainkan kemampuannya "
Surah Al-Baqarah : surah 2 : ayat 233




See..?
It's not that I know nothing about life.
Yet not saying I know everything about life.
You have your part of hard life.
And i have mine.
Everybody else are not excluded.
I'm dealing and I'm struggling.
Others are doing the same.


This is not just about you.



We are in the same boat, but different cabin.



Tell me to be calm, and remind me of Allah, try your best and try hard.
And I'll do the same for you.
I want US to get through whatever hardship we are having,
and never to lose hope...

Don't be too judgemental.
Husnuzhon.
He knows best.



Well, what you guys are going through, is your part of life.
And I have mine already. Still in future. 


Take a bite from my plate, eat, chew, then you talk..
..if and only if you don't throw it out first.




Menurut Hadits Qudsi: ALLAH berfirman kepada MalaikatNya: "Pergilah kepada hambaKu. Lalu timpakan bermacam-macam ujian kepadanya kerana AKU mau mendengar suaranya". (HQR Thabarani yg bersumberkan dari Abu Umamah R.a)







Let fate fares us better.
Here and Hereafter.
He knows best.

Friday, November 19, 2010

Sejarah Mungkin Berulang (*Ihsan Tomok New Boyz)



Bismillah





Harini genap dua bulan dua hari aku ber-blog. (ye ke?) total 20 posts. (tolak entri yang ni). (so what?) Aku tau informasi-informasi berikut takkan keluar dalam soalan exam korang. Sebab korang bukan peduli pun pasal aku,kan? Aku cukup makan ke tak, ade korang kesah ke? Hah? Ade? * kerut dahi..(emo,kan? Nak tampar aku tak?)


Hmmm.. entri ni tak ada motif khusus. Just nak celebrate Happy 2nd month Anniversary Blogging untuk aku. (informasi jahanam yang tak berfaedah). Ade sorang mamat turun dari Planet Utarid, suruh aku buat entri bersifat Gay. (ok, kerut dahi skrg!) Aku yang lurus-bendul tulus-mulus (yang kudus yang mulus! haip! *M.Nasir) ni pun macam blur-blur la kan. Ahh ape aku merepek nie!


Ok,tukar tajuk. Sepanjang perjalanan berblogging ni, ade orang kritik entri aku, ade yang ajak argue, ade yang suke, ade yang duke tak suke, ade yang kata "owh saya sukaaa~", ade yang kata "owh boleh blahhh~ *sakit perut pulakk...kejap..!



..........................................................................................



ok sambung. Aku pun most of the time sengih je la kan. Orang suke, aku reply. Orang tak suke pun aku reply. Aku cuba la buat ayat seramah boleh (walaupun hati mencarut dan keyboard aku tenggelam sebab menaip kuat-kuat). Aku tak boleh la nak buat semua orang suka aku. Kadang-kadang ada orang tak suka sebab entri aku. Kadang-kadang orang tak suka bahasa yang aku pakai. Ada jugak tak suka sebab aku kasar. And ade jugak yang tak suka aku sebab rupa aku. (ape kess?? Kau nak aku gi wat surgery?? Lempang kang haa..) Tapi boleh pulak ada orang tak suka aku semata-mata sebab rumput kat rumah aku tu hijau subur. (ok ni takde kene-mengene). Paling tak boleh terima kalau orang tiba-tiba tak suka aku tanpa sebab! Haa..ni stok nak kena terajang la ni (Fara..jangan kasar-kasar..orang tak suka tau!) Miahaha.. Aku tak boleh buat apa la sebab dari kecik memang kasar sikit. Bukan la aku kejam sampai bunuh kucing jiran aku, tapi benda ni kan naturally developed (cubaan speaking). InsyaAllah esok-esok berubah la sikit-sikit. Masa kan merubah seseorang. Doa-doakan la, bukan duk mengata je kat belakang. Simbah asid kang haa..(Faraaa..jangan kasarrr!!)


Aku tak tau la sampai bila aku nak berblogging ni. Baru sebulan ni. Kalau aku dah kawin esok (bajet laku..), dah ada anak, ada kerja, ada aku kesah ke pasal nak blog2 ni? Istiqamah kah aku dalam arena pembloggan ni? (Aku tak suka betul la bila bercakap soal-soal serius macamni. macam tak sesuai dengan aku yang lagha ni. Haishh...)



Cakap pasal lagha...ehem!






Dulu semua tengah kemaruk dengan Friendster.






 Lepas tu beralih arah pergi Myspace pulak.









Then, muncul pulak Twitter...






...yang pastinya nanti akan lapuk dek hujan, akan lekang dek panas.





Lepas tu semua murtad pergi kat Facebook pulak...




...meninggalkan Friendster dan Myspace terkontang-kanting...








Habis madu sepah dibuang.







Lagi 3,4 tahun entah apa lagi laman sosial keluar.






semua pakat tinggalkan Facebook dan pergi ke bende alah baru tu pulak.










