Wednesday, December 29, 2010

Malaysia menang, tapi kenapa ucap Tahniah kat aku ??






Bismillah 




Taknak cakap panjang. Aku copy-paste sebijik entri aku yang sebelum ni. Ade kat bawah. Hahahahaha!!!! Gila ahh... Terima kasih kepada kawan-kawan yang sanggup berduyun-duyun SMS aku serta YM semata-mata sebab nak ucap..



 "Tahniah fara!! Lawa Fahmi safe bola!!"



..Walaupun pada hakikatnya aku tak ada kena mengena langsung dengan hidup dan mati mamat tuh. Muahahahah!!! Sengal sungguh korang ni. Bikin aku malu-malu tenuk aja. 




Moral of the story : Ok, dah boleh simpan lampu laser masing-masing ye. Mekasehhh...







   

Wednesday, December 22, 2010

Aku yang frust!





Bismillah






Aku kat ofis di kala pagi yang hening ni. Hajat di hati nak berak, tapi rasa tak selamat je berak kat sini. Nak jugak berak kat toilet kat rumah. Gila apa nak ulang alik balik Shah Alam semata-mata nak berak. Ape aku pengotor sangat nehhhhhhh!!!



Pagi ni baru ada masa nak bukak blog. Baru ade masa nak reply komen (Tak rasa menggelabah dan bajet Britney Spears kah aku cakap camni?). Tapi hati aku remuk redam dek angkara komen Eiykin yang mendedahkan siapa awek Khairul Fahmi aku (dah jadi ex! ;p). Kau memang dengki kan!! Walaupun Hanafi Jaafar cuba memberikan aku buah dada fikiran yang tak berapa nak bagus sangat, terima kasih kerana menyokong saya. Saya terharu.



Aku dah bazirkan 10minit waktu bekerja. Tidakk!! Aku nak jadi pekerja berdedikasi!!!

Jadi tak gaya kecewa aku?


Kroohh..kroohh...!~     





Moral of the story : Jangannn cubaa merayu lagiii..
takkan ku ulangiii berchenta denganmuuu....






Saturday, December 18, 2010

Khas untuk Khairul Fahmi si gol keeper Malaysia






Bismillah










"Weh Fahmi,

Aku macam minat kat kau la. Agak-agak kau minat kat aku tak? "








 
Ehh mane ade garang, Dgn aku dia lembut jek.


 
Ni time aku teman dia training



Gambar dari simpanan peribadi aku. Sila ber-syakwasangka
.








Moral of the story : Member-member yang baca entri ni, terasa nak terajang aku tak.?

Wednesday, December 15, 2010

Sorry, artis bajet seperti aku memang bajet busy~





Bismillah





Owhhh...Aku baru ada masa nak menulis (saje je buat ayat konon macam aku CEO). Isnin yakni 13/12/2010 adalah first day aku sebagai trainee. Aku malas je nak update hari first aku sebab khaifaiz kata haritu "bapak bosann!" Hambek kauuu!! Bangga tak? hahaha~





Hari pertama : 

9.00am - 12.45pm : Kena interview sikit-sikit. Menipu sikit-sikit, dan terkantoi banyak-banyak. Cehhhss......

2.00pm - 4.30pm : Duduk menyengih je atas meja masing-masing. Aku, Nad dengan Fathi tak kena buat apa-apa. Hatta buat secawan kopi sekalipun (sebab kopi takde). Bagus jugak sebab kalau aku buat kopi nanti sedap sangat pulak. Tak pasal-pasal naik pangkat jadi pengurus di hari pertama.

4.30pm - 5.45pm : Baru dapat kerja 'pembuka selera'. Susun dokumen-dokumen dalam fail je pun! Ikut jenis borang dan buat bookmark sekali. Bunyik senang kan?? Tapi korang tengok sendiri berapa lama aku buat menatang tu? Bangang,bukan?



Hari kedua :

9.00am - 10.00am : Macam biasa. Duduk menyengih dan merepek dengan budak-budak trainee lain (ada lagi 5 orang).

