Sunday, November 7, 2010

Untuk yang bersusah-payah untuk aku

Bismillah



Ok. Entri kali ni aku mengelakkan unsur2 merepek dan menggugat iman. Sebab ini serius, ok. ( Sila buat ekspresi serius sekarang dengan mengerutkan dahi anda. ) Lagi seminggu lebih nak Raya Haji. Aku pulak tengah berjihad nak final exam (tidak termasuk saat menulis blog ini.). Mama and ayah pulak tengah berjihad kat tanah suci sana. OK bukanlah mama and ayah aku tengah angkat meriam and tunggang kuda nak serang Israel ke ape, tapi tengah tunaikan rukun Islam kelima. Memandangkan last paper kat sini on 15th, maka berbondong-bondonglah member-member excited sebab boleh balik celebrate Raya Korban kat kampung masing-masing, dan aku terkulat-kulatlah terfikir aku nak sambut dekat mana? dengan siapa? Tak rasa loser ke tak ada arah tuju nak beraya sedangkan aku bukan sorang aje kat dunia ni? gaya macam sebatang kara je,kan? haha..poyo.

Sebenarnya entri ni ditaip sebab sangat rindu kat ummi and abi ku. Uuu... 2 malam lepas, mama hantar SMS,

- Salam. Sehat? Exam mcmana? Kami sehat kat sini. Jangan tinggal solat. Doa banyak2. Miss u all (Amboi mama aku speaking).

Owh..dan aku baca sekilas dan terus menderu-deru airmata aku macam Air Terjun Menderu. (dan saat aku taip sekarang ni pun aku terasa ade 3-4 titik airmata jatuh. Aghh..! Tak Ironlady sungguh! )

- ...Jangan tinggal solat. Doa banyak2...

Macam biasa, pesanan macam ni lah yang buat hati bergetar. Walaupun mama and ayah pesan dari rumah aje pun mesti sebak je rasa. Masa tu mula lah terfikir alahaii..kasihannya mama aku dekat sana. Mesti terganggu ibadat dia sebab risaukan anak bujang dia sorang yang terkapai-kapai kat sini. Sorry mama..
Tapi bila mama call kali ni, mama dah tak menangis bila cakap dengan aku. Masa diorang pergi 1st time dulu, mama call and menangis cakap dengan aku. Yelah, mesti dia teringat and rindu and risau sebab aku sorang kan. tapi sebab sekarang aku dah besar kan.

Aku pun reply lah SMS yang menelan kos 40sen ke 50sen/SMS tu ntah. Tapi relaaaa.. Ni kalau nak SMS harga macamni kat member, jangan harap!Rela aku tulis surat and pos!

Mama.
Memang macamtu.

Mama bukanlah ustazah.

Rock kapak jugak kadang2.

Suka je melagha.
Petang2 takde keje, "jom teman mama jalan2 tengok tudung". Dan bila balik, mama bawak plastik berisi tudung baru, ayah tegur "ni buat ape lah beli tudung banyak2 sampai membazir. Dalam almari tu dah penuh tudung sampai roboh. Kan elok duit tu sedekah kat orang miskin. Ni nak kumpul tudung banyak2. Nanti kat akhirat Allah tanya mana pergi duit?" Aku memang setuju pun dengan ayah sebab aku pun tak rajin nak membeli2 ni. Tapi aku layan pulak la mama kan.Haha..lepastu mama tersengeh2.Hee...mama memang sungguh comel!Perempuan sahaja yang faham. kan perempuan2 sekaliann..?huu..

Mama yang tengok hindustan sampai nangis2. (hek eleh...)

Mama yg tiap2 malam duk buat Sudoku tu sampai dah ada 9siri dah buku tu kat rumah.(Ok..nangis la lagi!)

Mama yg mengaji guna meja kayu kecik tu, pastu atas meja tu ada tampal nota2 tajwid dia.Sumpah comel!

