Friday, November 19, 2010

Sejarah Mungkin Berulang (*Ihsan Tomok New Boyz)



Bismillah





Harini genap dua bulan dua hari aku ber-blog. (ye ke?) total 20 posts. (tolak entri yang ni). (so what?) Aku tau informasi-informasi berikut takkan keluar dalam soalan exam korang. Sebab korang bukan peduli pun pasal aku,kan? Aku cukup makan ke tak, ade korang kesah ke? Hah? Ade? * kerut dahi..(emo,kan? Nak tampar aku tak?)


Hmmm.. entri ni tak ada motif khusus. Just nak celebrate Happy 2nd month Anniversary Blogging untuk aku. (informasi jahanam yang tak berfaedah). Ade sorang mamat turun dari Planet Utarid, suruh aku buat entri bersifat Gay. (ok, kerut dahi skrg!) Aku yang lurus-bendul tulus-mulus (yang kudus yang mulus! haip! *M.Nasir) ni pun macam blur-blur la kan. Ahh ape aku merepek nie!


Ok,tukar tajuk. Sepanjang perjalanan berblogging ni, ade orang kritik entri aku, ade yang ajak argue, ade yang suke, ade yang duke tak suke, ade yang kata "owh saya sukaaa~", ade yang kata "owh boleh blahhh~ *sakit perut pulakk...kejap..!



..........................................................................................



ok sambung. Aku pun most of the time sengih je la kan. Orang suke, aku reply. Orang tak suke pun aku reply. Aku cuba la buat ayat seramah boleh (walaupun hati mencarut dan keyboard aku tenggelam sebab menaip kuat-kuat). Aku tak boleh la nak buat semua orang suka aku. Kadang-kadang ada orang tak suka sebab entri aku. Kadang-kadang orang tak suka bahasa yang aku pakai. Ada jugak tak suka sebab aku kasar. And ade jugak yang tak suka aku sebab rupa aku. (ape kess?? Kau nak aku gi wat surgery?? Lempang kang haa..) Tapi boleh pulak ada orang tak suka aku semata-mata sebab rumput kat rumah aku tu hijau subur. (ok ni takde kene-mengene). Paling tak boleh terima kalau orang tiba-tiba tak suka aku tanpa sebab! Haa..ni stok nak kena terajang la ni (Fara..jangan kasar-kasar..orang tak suka tau!) Miahaha.. Aku tak boleh buat apa la sebab dari kecik memang kasar sikit. Bukan la aku kejam sampai bunuh kucing jiran aku, tapi benda ni kan naturally developed (cubaan speaking). InsyaAllah esok-esok berubah la sikit-sikit. Masa kan merubah seseorang. Doa-doakan la, bukan duk mengata je kat belakang. Simbah asid kang haa..(Faraaa..jangan kasarrr!!)


Aku tak tau la sampai bila aku nak berblogging ni. Baru sebulan ni. Kalau aku dah kawin esok (bajet laku..), dah ada anak, ada kerja, ada aku kesah ke pasal nak blog2 ni? Istiqamah kah aku dalam arena pembloggan ni? (Aku tak suka betul la bila bercakap soal-soal serius macamni. macam tak sesuai dengan aku yang lagha ni. Haishh...)



Cakap pasal lagha...ehem!






Dulu semua tengah kemaruk dengan Friendster.






 Lepas tu beralih arah pergi Myspace pulak.









Then, muncul pulak Twitter...






...yang pastinya nanti akan lapuk dek hujan, akan lekang dek panas.





Lepas tu semua murtad pergi kat Facebook pulak...




...meninggalkan Friendster dan Myspace terkontang-kanting...








Habis madu sepah dibuang.







Lagi 3,4 tahun entah apa lagi laman sosial keluar.






semua pakat tinggalkan Facebook dan pergi ke bende alah baru tu pulak.










Habis akaun korang yang berlambak-lambak sebelum ni dibiarkan melukut di tepian gantang (kerut dahi). Kalau sume laman sosial tu pakat nak larikan diri dan tubuhkan satu negara, aku rasa satu planet baru pun diorang boleh duduk. Dah sorang manusia boleh ada sampai 2,3 akaun, yang entah apa tujuannye entah. Satu akaun untuk public, satu akaun kongsi dengan pakwe/makwe, and satu lagi guna nak buat stalk skandal yang korang admire (sape makan cheese, die rasa gemok). Dan apelah yang aku merepekkan niiieeeeee???!! Hadoiilaa.....


Moral of the story : Bayar Broadband korang. nanti susah nak melagha. (pesanan ditujukan khas untuk aku sendiri)

12 tindakbalas kimia:

asfira aminuddin said...[Reply to comment]

haha! cuti2 ni mmg dah jadi mereng kan. i pun ada suma account tu. tapi da delete! tinggal fb and blog je. i ketagih blog skang. tunggu busan nnt.

cik ungu said...[Reply to comment]

asfira : tau xpee...i xtau la ape akaun yg i ade. akaun bank je kot. tu pun x brape nak aktif sgt sebab duet takde. miahahah.

James Buns said...[Reply to comment]

ah...cik ungu..hampir jadi entire gay.. keke..

"KEEP UP GOOD WORK BEBEH"

bukan senang nk dapat motivasi membina daripada bran pitkan..

U can diskus what kind of entire gay yg lu nk kluarkan dgn gua.

gua bleh kasi Point.lu karang.jgn lebih 360 pth perkataan ok. haha

3 minit habiskan masa baca entire ni. =_=

khaifaiz said...[Reply to comment]

peh panjang gilo entri.. khai bkn species yg bersosial.. so cume ad facebook je.. tu pn sbb PM kte dah ada FB... ekeke

cik ungu said...[Reply to comment]

James : ehhh mamat nie..sumpah dow..aku tak faham amende yang kau dambakan dari aku sebagai entri gay..(haa..kan ayat da macam hareemmm..).

mane de 3 minit. lu mengeja mmg aa 3minit.hishh..

cik ungu said...[Reply to comment]

khaifaiz : orang FB pun belum pernah bernafsu nak buat. Biase la..orang zaman gua batu memang cmni..miahahah

SYAFIQ TENGKU said...[Reply to comment]

ahahhaha...nak gelak jek..xnak komen ape2..boleh kan kan kan

cik ungu said...[Reply to comment]

syafiq : mane blehh..gelak pun kene bayar gak laa..pat2!

aqilah mohd ali said...[Reply to comment]

bt0l 2.. aiseh.. k0ntang la duit..HEHE

Encik Luncai said...[Reply to comment]

luncai ada sume acc yg tersebut di atas..tp guna FB je..skang FB pun dah bosan..haha

cik ungu said...[Reply to comment]

aqilah : haha..kontangkanlah duitmu demi sesuap internet..huh?akekeke

cik ungu said...[Reply to comment]

Luncai : habis kalau FB da bosan? kite jadi FBI plak..(ade hubungkait ke?)