10.15am - 12.45pm : Hari kedua dah kena pergi sana-sini. Bos suruh pergi SSM ambil printed maklumat syarikat client. Pusing-pusing sampai SSM. [ Part ini perlukan PERHATIAN !!!] : Bila dah sampai, nak naik lif. Bila nak masuk lif, Nad, member aku sambil nak masukkan kunci kereta aku dalam handbag dia. Trapp!!~ Owh, dia terslip kunci kereta lalu jatuh betu-betul celah lubang pintu lif. Terus hilang ke bawah bumi. Perasaan waktu itu : Nak terkejut takleh, nak marah takleh, nak sedih pun takleh. *Blur ~ Pandai-pandai Nad setel, aku ngan Najwa naik atas setelkan hal ofis dulu. Kesudahan : Aku balik tadi naik kereta.

2.00pm - 3.00pm : Isi buku certificate, registrar dengan minute. Kalau tak faham kerut dahi je. Sebab masa buat semua tu pun aku kerut dahi. 



Harini : 


9.00am - 11.00am : Menyengih kat meja buat kesekian kalinya. Baca nota-nota yang bos lambakkan atas meja. Kacau Nad.


2.00pm - 6.00pm : Buat bank reconcilation bersama client account. Tak tau apa benda alah tu semua? jangan risau.. aku pun tak tau. Hahahah!~



* Bos : Haa.. esok buat tax pulak!
  Aku : (*kerut dahi)




Moral of the story : Haaa...kan dahh. Dulu kecik-kecik mak suruh kau belajar rajin-rajin, kau pegi tendang punggung anak orang! Kan besar dah bengap. Balasann!!



Sunday, December 12, 2010

Wahai budak-budak NERD ~

Bismillah








                                     Biar selekeh tapi pandai,


          Daripada macho, tapi bangang !




nerd
· n. informal, chiefly US a person who lacks social skills or is boringly studious.
– DERIVATIVES nerdish adj. nerdishness n. nerdy adj.
– ORIGIN 1950s: of unknown origin.
by Concise Oxford Dictionary - Tenth Edition








i respect nerd people more than they who look down towards them.




Moral of the story : Budak nerd lagi safe dari buaya darat. ok.



Thursday, December 9, 2010

Untuk Kawan yang Makan Cili Rasa Pedas, Makan Cheese Rasa Gemok



Bismillah







Untuk kau,
Kenapa kau ni? ( Start-start terus membebel. kerut dahi~) Aku tau lah kau sengal. Aku pun sengal jugak. Itu normal. Tapi kenapa kena end-up macamni? Dah sepuluh kali aku cakap, jangan putus harap. Allah tu dengar! Tapi kau tak tahu Dia dengar! Aku lempang kau nak?



Aku ni bukan la nice girl. Sopan. Stok duduk kat kampung pakai kain batik, bersimpuh sambil mengait kain jadik gambar bunga ros kat beranda rumah. Jauh sekali ulang-alik masjid, qiamulail tiap malam. Tak. Aku tak se-perfect itu ok. Tapi perlu ke semua benda tu semata-mata untuk yakinkan kau yang kau akan ok? Semua masalah ada jalan keluar. Tak perlu lah kau nak meroyan-royan sambil tarik rambut dan berlari-lari kulu-kilir kat Jalan Chow Kit tuuhh..



 
Untuk kau pulak,Aku pernah buat salah. Buat dosa. Tipu lah kalau aku ni tak pernah buat dosa. Kadang-kadang dulu-dulu time kecik-kecik, aku mengumpat kau kat belakang kau, (err.....?) itu kan ke dosa namanya? Aku pun pernah rasa menyesal nak mampus untuk semua dosa-dosa aku. Janganlah.. Jangan sebab dugaan sikit, kau hilang arah.. Hilang semangat.. Aku sayang gila kat kau tau tak.. Aku nak kau happy. Aku nak kau yakin Allah tu adil. Dia bagi kau sakit, bersebab. Bukan saja-saja. Bukan Dia suka-suka nak susahkan hamba-hamba Dia. Benda ni basic. Kau kena kuat sikit.. Ni bukan kiamat. Masa kau panjang lagi. Allah dah susun cantik jalan hidup kau... Kau taknak lalui sendiri semua tu? 



