Sunday, October 31, 2010

Letak title sendiri...Aku pun tak tahu


                                                    


Bismillah


Yuhuuuuuuuu....Haritu berjalan lagi. Dinner kat IKEA. Alah..mesti korang tau pasal meatballs n chicken leg kat situ,kan. Acan telah mempengaruhi aku supaya makan kat situ. Haa..kan dah menyesal sebab makan banyak. Bila banyak jadi gemuk. Bila gemuk? Teettt...~






Sedappp...!~ Moral of the story, makan lah kat sana. Mahal sikit tapi ok la. Plus, jangan makan pasta dia..sungguh tidak enak! Tomato semata!  Gambar makanan sikit pun takde kan? Memang! Memang tu niat aku pun! Hahaha! Keji tak? Ahh..

Friday, October 29, 2010

Kalau nak final exam..?

Bismillah


Owhhh...Lusa final exam dah start. So, dua hari ni aku jalan2! Wahahaha...!~ Sungguh bongek sekali kerana aku dalam keadaan tidak sedarkan diri ( yang exam dah nak start). Gila kau... Mane boleh pressure2 sangat time2 nak exam ni. Nanti bleh membawa maut. So, dari semalam ke malam ni, berjalanlah aku macam esok lusa dah tak boleh nak jalan lagi haa..






Semalam tengok movie 'Buried'. Sangat membuatkan jantung aku macam nak gugur and jatuh bergolek ke bawah seat dalam cinema tu, bolehh?? Dan ending die sangat ingin membuatkan aku rasa macam nak campak penonton seat depan aku ke arah skrin! Gila bengang..! Sungguh anti-klimax ok. Aku tak puas hati.. Rase nak tempeleng muke director cerita tu dengan selipar Crocs! Aaghhh!! Kenapa dunia cerita itu sungguh kijam? Ekh...~





Kalau aku la terperangkang dalam keranda, dengan sebijik lighter, sebijik handphone, 90minit bekalan oxygen, benda first aku buat adalah tengok kiri kanan, kot2 ade mayat/ hantu sengih2 baring sebelah aku. (owh..gila kau..) Tu nasib baik tak sekali dengan kain kapan. Dah tu boleh pulak main bakar2 dengan ular dalam keranda kecik tu! Apa kau gila?? kKalau terbakar keranda tu terus, dengan kau2 sekali rentung, maka tamatlah sebuah hikayat. Ada one moment dalam cerita tu, airmata aku menitik. owh tidak... Detik apakah itu? Owh..saat Paul Conroy (rasenye name die ni la dalam cerita tu) punya last words dengan wife dia. Pehh... terhiris hati betul la time tu. Apape pun, aku sungguh tak boleh terima ending dia!! Tak bolehh!! 





Tapi lantaklah..sebab aku bukan director dia, jadi aku pun cuba tenangkan diri selepas tamat movie tersebut, Kelaparan melanda, maka destinasi uptown KD dituju, Nak makan and cari tudung sekali. Akak kedai tu goda aku suruh beli satu kedai. Gila apa... haha.. Duit yang bonda dan ayahanda tinggalkan sepemergian mereka, tidaklah boleh dihabiskan di satu tempat sahaja. (owh..tengok wayang boleh pulak kau fara? eh.. dua bulan sekali dah ni..sungguh reasonable tak alasan aku?yes..) Jadi belilah aku dua helai tudung. 


 



Satu brown, and lagi satu maroon. (Bukan Maroon 5 ok). OK. Maybe taste aku macam makcik2 sikit. Ada aku kesah? Wawawa...~

Monday, October 25, 2010

Presentation yang membawa maut




Tensi !
Japgi ade presentation PSA
Sir Muslim itu sangat suka hentam student
Pasti dia hentam kami juga
Pastu kami gabra
dan kami sengsara..


Agh..
Emosi tidak stabil


"why only now they migrate from MBS to OBB"
Owh..i dont know sir..


"what is the relationship between budget and the ABM that you are trying to connect with?"
Owh..also i dont know sir..


"what the tuuut are you talking about??"
Owh..again.. i dont know sir..



Ok..tolonglah..
Jangan biarkan mimpi ngeri ini menjadi realiti..


Owh tidak...

