Thursday, December 9, 2010

Untuk Kawan yang Makan Cili Rasa Pedas, Makan Cheese Rasa Gemok



Bismillah







Untuk kau,
Kenapa kau ni? ( Start-start terus membebel. kerut dahi~) Aku tau lah kau sengal. Aku pun sengal jugak. Itu normal. Tapi kenapa kena end-up macamni? Dah sepuluh kali aku cakap, jangan putus harap. Allah tu dengar! Tapi kau tak tahu Dia dengar! Aku lempang kau nak?



Aku ni bukan la nice girl. Sopan. Stok duduk kat kampung pakai kain batik, bersimpuh sambil mengait kain jadik gambar bunga ros kat beranda rumah. Jauh sekali ulang-alik masjid, qiamulail tiap malam. Tak. Aku tak se-perfect itu ok. Tapi perlu ke semua benda tu semata-mata untuk yakinkan kau yang kau akan ok? Semua masalah ada jalan keluar. Tak perlu lah kau nak meroyan-royan sambil tarik rambut dan berlari-lari kulu-kilir kat Jalan Chow Kit tuuhh..



 
Untuk kau pulak,Aku pernah buat salah. Buat dosa. Tipu lah kalau aku ni tak pernah buat dosa. Kadang-kadang dulu-dulu time kecik-kecik, aku mengumpat kau kat belakang kau, (err.....?) itu kan ke dosa namanya? Aku pun pernah rasa menyesal nak mampus untuk semua dosa-dosa aku. Janganlah.. Jangan sebab dugaan sikit, kau hilang arah.. Hilang semangat.. Aku sayang gila kat kau tau tak.. Aku nak kau happy. Aku nak kau yakin Allah tu adil. Dia bagi kau sakit, bersebab. Bukan saja-saja. Bukan Dia suka-suka nak susahkan hamba-hamba Dia. Benda ni basic. Kau kena kuat sikit.. Ni bukan kiamat. Masa kau panjang lagi. Allah dah susun cantik jalan hidup kau... Kau taknak lalui sendiri semua tu? 



Yang kau ni pulak,
Kalau kau nak banding-bandingkan diri kau dengan orang lain, jangan letak diri kau rendah. Salah tu bukan buruk. Kau ingat ni baik-baik.. Orang yang tak berbuat dosa itu, takkan pernah merasa manisnya taubat... Bukan aku suruh kau buat dosa pulak! Bangang,kan! Tapi kalau kau 'nampak', kalaulah kau 'sedar'.. Kau je tau betapa manisnya kasih-sayang Allah. Kau je tau betapa nikmatnya bila kau menangis sebab kau ikhlas mengaku silap kau. Kau akan lebih hargai waktu-waktu tu berbanding orang-orang yang tak pernah buat silap, dan tak tahu nikmatnya taubat yang sebenar-benar taubat. Tolonglah jangan putus harap pada Dia. Aku tak suka kau macamni..



Aku bukan kaunselor bertauliah. Aku bukan alim ulama'. Aku ada pengalaman aku yang mungkin tak sama dengan kau. Kau sendiri tengok macamana aku bertarung nak hidup. Kau sendiri nampak aku hidup lagi sekarang, bersenang-lenang tulis blog lagi. Kau pun boleh weh.. Jangan kata kau putus asa kalau kau taknak aku lempang kau. Kau selalu kata aku kuat, aku kuat. Tapi sekarang kau dah nak jadi bodoh macam aku pernah jadi bodoh dulu. Aku tak suka ramai orang bodoh dalam dunia ni. Aku nak kau sedar cepat. Family kau sayang kau. Kawan-kawan kau sayang kau. Allah sayang kau.., sebab tu Dia uji kau. Dia nak kau ingat Dia selalu. Aku pun... Aku pun sayang kau.



Aku sekarang ni memang cakap macam bagus sebab aku taknak kau sedeh-sedeh. Padahal aku mungkin sama hampeh je macam kau sekarang (pandai tak aku berlakon demi kau? kau terharu tak?). Aku pun akan perlukan kau kalau esok-esok aku jatuh lagi. Aku perlukan kau untuk ingatkan aku pada Allah, walaupun waktu aku senang. Kalau dah kita semua lemah, siapa yang nak kuat? Incredible hulk? Harimau Kuat? 



Tolonglah... Kuat sikit je..



 
Tolong jangan bazirkan airmata aku untuk kau boleh tak?
Janji dengan aku, kau kuat ...