Mama yg pernah satu tika dulu penuh dengan semangat 'Mawi World' pastu terus hilang ditelan waktu dan bila aku tanya "mama dulu minat gile mawi kot?", dan mama jawab "tu duluuuuuu..".

Mama yg rajin beli pencuci tangan liquid berbagai bau sebab orang2 rumah ni memang rajin basuh tangan!

Mama yg tiap kali aku SMS dr hostel atau cakap "Mama, weekend ni masak laksa Johor,ea mengidam!" atau "Mama, nak makan Puding Roti (sumpah puding roti mama aku sedap nak mati ok!) esok!" or pelbagai lagi sindrom mengidam yang aku hadapi (juga sindrom mengidam oleh Along and Angah aku), mama akan kate "Pergi kedai, beli itu,ini, begitu,begini, bla..bla..bla..", dan selepas semua bahan tersedia, cuba tutup mata...bukak balik..PLING!! Dah siappppppp!~

Mama yg tengah sibuk memasak, membasuh, and tiba2 (waktu tu aku 8tahun) aku pergi dapur terhuyung-hayang, mama letak tapak tangan dia kat dahi aku dan pucat muka dia bila badan aku sangat panas. Dan mama baringkan aku kat bilik dan basahkan tuala kecik, letak atas dahi. Aku pulak menangis2 sebab tak tahan sakit sedang bersaing dengan ikan dalam kuali untuk mendapatkan attention dari mama, dan sah2 la kerana kasih ibu sampai ke syurga itu menyebabkan mama berlari2 datang ke bilik bila aku menangis kuat sebab aku termuntah2. Dan mama kata "tahan sikit ye,sayang..makan ubat,tidur ye" dengan apron tersarung di badan dan peluh2 di dahi sebab panas bahang kuali dan tak menang tangan nak jaga satu rumah. (Menangis lagi la pulakkkkkkkkkkk...Aghhh!)


Tapi sampai sekarang still ingat lagi pesanan mama..,

"Susah macamana pun kau orang, jangan tinggal solat..."

Ye,mama. InsyaAllah tak... (airmata menitik-nitik..Gelabah kau,fara..)




Ayah tak pernah lagi SMS tanya khabar. Busy kot. Yela,kan. Lagipun selalu kaum ibu-ibu je yang sensitif bab2 macamni. Kaum lelaki kan tak reti tunjuk. Rindu kat ayah...  Semalam balik rumah sekejap ambil baju kurung, naik atas, sunyi je. Maklumlah tak ada orang kat rumah. Kalau tak tu, balik rumah je, mesti naik atas and nampak ayah melepak nah depan TV sambil baca kitab, takpun tengok Astro Sport, takpun baca surat khabar, takpun tido! pastu terkocoh-kocoh bangun mandi and pergi surau. Sejak-sejak dah pencen, ayah memang 5 waktu kat surau. InsyaAllah kalau tak ada hal, dia memang tak miss. haha..ayah.. Lelaki yang paling aku salute, adalah ayah.Siap masa kecik2 dulu berangan kalau aku kahwin esok, nak lelaki macam ayah. Penyayang, kelakar, sporting, tapi beratkan hal2 agama.

Ayah waktu aku kecik sampai dah besar ni suka sangat tanya teka-teki bodoh, dan kerana aku memang bodoh, aku pun layanlah. haha..Lepastu kalau aku tak reti, dia sendiri bagi jawapan dan dia sendiri gelak! Sedang aku terkial2 sebab tak faham mana lawaknya?

Ayah yg time aku 4tahun dulu, aku suka main lompat2 dari satu batu besar, ke satu batu besar (time kat kampung), dan entah macamana tersalah step, kaki tak cecah batu, tersungkur lalu dahi pulak yang cecah bucu batu. dan aku dengar suara ayah menjerit " Iqaa!!!" dan kemudian aku nampak bende merah meleleh and tutup mata aku, and kemudian aku rasa pening2 lalat dan rasa kepala aku dipangku and didukung, dan kemudian aku sedar2 aku dalam kereta on the way balik dengan dahi berbalut bersama 4jahitan.(padan muke!..takleh duk diam sangat..haa lompat la lagi!).