Sunday, October 24, 2010

Perosak2 hidupku

Bismillah



Ok la..(start2 da cakap ok la..tetibe je kan?..Gila kau ni,fara..) aku rasa majoriti korang semua ada geng sendiri masa sekolah kan. Tak kire la apa jenisnya geng korang, tapi mesti yang boleh masuk dengan perangai korang jugak kan. Kalau ahli surau ber-geng dengan ahli2 kaki clubbing, mungkin sangat rare untuk ditemui. Takpe..abaikan tentang itu. Yang aku nak cerita, geng aku time sekolah.

Ini klik aku lepas pindah sekolah masa form 3. Tertubuhnya geng tak rasmi ni masa form 4 sebab 2tahun muka budak2 same je aku pandang. Nak muntah hijau sebab bosan pun dah tak lalu. haha.. Geng haram aku terdiri dari 5 orang ahli : aku (yang baek sangat tu..), nadia, nabila, anith & aliaa. Semuanya adalah makhluk2 perosak. Nodie pulak adalah free-lancer geng kami. Haa..kau jangan maen2..betapa establishnya geng kami sampai ade free-lancer haa....

Free lancer kita - cik Nodie, adalah makhluk perosak yang memang rosak sungguh laa.. Suka mempengaruhi orang supaya menjadi jahat. Naseb baek aku tidak terpengaruh..(yelah tu,fara..). Dia sangat sengal tapi sangat ramah juga. Kalau dia tak suke orang tu, memang habis la budak tu kene kutuk. wawawa.. Dia ni sempoi je. Sangat obses dengan Beatles & ala2 oldskol punya type. Jangan lar buat dia marah kalau taknak rasa belaian kaki di pipi anda.



Anith, aku, Aliaa, Nodie n adeq Nodie sebagai camerawoman pada hari berkenaan.


Anith adalah makhluk perosak yang paling rosak selepas aku. Dia kalau buat lawak memang muka langsung tak bersalah. Rasa macam nak pukul laju2 pun ade. Jarang la tengok dia marah atau menggelabah babun. Bak kata cikgu Sazali, Anith ini sangat cool orangnya. Cool atau kurang deria rasa, aku pun tak sure. Ngeehh.. Tapi dengan Anith kot otak paling boleh masuk. Sebab kami punya tahap gila agak setanding. wa3~


Makhluk kedua rosak.. rasanya Nab & Aliaa mempunyai tahap kerosakan yang setaraf. Kirenya kejam tak kejam, skema tak skema. Average la kirenye haa... Nabila sangat banyak bercakap, dan sangat laju. Kadang2 tak sempat nak dengar ape kejadahnya yang dituturkan, namun kami sangat musykil sebab dia sangat jarang sekali tersalah sebut walaupun bercakap laju. Haa..itulah bakatnya yang orang laen takde. Meanwhile, (cehh...) Aliaa pulak lebih suka menolong orang, yakni tolong gelak. Orang laen bercakap, dia gelak. Orang laen buat lawak, dia gelak. Orang laen makan donat, dia gelak. Walaupun sangat murah dengan senyoman dan ketawaan, tahap dia gelak tu menakutkan ok... Hadoiyai..Aliaa..kau bertenang sikit boleh?haha..


Nadia. Haa..ini la makhluk yang paling tak rosak sekali. Paling kurang bercakap, paling kurang buat lawak bodoh. Kadang2 orang gelak macam nak mati (especially Aliaa,of course~), Nadia ni boleh tersengeh2 je. Tu pun sambil tutop mulut. Bolehh?? Ok..itu pun bakat jugak kan. Bagus la Nadia ni, maknanya dia kurang la dosa kan. Tapi kalau datang time sengal dia, tolonglah jauhkan diri dari dia. Aku selalu kata, dalam ramai2 geng kitorang, mesti Nadia kawin dulu....

Nabila, aku, Nadia, Anith & Aliaa @ Nadia's Engagement Day! 





Haa...kan aku da cakap! Masin mulut aku haa.. Memang sah2 la perempuan sopan + pemalu ni yang di'booked' dulu. Nadia dah selamat jadi tunang orang, alhamdulillah, Tapi ini diikuti oleh Nodie ok! ( Sorry babe, aku tak datang majlis bertunang Nodie, maka tak ada gambar~).

Nway, wish the both of you a very2 happy long lasting relationship, and barakallah for you guys~


Owh..Anith, aku tau kau baru tukar pakwe haritu, n moga2 kau belajarlah apa2 kebaikan dari situ, juge buat Nabila. And to Aliaa, aku tau kau ada skandal! Baek mengaku!haha...~


Guys..saya sayang kamu!