Habis akaun korang yang berlambak-lambak sebelum ni dibiarkan melukut di tepian gantang (kerut dahi). Kalau sume laman sosial tu pakat nak larikan diri dan tubuhkan satu negara, aku rasa satu planet baru pun diorang boleh duduk. Dah sorang manusia boleh ada sampai 2,3 akaun, yang entah apa tujuannye entah. Satu akaun untuk public, satu akaun kongsi dengan pakwe/makwe, and satu lagi guna nak buat stalk skandal yang korang admire (sape makan cheese, die rasa gemok). Dan apelah yang aku merepekkan niiieeeeee???!! Hadoiilaa.....


Moral of the story : Bayar Broadband korang. nanti susah nak melagha. (pesanan ditujukan khas untuk aku sendiri)

Wednesday, November 17, 2010

Bola Sepak Akhir Zaman



Ok. Kali ni aku taknak cerita pasal aku. Walaupun ni blog aku (maka sukahati aku la nak tulis banyak2 story pasal aku pun), tapi aku sendiri pun da boring dengan diri sendiri (krisis identiti), jadi biarlah harga petrol tu naik je mendadak (kerut dahi).


Aku takdelah minat sangat dengan bola sepak sampai tahap hantuk-hantuk kepala kat dinding kalau team aku kalah, sebab aku takde team pun sebenarnya. Miahaha..! Tapi sebab selain kaum Hawa, kaum Adam pun berkongsi dunia ni dengan kaum aku, jadi aku terpaksa la buat-buat baik dan konon-konon memahami.


Aku browse kat Google je ni. Jangan harap aku nak gi stadium tengok semua game and tangkap gambar satu-satu. Gila.







1) Pemain Redha pada Qada' dan Qadar



Baju biru nampaknya betul-betul redha dengan keadaan
yang dihadapi sampai angkat tangan 'surrender'. bagus
la camtu...redha je la ye,bangg...~ (geli)








2) Pemain member sekampung Sarip Dol
dari kampung Dusun



Yang ni agak kurang ajar sikit la kan. Ni mesti stok takleh terima
diri sendiri dah terajang kepala musuh, pastu bila kene kad merah,
aci main rampas-rampas dari tangan ref plak.







3) Pemain dari Seberang yang membawa
semangat Kamikaze


(Dialog disertakan oleh Google)
Ni masing-masing memang berjuang habis-habisan la ni.
Ending game ni  adalah, beberapa bijik kepala pemain kelihatan
bersepah-sepah di merata-rata.





4) Pemain yang berstatus duda kerana
ditinggalkan isteri



Tiada penjelasan mendalam. Sila tafsirkan sendiri.
aku tak kuasa.


 
 
 
5) Pemain yang penuh sifat dengki



Beruang : Hambek kauu 'ttuuutt'!! Tiap kali aku rembat,
kau tepis! Aku rembat, kau tepis! Kiamat pun tak masuk
giniii!!! Dasar 'tuuttt' punye gol keeper!!

Gol keeper : Kepale hotak kau!!





6) Pemain warisan turun-temurun



3 pemain mencuba merembat. Gol keeper yang penuh pengalaman
tak gentar walau cubaan menjaring dari jarak dekat nak mampus.
p/s : Siapa kata nak bagus main kene pakai
jersi ADIDAS segala bagai?







7) Pemain perasaan



Sumpah dowh..aku Google search images pasal 'bola sepak',
alih-alih.. nahh kau! Kuar gambar ni.. redha je lah..




Ape la aku dah buang masa ni. Nampak sangat takde kerja. Lagha lagi.. Aahhh..!!!~




Moral of the story : Hmmmmm...nantilah esok-esok aku fikirkan....

Tuesday, November 16, 2010

Momok




Bismillah






Nmpak x?Pe yg korang nmpak?
Ape? Tak nmpak?
Aku pun tak nmpak!!


Sekarang aku kat rumah. Rumah yang dah ditinggalkan berminggu-minggu kosong sebab parent aku pergi haji kan. Malam tadi sampai rumah, whooosshhh...~ (bunyi angin bertiup dan bulu roma meremang).


Dengan rumput panjang macam ladang penternakan lembu-lembu kacuk New Zealand, daun-daun kering berguguran di sana sini memenuhi porch kereta tahap dah jadi carpet, pokok-pokok menjalar menutupi bumbung kayu pagola, tiba-tiba lembaga putih tegur "baru balik ke..." aku melangkah masuk rumah dengan, sumpah, berdebar nak mati! Gila tak sedap hati ok.


Aku pun masukkan kunci kat tombol, putar, jilat, celup! dan terbukalah pintu rumah aku yang dah berabad tak buka tuh. Dengan langkah kanan aku masuk bagi salam.