Yang kau ni pulak,
Kalau kau nak banding-bandingkan diri kau dengan orang lain, jangan letak diri kau rendah. Salah tu bukan buruk. Kau ingat ni baik-baik.. Orang yang tak berbuat dosa itu, takkan pernah merasa manisnya taubat... Bukan aku suruh kau buat dosa pulak! Bangang,kan! Tapi kalau kau 'nampak', kalaulah kau 'sedar'.. Kau je tau betapa manisnya kasih-sayang Allah. Kau je tau betapa nikmatnya bila kau menangis sebab kau ikhlas mengaku silap kau. Kau akan lebih hargai waktu-waktu tu berbanding orang-orang yang tak pernah buat silap, dan tak tahu nikmatnya taubat yang sebenar-benar taubat. Tolonglah jangan putus harap pada Dia. Aku tak suka kau macamni..



Aku bukan kaunselor bertauliah. Aku bukan alim ulama'. Aku ada pengalaman aku yang mungkin tak sama dengan kau. Kau sendiri tengok macamana aku bertarung nak hidup. Kau sendiri nampak aku hidup lagi sekarang, bersenang-lenang tulis blog lagi. Kau pun boleh weh.. Jangan kata kau putus asa kalau kau taknak aku lempang kau. Kau selalu kata aku kuat, aku kuat. Tapi sekarang kau dah nak jadi bodoh macam aku pernah jadi bodoh dulu. Aku tak suka ramai orang bodoh dalam dunia ni. Aku nak kau sedar cepat. Family kau sayang kau. Kawan-kawan kau sayang kau. Allah sayang kau.., sebab tu Dia uji kau. Dia nak kau ingat Dia selalu. Aku pun... Aku pun sayang kau.



Aku sekarang ni memang cakap macam bagus sebab aku taknak kau sedeh-sedeh. Padahal aku mungkin sama hampeh je macam kau sekarang (pandai tak aku berlakon demi kau? kau terharu tak?). Aku pun akan perlukan kau kalau esok-esok aku jatuh lagi. Aku perlukan kau untuk ingatkan aku pada Allah, walaupun waktu aku senang. Kalau dah kita semua lemah, siapa yang nak kuat? Incredible hulk? Harimau Kuat? 



Tolonglah... Kuat sikit je..



 
Tolong jangan bazirkan airmata aku untuk kau boleh tak?
Janji dengan aku, kau kuat ...




Moral of the story : Dulu kau kata kat aku, sabar... Kau maki aku bila aku mula nak putus harap. Sekarang aku nak maki kau puas-puas. Padan muka kau. Sengal la.. Aku sayang korang tau takk 

Monday, December 6, 2010

Jauhkan keLucahan itu dari aku !



Bismillah




Ok. Nice and short je entri kali ni. Just nak kongsi pengalaman lucah.
Semalam, kitorang satu family tengah jemaah Isyak. Jadi budak berumur setahun 2bulan, Iman , mainlah sorang-sorang terbogel-bogel dengan pampersnya. Duk lari-lari keliling kitorang yang tengah solat ni.



Iman tergaru-garu pampers dia. Pap! tertanggal sebelah pelekat dia. Lari lagi. Pusing-pusing. Pastu Iman landing betul-betul depan saf perempuan. Memang tabiat dia duduk dekat tempat orang nak sujud jugak! Dia duduk la depan kitorang. Mulut pulak bising je. Sumpah memang tak khusyuk betul. Aku dah cuba tahan sehabis baik da solat aku tu, tiba-tiba mak aku kat sebelah kiri aku hilang. Owh, dia da pusing belakang tergelak-gelak. Habisss...



Tiba-tiba angah aku yang kat kanan pun hilang. Terdengar dia gelak-gelak. Wassalam. Secara automatik, aku pun jadi gelak jugak dengan apa yang diorang gelakkan. Habis. Jemaah kami sumenye jadi wassalam. Gila..

Iman pulak terpinga-pinga. Langsung tak rasa bersalah bermain-main alat sulitnya dengan tangan depan kitorang.



Ayah dan abang Krol aja yang tegar menyelesaikan solat jemaahnya. Sebab jenayah yang Iman buat tadi berlaku di belakang diorang. Allah... Tuhan, ampunilah kami yang lemah ini.




Tolonglah.......~






Moral of the story : Susah nak jaga budak kecik kalau tengah solat. Tadi baru je kena. Aku sujud, tiba-tiba tak boleh angkat kepala. Owhh.. Iman landing atas kepala aku. Canteekkk....




Sunday, December 5, 2010

T-Rex jadian menyanyi karok

Bismillah





Entri ini tak ada apa-apa faedah langsung.