Moral of the story : Dulu kau kata kat aku, sabar... Kau maki aku bila aku mula nak putus harap. Sekarang aku nak maki kau puas-puas. Padan muka kau. Sengal la.. Aku sayang korang tau takk 

18 tindakbalas kimia:

hanafijaafar said...[Reply to comment]

sob sob , aku mahu menangis jugak la....

kawan cik ungu said...[Reply to comment]

lan yusibana illa ma katabaAllahu lana...hua maulana...

cik ungu said...[Reply to comment]

hanafijaafar : hingus tu tak meleleh lagi tuhhh

cik ungu said...[Reply to comment]

kawan saye : err..mekaseh2. tp kasik translate aci?? weee..~

kawan cik ungu said...[Reply to comment]

aci kt india laa..

tidak akan tertimpa apa2 musibah ke atas diri kita kecuali apa2 yg telah ditulis Allah kepada diri kita...

hua maulana..=)

cik ungu said...[Reply to comment]

kawan saye : betul jugak tu..nti sy gi cri kt india

yeay..awk kamus bergerak! bolehla tuu~ tq!haha

Eda said...[Reply to comment]

sob..sob...rasa nak nangis mengingatkan kesalahan lampau...memang betul, orang yang tak pernah buat silap takkan dapat rasa kemanisan bertaubat..

jangan lempang saya!!...hehe..=)

James Buns said...[Reply to comment]

terima kasih.saya hargai. sob sob!~ haha

cik ungu said...[Reply to comment]

Eda : takpela nak nangis sebab menyesal salah sndiri kan.

ehh xleh la..sy nak lempang gakkk..bleh aa..huhuhu

cik ungu said...[Reply to comment]

James : huh? terima kasih? ape tu? bila nak bank in dlm akaun aku?

Anonymous said...[Reply to comment]

Dari Abi Hurairah ra, katanya: Telah bersabda Rasulullah (sallallahu alayhi wasalam): Mukmin yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai olih Allah daripada mukmin yang lemah, dan pada tiap-tiap (mereka) ada kebaikan. Bersungguh-sungguhlah kamu mendapatkan apa yang mendatangkan manfaat bagi kamu, dan pohonlah pertolongan kepada Allah dan janganlah kamu lemah, dan sekiranya suatu (musibah) menimpa kamu maka janganlah kamu mengatakan: Kalau saya melakukan itu (dulu) sudah tentu saya akan begini dan begitu, tetapi katakanlah: (Ini adalah) takdir Allah, Dia berkuasa melakukan apa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya “KALAU” membuka amalan syaitan. (Hadis Riwayat Muslim)

Anonymous said...[Reply to comment]

“ Ya (ALLAH) Yang Maha Hidup lagi Maha Mengurus segala makhluk, kepada –Mu sahajalah aku mohon pertolongan, oleh itu perbaikilah segala urusanku, janganlah Engkau serahkan diriku ini kepadaku walaupun sekelip mata” – Hadis Riwayat Al Hakim dan Al Zahaby

“Tiada seorang muslim yang berdoa dengan suatu doa yang tiada dalamnya dosa, atau memutuskan silaturahim melainkan Allah akan memberikan kepadanya salah satu dari tiga perkara: samada disegerakan kemakbulan, atau disimpan untuk diberikan pada hari akhirat, ataupun dijauhkan keburukan yang sepadan dengannya”. (Riwayat Ahmad, Al-Bazzar dan Abu Ya’la dengan sanad yang sahih).

"Allah the greatest Planner"

asfira aminuddin said...[Reply to comment]

aku sayang kau jugak sbb tu maki hamun mmg nasihat terbaik. haha!

wawaZIBANG said...[Reply to comment]

Actually memaki hamun memang baik tp maki sebab nk menyedarkan la yer .
Hekhek :)

Penuh emosi entry nie yar . Seremmm ~

cik ungu said...[Reply to comment]

Anonymous peminat setiaku : statement awk patut sambung bawah entri saye. nak stokeng. tq~

cik ungu said...[Reply to comment]

asfira : huhhh...tu da terlebeh kaseh syg sgt dah tuuu...

cik ungu said...[Reply to comment]

wawa : ye bettooolll..hhuh..nak cakap berlapik2 sgt kang x smpai mesej lak. kawan lak stok lembab je masing2 kan. kene direct skit la.huhhu

Clara Cutez said...[Reply to comment]

BAVETLINE Agen Judi ONLINE
Bavetline Agen Judi 30%
Daftar
Bonus
Deposit
Withdraw
Peraturan
Prediksi Bola
BAVETLINE Deposit Awal 30%
BAVETLINEOKE Deposit Awal 30%
BAVETLINE TERPERCAYA Deposit Awal 30%