Tuesday, November 30, 2010

Dulu kau kecik. Sekarang kau kecik jugak.



Bismillah





Aku habiskan masa seminggu aku kat Kerteh, Terengganu. Tempat aku sekolah. Tempat aku first time belajar sifir time darjah Satu Mutiara, yang bila cikgu tanya " 7x2 berapa? ", lalu aku pun cepat-cepat kira satu-satu guna jari yang aku sorokkan bawah meja (taknak orang tau matematik aku bangang nak mampus), kemudian angkat tangan cepat-cepat jawab " 14!! ". Dan lepas tu baru aku boleh keluar rehat. (Kejam gila..)

Masa kat sana seminggu lepas, aku hang out dengan budak-budak sekolah rendah. Gila happyyyyyy...!!!!! Perangai tak berubah (sengal macam dulu jugak..Bila nak matang ni korang..?)




Cik Alia yang bertudung merah nieee...


Ni Alia. Geng sejati time darjah 6. Time tu sama-sama masuk pertandingan menari. Pulak tu lagu taknak kalah. Menari lagu Ops! I Did It Again ! Macam hareemmm... Gaya time tu semua bajet Britney Spears je. Aliaa..!! Aku maluu..!!! Tapi papehal pun, aku kalah dengan Alia sebab Alia is officially taken. Kalau wedding kau esok aku perform dance Ops! I Did It Again! tu, agak-agak kau halau aku dengan penyapu tak, Alia??


Satu malam aritu tido rumah Alia. Teman dia sorang-sorang, And thanx to you, Alia, for listening.. And for crying with me. Sayang kamo! Darjah 1 sampai sekarang, saiz kau sama je wehh.. Jadi title entri ni memang khas sempena saiz kau. Miahahha..!~


Dinner angkut Nik Nadira. Gila bapakkk, kurus nak mampus ok Nik sekaranggg!! Makan pantang, jogging pulak lagiii.. Haish.. Tak kuasa sungguh la aku nak berwawasan seperti dirinya. Kalau aku gemuk, aku pasrah!~
 


 
Yang pakai spek tu Nik Nadira. Kat sekolah dulu garang nak mampus ok!



Cik Alia & Cik Nik




last day kat sana, hang out lagi dengan Alia and Izati. Owh sakan!~ Gaya macam lupa laki dan anak-anak di rumah. Izati ni aku kenal dari darjah 1 lagi. Dan dia la makhluk pertama yang tegur aku masa first day aku pindah sekolah sana. Ingat lagi dialog dia,, "Hai kamu! Kite Izati, ni Shariah..! " dengan sengih tak bersalahnya. Katanya, dia nak kawan dengan aku time tu sebab aku lukis gambar dinasour, comel. Bengong tak bengong??



Yang pakai spek ni pulak Izati. Anak Imam ni, jangan maen-maen~



And Alhamdulillah sampai sekarang pun kitorang still contact, still boleh hang out macamni. Almost 15 years bolehh?? Happy sangat-sangat still macamni sekarang. Bila dah duduk balik, kuar la cerita gosip time sekolah yang membuatkan diri rasa nak carut diri sendiri. Betapa bangangnya aku zaman sekolah dulu.


 

  
  

     



Thanx korang meraikan aku kat sana. Ruginya yang lain bz nak final. kalau tak lagi banyak boleh diumpatkan secara berjemaah. Sayang kamo!~






Moral of the story : Aku takde fb pun boleh reunion apeeee.... (ayat orang takde fb gini arr...)