Nama : Iman Mukhlis B. Khairul Azhari

Umur : Setahun 2 bulan +

Kepakaran : Menggigit kanak-kanak, cikgu nursery, dan keluarga hingga cedera parah




















Anak sedara aku yang kian meningkat menjadi dinasour T-Rex. Kalau taknak cedera parah, jauhi dirinya.




Moral of the story : Aku geram gila budak iniiiiiiii...!!!!





Friday, December 3, 2010

Aku tak reti ... Sorry~

Bismillah





Aku dah lama nak post benda alah ni.Lepas terjun terjah blog inchek hamzah ian baru aku teringat pasal ni.Rasa bersalah sangat kepada member-member blog yang ada tag-tag aku. Aku pernah sekali je kot jawab soalan tag. Alaaa....rasa macam kejam pulak kalau tak jawab. Tak kesah la aku ditag sebab memang diingati (owh kau perasan habis bolehh??) atau ramdom je pilih. Yelah sebab kalau dah kena tag, nama korang dan link blog akan ditulis kat blog member yang menge-tag tu. Jadi kira macam promote blog jugak,kan. Aku mintak maaf sangat-sangat wahai kawan-kawan yang pernah tag sebab aku tak jawab.


Kalau yang sudi bagi award terus direct kat aku tu thanx banyak-banyak ye. Aku faham la kesusahan korang buat award dan berterimakasih sangat-sangat ehk! Serius! Tapi yang bagi award sekali dengan tag tu, memang aku kebas je award tu tapi tag anda terhenti di sini! (owhh..kejinya perangaii!!) Tapi address untuk award yang bertag tu aku provide sekali la kat caption. So nak carik tag lawa, boleh pergi address tu. Tapi bahagian yang korang boleh carut adalah, korang kena taip address tu kat google la, sebab tu bukan link terus. Tau tak aku tak reti nak amik award letak kat sidebar tapi boleh link!! (Jangan gelakkan aku. Serius aku agak bangang untuk kes ini.) Aku tak kesah siapa-siapa nak ambik award kat page aku, boleh klik slide award kat sidebar, aku tak kesah. Entah berfungsi entah tak menatang slide tuh aku pun tak sure. Jahil gila,kan? Dan aku rasa aku lagi suka letak dalam slide macamtu. Sebab aku perasan buat macamtu macam kemas sikit. Perasan la katekan..


Sekali lagi sorry banyak-banyak ye korang. Em, dan satu lagi, aku mintak maaf la banyak-banyak awal-awal sebab tak pernah nak buat award. Bagi aku tak kira lah korang follower first ke, ke-28, ke-100 ataupun ke-1000 (harapan taknak tinggi lagiii!!), aku appreciate korang. Tapi aku salute lah kepada mereka-mereka yang rajin nak create award, teruskanlah selagi mampu. Dan yang bagi award tu, sebenarnya korang tolong menggembirakan hati orang lain. Termasuklah aku. yeayy!~ *tepuk tangan!~



Moral of the story : Mak sayang anak-anak mak sama rata. Maafkanlah mak yang begini ~ *sedu2...~



Thursday, December 2, 2010

Jangan kata "Tak suka, tak payah baca."

Bismillah




Ok. Sebelum ada yang mengamuk dengan entri aku kali ni, mintak sila lapangkan dada dan tenangkan fikiran. (kamu yang di situ! Sila hentikan kerutan dahi ok!). Aku assume followers dan juga mereka yang sesat sampai sini, divided into 3 categories, which are :


1 ) Geng Angguk : yakni mereka yang bersetuju dengan aku

2 ) Geng Geleng : yakni mereka yang bakal mengutuk dan mengata aku "macam bagus..."     sambil herot mulut

3 ) Geng Kerut Dahi : yakni mereka yang blur!~ Atas pagar la nehh..



Ok. (ok lagi..), setiap kali korang terbabas masuk entri yang bercerita kisah perchentaan agung Uda dan Dara ( yakni blogger dan pasangannya ), korang go through entri itu dan scroll ke bawah, lalu korang nampak banyak adegan-adegan romantik bersama perkataan-perkataan seni seperti "muaahhhss!!" atau "jangan noti-noti tau B !", apakah korang rasa or fikir time tu.?