Lepastu kalau dalam kereta, ayah bukak cerita2 sirah Nabi, takpun ayah rewind and copy paste ceramah2/tazkirah yang dia dengar kat surau sebelum2 tu.
Atau kadang2 ayah bukak cerita politik yang membuatkan aku terpinga2 sebab tak faham sangat,
ataupun sekadar bukak topik ringan2 seperti pisang goreng warung si polan itu mahal tapi kecik.


Ayah yang sangat fleksibel.


Sumpah rindu mereka berdua itu.. Lepas solat selalu doa Allah ampunkan mama&ayah. Allah kurniakan keselamatan & kesejahteraan diorang kat sana. Permudahkan urusan. Pergi dah selamat, mintak2 balik pun selamat.


Ok..kenapa aku ni bergaya macam sebatang kara,kan? Padahal cuma sebab tak tahu nak beraya dengan siapa je. Nad offer ajak beraya dengan dia. "Kau tolong buat air kat rumah aku sebab ramai orang datang."(diikuti gelak ketawa yang seram). Owh Nad..kau memang hampeh!nad! Adakah malam ni nak pergi usrah? Atau tengah kelam-kabut study paper Advanced Taxation esok?atau Accounting in Islamic banking lusa? atau Corporate Finance tulat? Haha..Gudluck, friend~


Mama and ayah,
pagi raya nanti jangan call tau..
Taknak cakap dengan korang..
Sebab nanti nangisss!!
Huuwaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

10 tindakbalas kimia:

kobEj0rdan~ said...[Reply to comment]

meh abg ko pesan pulak:
solat jgn tinggal, doa kan ibu bapa jgn lupe(penting2, sbb dorg sure doakan anak mereka). jaga diri, hiasi peribadi, Quran bace biapon sepotong ayat sehari:)

cik ungu said...[Reply to comment]

huwaaa...makin sedehh..huhhuh!~
InsyaAllah.mekaseh ncik kobejordan~ Hee.. :D

khaifaiz said...[Reply to comment]

mak ai panjang menjela tp suka entry ni... ada unsur nasihat disebalik cerita... (ke aku yg paham lebih ni) ngeeee~~

cik ungu said...[Reply to comment]

memang kau melebih!hahaha..(carik gaduh..) Uuu...janganlar..aku sedeh ni haa..

gnesop.com said...[Reply to comment]

sememangnya doa ibubapa sentiasa bersama kita..
begitu jika bila kita jadi ibubapa nanti yer..

cik ungu said...[Reply to comment]

gnesop: huk..betul2.mekasehhh!~ :)

asfira aminuddin said...[Reply to comment]

wah, i pun rindu kat family jugakk! xpe, lagi seminggu je, then bole balik umah and hilangkan rindu puas-puas.

btw, mak-mak mmg suka nangis kalo tgk cite menyayat hati kan. hihi.

cik ungu said...[Reply to comment]

Asfira : tau xpeee..kalau tengok bab kene bunuh2 xpe jugak, ni tgk hero xdpt kuar datink ngan awek sebab tersepak batu tgh jalan n cedera parah pun nak nanes...xpaham aku!hahaha

James Buns said...[Reply to comment]

1 benda bila gua tea`nang semua entire lu...

1 benda yang gua rasa patut lu dapat pujian.

1 benda yang gua tak nmpak dekat mana2 belog lain

Lu ada tulis mulakan dgn nama ALLAH SWT.

:) RESPECT DAN SUSPEK lu ank ustaz. !

ha

cik ungu said...[Reply to comment]

james : tengok! lu puji je wa, terus latest entri wa lupe letak Bismillah. Adoii.. wa bukan anak ustaz la ngek! memandai je! Sebab wa takut wa tulis benda2 yg menyakitkan hati orang je. hati lu sakit takpe.miahahaha..