26 tindakbalas kimia:

James Buns said...[Reply to comment]

facebook lagi gampang dia punya buang masa.

lebih baik menulis di sni.

syrupmasin said...[Reply to comment]

reunion kecik2 la nih..baguss :)

LinE PuTih LiNe HiTaM said...[Reply to comment]

semua comel.. 4 thump up (2 lagi pakai jari kaki) hee

Yellow LEOpard said...[Reply to comment]

seronok nye dapat reunion..:)

alienelliz said...[Reply to comment]

wah..best gila dapat jumpa same2..hehe

eh, nanti mse ell kawin nak mintak menarik boleh?..cam gempak je..Ops! I Did It Again!...haha

Bambam said...[Reply to comment]

great friendship! smoga kekal selamanya :)

cik ungu said...[Reply to comment]

James : kau saje kan nak amek hati akuu..padahal dalam hati kutuk aku kuno xde fb..miahahaha

cik ungu said...[Reply to comment]

syrupmasin : hueheu..reunion tak terancang. Alhamdulillah la dpt jumpe balik. hee..

cik ungu said...[Reply to comment]

Line putih line hitam : hahah...mekaseehhh..meh tambah jari sy lak lagi 4! 8thumbs up! yiieeehaa!!

cik ungu said...[Reply to comment]

yellow leopard : tau xpeee..sape suh kamu tak ikut saje masuk darjah 1 kat sane..hehhe

cik ungu said...[Reply to comment]

alienelliz : eeekkhhh!!! kalau ell nak tengok pelamin anganmu musnah ke roboh, suruh la org mnari. memang kene baling ngan telur n nasik minyak la jwbnye.

cik ungu said...[Reply to comment]

Bambam : yup! Hope so! thanx babe~ weee..~

khaifaiz said...[Reply to comment]

200 biji telur kali dua juta bekas berapa ek cik ungu

cik ungu said...[Reply to comment]

khaifaiz : walaweehhhh...! jap2! aku gi carik kalkulator..!~ *iyah2..!~

asfira aminuddin said...[Reply to comment]

amboi! melaram sakan je korg! cis! jeles! nak hangout gakkkkk!

cik ungu said...[Reply to comment]

asfira : jom laaaaaaa!! sape suruh duduk shah alamm!!hahahaha..nanti naek sem kite hangout ek! hangout kat kiosk hafsa. hahah loser gilaaa..weee..!~

Nadia Hanim Nasser said...[Reply to comment]

awwww!friendship is the only ship that will hardly sink!appreciate it k. :)

thanks for following both of my blogs.blog yang www.lukisanhatipelangi.blogspot.com tu khas utk my coretan je mcm puisi,short story ehe.yg lagi satu tu baru utk daily life!

cik ungu said...[Reply to comment]

Nadia : right~ friends dead! but friendship lasts!~

waahh...banyak2 blog ni dah tahap artis nehh..cayalahh!~

Rosilawati Abdul Majid Al-Ya'kubiyy said...[Reply to comment]

Salam..
Bersahabat itu indah. Jadilah sahabat yang seumpama penjual minyak wangi,yang dapat melempiaskan wanginya kepada sahabat yang lain (bermaksud : erti memBERI kepada sahabat. Manfaatkan masa berkawan).

cik ungu said...[Reply to comment]

Rosilawati : sukaaaaaaaaaaaaaa....waa... dah rindu da kat merekaa..isk3..

mR KimEy said...[Reply to comment]

hahaha bc entri mula2 teringat masa dulu
tersenyum sendiri
sapa nak rehat kena jwb sifir dulu
adoii

apa2 bgs kwn2 awk tue semua leh jumpa
bkn senang nak jumpa kwn2 lama balik

cik ungu said...[Reply to comment]

mr kimey : tau xpeee...time org lain ckgu tanya senang2 je..2x2, 5x2, 4x2,..smpai turn saye nah kauu..bagi yang belas2. terbayang2 kira jari kaki sekali.huhuhu..

Encik Luncai said...[Reply to comment]

best bila jumpa kawan2 lama..kenang zaman budak2.mesti gelak bagai nak rak

Anonymous said...[Reply to comment]
This comment has been removed by a blog administrator.
cik ungu said...[Reply to comment]

Luncai : tau xpe..mesti inchek luncai menyesal tak same sekolah ngan saye..miahahahha

cik ungu said...[Reply to comment]

Alia : i lap u too bebehh!!! huhuhuh..ko memang. sebengap-bengap aku takde fb, bengap lagi kau nak klik komen pun tak reti.miahahah