Baru 2 bulan aku buat blog ni, rasanya nak 50-60 peratus cerita tentang alam perchentaan. Kalau boleh semua entri nak tulis benda tu. Apakah motif di situ? (kerut dahi). You have someone special, then congrats for that. Honestly, andai (cam bangang pulak rasa guna perkataan 'andai' kan...haishh...~) aku terbaca entri blogger yang baru bertemu chenta, aku akan excited & happy bagi pihak korang yang terlibat. Serius. tak tipu (nampak tak muka serius aku sekarang?). Then lepas 4,5 entri, baru ada entri follow-up kesah chentanya itu, then for me, its ok. Aku rasa semua orang faham perasaan kamu-kamu yang excited berchenta. Dan moga-moga diberkati dan berkahwinlah korang andai dia itu yang terbaik untuk korang, insyaAllah. (aku guna 'andai' lagi..? Gila seniwati! )


Letak gambar, ok. Kitorang pun nak jugak tau siapa pakwe/makwe member blog kitorang kan. Tapi untuk kamu-kamu yang update pasal cerita chenta kamu 24jam tu apekehalnye la... Bergaduh, buat entri. Pergi makan aiskrim, buat entri. Gaduh sebab pakwe lambat datang time dating, buat entri. Makwe merajuk sebab pakwe kentut busukk, buat entri. Apakahhhh???


True..true..

" Blog aku, aku punya sukalah nak tulis apape pun. Ada aku kacau pakwe kau? "

Ehh, abang kakak, sebab tu blog abang kakak lah saya cuma boleh cakap kat sini aje. Kalau tu blog saya, tak payah nak risau-risau. Memang saya dah delete dah semua entri-entri tu haa..


Ye..Ye..Pakwe anda hensem, tampan, macho dan bergaya. Hitam itu 'Perilis' la katakan. Semua perempuan kat dunia ni jeles kat korang. Makwe anda juga cantek, kiyut, menawan, jelita, bisa membikin semua jejaka tunggang terbalik dan meraung-raung sebab tak dapat awek korang.


So true..

" Aku tulis apa yang aku rasa. Kalau kau tak suka, tak payah baca. Kau boleh tekan simbol 'X' kaler merah di sudut atas kanan window."

Betapa spesifiknya lokasi butang pangkah dikesan!  Abang kakak, saya sangat menghormati privasi blog abang kakak. Tapi saya datang nak membaca. Bila saya baca, saya nampak ruang "comment" kat bawah tu. Saya tak guna ruang tu pun dah cukup baik dah haa..


Sebenarnya apa purpose korang tulis cerita mcmtu hari2? Betul tak kalau aku kata kau orang nak menunjuk-nunjuk kebahagiaan korang yang entah kekal entah tidak tu? Owh.. tu dah macam diari korang? Jadi korang catat perasaan korang dalam blog. Dah kalau diari, apekehallll nak tunjuk kat satu dunia pulak kannn.

Owh sayang-sayangku, its ok to write something like...

   
"aku sedeh...." as if it is just a hint..

          or

    "hepinyeeee hari nii..die belikan aku coklat Ding dang!", 


...once in a while, IT'S FINE. I think i can understand well enough on how you feel excited and happy, and willing to share with us all, that's sweet though. Kitorang pun tumpang happy sebab member blog happy,kan! But it doesn't have to be at ALL TIME.


Kenapakah cik ungu sebok?? Walawehhh.. aku ni nakkk sgtt masuk blog korang. nak baca apa yang korang nak share. Nak menaikkan trafik blog korang yang diharap-harapkan oleh majoriti bloggers,kan? Jadi bantulah kami jugak. Dan janganlah marah kami-kami yang terasa bila masuk blog korang dan nampak entri-entri seperti berikut, kami lalu menundukkan kepala dan mengeluh..~ Sebab aku sayang member-member blog la aku cakap macamni. I bet abang kakak have a sweet and happy time out there. Sincerely, i hope you guys are thinking of marriage, not just for the sake of having fun. ok.


Ok. Aku mengambil risiko yang besar untuk dikutuk dan dimaki. Maybe kehilangan followers2. Mungkin termakan dengan kata-kata sendiri sebab sekali esok2 aku lagi menggelabah nak tulis entri perchentaan aku dan war-warkan ke seluruh planet juga matahari. Isk... Takpelah. Redha~


So, Geng manakah korang ? Thanx to Geng Angguk. To Geng Geleng, sorry banyak-banyak kalau terasa. And to Geng Kerut Dahi, korang pegi main congkak tu sat..japgi aku datang..haishh!



