Tuesday, November 16, 2010

Momok




Bismillah






Nmpak x?Pe yg korang nmpak?
Ape? Tak nmpak?
Aku pun tak nmpak!!


Sekarang aku kat rumah. Rumah yang dah ditinggalkan berminggu-minggu kosong sebab parent aku pergi haji kan. Malam tadi sampai rumah, whooosshhh...~ (bunyi angin bertiup dan bulu roma meremang).


Dengan rumput panjang macam ladang penternakan lembu-lembu kacuk New Zealand, daun-daun kering berguguran di sana sini memenuhi porch kereta tahap dah jadi carpet, pokok-pokok menjalar menutupi bumbung kayu pagola, tiba-tiba lembaga putih tegur "baru balik ke..." aku melangkah masuk rumah dengan, sumpah, berdebar nak mati! Gila tak sedap hati ok.


Aku pun masukkan kunci kat tombol, putar, jilat, celup! dan terbukalah pintu rumah aku yang dah berabad tak buka tuh. Dengan langkah kanan aku masuk bagi salam.



"Assalamu'alaina wa'ala ibadillahi solihin.." ...........................seram.............................~




Boleh pulak aku naik bilik, tiba-tiba anak jiran belakang 'jadi' lagi. 'Jadi' here means Histeria.(kerut dahi) Dah bertahun-tahun macamtu coz dihikayatkan oleh jiran aku, katanya jiran aku tu (perempuan remaja) kene 'buat' dek orang (kerut dahi berserta menganga mulut dengan luas). Ok... kejadahnye aku balik rumah malam ni!!?!  Aku pulak sorang-sorang. Perempuan lagi.  Tapi terlajak perahu boleh diundur, terlajak kereta ade gear Reverse, tapi terlajak tindakan? Ape kau boleh rewind? Malam dah larut. Dah pukul 12++. kalau tak tidur dalam rumah, nak tidur mana? Hotel Concorde belakang rumah tu? Kalau harga bilik kat situ dalam RM3.50, standard harga mi hailam kat cafe hostel aku, boleh la aku sewa satu level haa sekali dengan stor2 skali.. Aku letak barang-barang dalam bilik, bukak laptop, pasang ayat-ayat Quran bergema satu rumah. Amat malanglah bagi mereka yang mengalami situasi seperti aku tapi laptopnya dipenuhi lagu-lagu black metal semata-mata. (macam bagus je aku ni...Ahhh..!). Pastu dah tak dengar lagi jiran aku menjerit-jerit. Aku tertido dengan laptop terpasang.




Pliingg!!! Owh dah subuh! Hantu takde? Ok cantek! Aku pun senyum lalu melalui kehidupan seperti biasa. Sekian.







Moral of the story : Jangan lupa bayar bil elektrik anda tiap-tiap bulan. Keadaan mungkin akan jadi lebih jahanam andai rumah aku malam tadi takde karan. (pejam mata dan bayangkan..........~)

8 tindakbalas kimia:

Yellow LEOpard said...[Reply to comment]

hohoo..seramnye cite

cik ungu said...[Reply to comment]

leo : celah Bedah manenye ntah yang serammm...miahahaha

Luncai said...[Reply to comment]

gambar entiti tu kat umah cik ungu ke? pandai jugak entiti tu pose..hehe

cik ungu said...[Reply to comment]

luncai : owh ncik luncai nampak ke gaye posing entiti tersebut? gila ah..saye haram x nampak apape pun..melampau betul tahap rabun sy. owh tu bukan kt area uma sy tu.kalau tu umah sy, tentu2 la sy da pindah tempat laen,duk berjiran ngan awk.huhuhu

cHempaka dewi said...[Reply to comment]

menakutkan la!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

cik ungu said...[Reply to comment]

chempaka : elelee..tipuuu..mane de takot pun.susah2 je amek hati i..weee..~

hanafijaafar said...[Reply to comment]

abestu kalau duduk umah sorang2, pagi raya buat apa je?

cik ungu said...[Reply to comment]

hanafijaafar : pagi raye kite gi beraye lar umah makcik pakcik.merempat jap.hahuahuau~