"Assalamu'alaina wa'ala ibadillahi solihin.." ...........................seram.............................~




Boleh pulak aku naik bilik, tiba-tiba anak jiran belakang 'jadi' lagi. 'Jadi' here means Histeria.(kerut dahi) Dah bertahun-tahun macamtu coz dihikayatkan oleh jiran aku, katanya jiran aku tu (perempuan remaja) kene 'buat' dek orang (kerut dahi berserta menganga mulut dengan luas). Ok... kejadahnye aku balik rumah malam ni!!?!  Aku pulak sorang-sorang. Perempuan lagi.  Tapi terlajak perahu boleh diundur, terlajak kereta ade gear Reverse, tapi terlajak tindakan? Ape kau boleh rewind? Malam dah larut. Dah pukul 12++. kalau tak tidur dalam rumah, nak tidur mana? Hotel Concorde belakang rumah tu? Kalau harga bilik kat situ dalam RM3.50, standard harga mi hailam kat cafe hostel aku, boleh la aku sewa satu level haa sekali dengan stor2 skali.. Aku letak barang-barang dalam bilik, bukak laptop, pasang ayat-ayat Quran bergema satu rumah. Amat malanglah bagi mereka yang mengalami situasi seperti aku tapi laptopnya dipenuhi lagu-lagu black metal semata-mata. (macam bagus je aku ni...Ahhh..!). Pastu dah tak dengar lagi jiran aku menjerit-jerit. Aku tertido dengan laptop terpasang.




Pliingg!!! Owh dah subuh! Hantu takde? Ok cantek! Aku pun senyum lalu melalui kehidupan seperti biasa. Sekian.







Moral of the story : Jangan lupa bayar bil elektrik anda tiap-tiap bulan. Keadaan mungkin akan jadi lebih jahanam andai rumah aku malam tadi takde karan. (pejam mata dan bayangkan..........~)

Sunday, November 14, 2010

Tolonglah terima alasan aku yang kukuh ni!

Bismillah


Weee...Alhamdulillah dah habis final exam sem ni. Untuk meraikan hari kemerdekaan ni, aku dengan sukahatinya bangun pukul 11 harini. (Astaghfirullah...*geleng2 kepale laju2). Bangun je aku gi toilet untuk beriadah, tapi tak terus mandi, tapi terus start kemas2 bilik. (Mesti korang mengata aku perempuan tak senonoh). Takdela, nanti da mandi, kemas2 nanti kena mandi lagi kan. Tinggi pulak kang bil air tempat ni. Aku kan tak suka pembaziran (kerut dahi..).

So, aku terus mulakan modus operandi aku dengan Bismillah. First skali basuh baju. Mesin je (malas lagi..). Bukan malasss..(menafikan benda yang dah terang lagikan bersuluh spotlite stadium), tapi guna mesin kan lebih jimat masa (alasan agak kukuh di situ..). Sambil tunggu baju2 aku bermain air dalam Sunway Lagoon mesin basuh tu, aku pun kemas la bilik. Aku punggah la semua buku-buku sem ni, semua kertas2, semua segala bagai, aku lambakkan semua atas lantai sebab nak susun balik ikut subjek. Tiap-tiap sem memang macamni supaya junior-junior yang nak ambik subjek tu next sem, aku boleh bagi je semua notes-notes yang aku da kumpul tu. Kalau korang pernah tengok sarang jin afrit (aku pun tak pernah tengok..), rasanya lebih kurang je rupa dengan bilik aku petang tadi.

Aku kan student akaun, so aku menggunakan banyak sangat kertas untuk membuka akaun-akaun dalam kerja-kerja aku. Kalau satu soalan dah kena bukak approximately 12 akaun, kau bayangkanlah satu chapter ade berapa soalan. Dan bayangkanlah pula satu subjek ada berapa chapter. Dan (menambahkan lagi alasan agar lebih kukuh..) bayangkanlah lagi berapa subjek akaun aku belajar untuk satu sem ni. Agak2 bagaimanakah efisiennya penggunaan kertas-kertas kerja aku? (ok..aku harap sampai tahap ni korang dah boleh terpengaruh dengan alasan-alasan aku..)









Ok..aku tau korang tengah kerut dahi tengok meja aku (mungkin ada yang tengah mencarut-carut) kan? Takpe..aku memang saje je nak uji tahap kesabaran korang (hubungkait?)







Tadaa..!!








Owh..tu tak cukup jin afrit lagi tu. kalau korang rasa tu bersepah, haa tengok yang part lain pulak.












Kan dah kata aku student akaun...(tolonglah terima alasan ni..*kerut dahi)






Plinggg...!!~








Ni ape cerita?? Siapa tido atas katil sebenarnya ni?











Nampak muntut cik Bobo..rilek je die..tak pening-pening pun fikir pasal final exam.






Kebaabooomm..!!



Aiceehhh...siap silang kaki! Dasat la kau Bobo..








Owh yeah! Esok tinggal check-out bilik (gaya macam duduk Hotel Palace of The Golden Horses), pulang kunci, berlari-lari ke arah kereta sambil pikul beg kat tangan kanan, tangan kiri, bahu kanan, bahu kiri, sangkut satu kat leher, dan lilit satu kat pinggang), lalu menuju ke rumahhh..!~



Moral of the story : ..ni sebab aku rajin buat homework la niii....(masih lagi mencuba meraih kepercayaan korang...)