Nak kutuk sekarang? Ok, shoot!!






Moral of the story : Sometime, something should be kept to yourself. Sharing is sweet, but secret is valuable.

Tuesday, November 30, 2010

Dulu kau kecik. Sekarang kau kecik jugak.



Bismillah





Aku habiskan masa seminggu aku kat Kerteh, Terengganu. Tempat aku sekolah. Tempat aku first time belajar sifir time darjah Satu Mutiara, yang bila cikgu tanya " 7x2 berapa? ", lalu aku pun cepat-cepat kira satu-satu guna jari yang aku sorokkan bawah meja (taknak orang tau matematik aku bangang nak mampus), kemudian angkat tangan cepat-cepat jawab " 14!! ". Dan lepas tu baru aku boleh keluar rehat. (Kejam gila..)

Masa kat sana seminggu lepas, aku hang out dengan budak-budak sekolah rendah. Gila happyyyyyy...!!!!! Perangai tak berubah (sengal macam dulu jugak..Bila nak matang ni korang..?)




Cik Alia yang bertudung merah nieee...


Ni Alia. Geng sejati time darjah 6. Time tu sama-sama masuk pertandingan menari. Pulak tu lagu taknak kalah. Menari lagu Ops! I Did It Again ! Macam hareemmm... Gaya time tu semua bajet Britney Spears je. Aliaa..!! Aku maluu..!!! Tapi papehal pun, aku kalah dengan Alia sebab Alia is officially taken. Kalau wedding kau esok aku perform dance Ops! I Did It Again! tu, agak-agak kau halau aku dengan penyapu tak, Alia??


Satu malam aritu tido rumah Alia. Teman dia sorang-sorang, And thanx to you, Alia, for listening.. And for crying with me. Sayang kamo! Darjah 1 sampai sekarang, saiz kau sama je wehh.. Jadi title entri ni memang khas sempena saiz kau. Miahahha..!~


Dinner angkut Nik Nadira. Gila bapakkk, kurus nak mampus ok Nik sekaranggg!! Makan pantang, jogging pulak lagiii.. Haish.. Tak kuasa sungguh la aku nak berwawasan seperti dirinya. Kalau aku gemuk, aku pasrah!~
 


 
Yang pakai spek tu Nik Nadira. Kat sekolah dulu garang nak mampus ok!



Cik Alia & Cik Nik




last day kat sana, hang out lagi dengan Alia and Izati. Owh sakan!~ Gaya macam lupa laki dan anak-anak di rumah. Izati ni aku kenal dari darjah 1 lagi. Dan dia la makhluk pertama yang tegur aku masa first day aku pindah sekolah sana. Ingat lagi dialog dia,, "Hai kamu! Kite Izati, ni Shariah..! " dengan sengih tak bersalahnya. Katanya, dia nak kawan dengan aku time tu sebab aku lukis gambar dinasour, comel. Bengong tak bengong??



Yang pakai spek ni pulak Izati. Anak Imam ni, jangan maen-maen~



And Alhamdulillah sampai sekarang pun kitorang still contact, still boleh hang out macamni. Almost 15 years bolehh?? Happy sangat-sangat still macamni sekarang. Bila dah duduk balik, kuar la cerita gosip time sekolah yang membuatkan diri rasa nak carut diri sendiri. Betapa bangangnya aku zaman sekolah dulu.


 

  
  

     



Thanx korang meraikan aku kat sana. Ruginya yang lain bz nak final. kalau tak lagi banyak boleh diumpatkan secara berjemaah. Sayang kamo!~






Moral of the story : Aku takde fb pun boleh reunion apeeee.... (ayat orang takde fb gini arr...)




Saturday, November 27, 2010

Tolonglah jawab untuk aku ...

Bismillah





Letakkan diri korang dalam situasi yang berikut ... :




-dah pukul 3,4 pagi...
-korang takleh tido...
-TV tak ada cerita best...
-Internet tak ada benda best...
-Nak baca buku semua stok bosan...
-Nak makan takot gemok...
-Nak keluar (memang nak mampus pukul 3,4 pagi keluar..*perempuan) tak boleh...
-dan korang jenis malas beramal ibadat pulak tu...





maka..?



Apa yang korang akan buat sementara nak tunggu subuh ?



A ) Mop lantai seluruh rumah termasuk bumbung rumah secara tiba-tiba

B ) Cuba ukur keluasan rumah korang guna jangka lukis dan sesiku-L

C ) Ulang-alik dari bilik ke dapur secara berenang kuak lentang

D ) Sengih sorang-sorang tanpa bernafas sampai subuh




Lain-lain jawapan, sila nyatakan ...






Moral of the story : Moral apenye pagi-pagi buta niii... Aku tension nehh.. Maen jauh-jauh!




Wednesday, November 24, 2010

Let Fate Fares You Better ...

Bismillah



 ( Written just because I care. )

This may be happening to some of you guys out there. (Owh..aku dah start guna broken-english, bermakna entri ini serius..ok, kerut dahi!)






Orang kata " Kau ni aku tengok tak pernah serius."

Orang tanya " Kau ni happy je memanjang. kau memang macamni ke? "

Orang cakap " Kau ni memang gila laa.."


Or there are times when you try to comfort your friends and tell them that everything is going to be fine, or something like...

" Aku faham apa kau rasa" 

or 

"Sabarlah.." 


..kind of thingy, and they went off saying...


" Tak! Kau tak faham!" 

or

" Kau cakap senanglah, aku yang tanggung!"




Well,
Guess what?
Some of us truly understand.
Some of us know exactly what you feel.
And some of us had been through a hellhole life which if to be compared with your situation....,





.....yours is below the standard level.





Don't say we are stupid just because we ask you to 'sabar'.


 




I'm not in the state of revealing what i think i should not reveal.
There's sometime, something should be kept to yourself.
But don't say i'm a girl with emotions deficit disorder.
I am warm, yet sometime can be cold.
Don't because you see me laugh all the time, doesn't mean that I'm not crying though.
It's not about how many gallons of tears you swiped away, it's how many pains and suffer you managed to get through.



So if you can't stop telling the world how unfortunate you life is and mumbling on and on about..

" Kenapa Tuhan buat aku macamni?" 

or 

"Apa salah aku?",


can you just at least consider to think that..


you are not the one who needed to spread the Islam all the way around the world.

Owh, and now you are trying to argue about " Memanglah, diorang tu Nabi. Aku manusia biasa." 


Ok then. what if I say that...


You are not the one who swing the sword in the middle of the desert, protecting your Addin. Fighting thousands of enemies under the killing hot weather. Fasting!
 
  " Memanglah, itu zaman Nabi. Badan diorang besar-besar. Kuat. "



So, what if I say that...


You are not the one who struggled, gasping for air in the middle of Tsunami disaster. I don't think any Nabi was there few years back, aite? And i think they are all human like you.






Got the picture?


Your pain is not even close to theirs. Not even a little bit. Not even at all.
But you keep telling the world how unfortunate your life is.

Stop nagging on how Allah tak adil, dunia ini kejam, bla..bla..
I know you are weak. And I am a human too.
Tapi korang lupa ke?



" Tidaklah di beratkan seseorang melainkan kemampuannya "
Surah Al-Baqarah : surah 2 : ayat 233




See..?
It's not that I know nothing about life.
Yet not saying I know everything about life.
You have your part of hard life.
And i have mine.
Everybody else are not excluded.
I'm dealing and I'm struggling.
Others are doing the same.


This is not just about you.



We are in the same boat, but different cabin.



Tell me to be calm, and remind me of Allah, try your best and try hard.
And I'll do the same for you.
I want US to get through whatever hardship we are having,
and never to lose hope...

Don't be too judgemental.
Husnuzhon.
He knows best.



Well, what you guys are going through, is your part of life.
And I have mine already. Still in future. 


Take a bite from my plate, eat, chew, then you talk..
..if and only if you don't throw it out first.




Menurut Hadits Qudsi: ALLAH berfirman kepada MalaikatNya: "Pergilah kepada hambaKu. Lalu timpakan bermacam-macam ujian kepadanya kerana AKU mau mendengar suaranya". (HQR Thabarani yg bersumberkan dari Abu Umamah R.a)







Let fate fares us better.
Here and Hereafter.
He knows best.